Busy sangat ke?

Tak jugak, bukan ketiadaan waktu yang mengekang aku dari mengupdate blog. Sejak latihan untuk royal hari tu, duduk di depan laptop hanya untuk mencari maklumat (konon). Sepanjang pertandingan, aku memang tidak suka memikirkan perkara lain selain debat. Balik dari royal, meletihkan diri dengan memindahkan barang-barang, almaklumlah, bukan lagi penghuni Tekun. Minggu pertama di rumah sewa, tidur, makan, membaca. Rumah dah takde internet, jadi tak dapat nak update blog. Jadi aku hanya mengulang rutin yang sama dan berdoa masa cepat berlalu. Semua jenis majalah kat rumah tu aku dah baca, Wanita, Pa&Ma, Selera,Anjung Seri, Majalah I, Milinea Muslim, Solusi, Pengantin. Complete! Satu je novel aku sempat baca, “Tenggelamnya Kapal Van de Wjick”..hehe. Sampai aku muak menatap sembilan rak buku tu.

Hujung minggu pegi kenduri abg azmil..selamat pengantin baru.

Bila dah bosan dengan rutin tu, aku rasa hendak memanjangkan kaki. Mujurlah Irfan punya tuan yang baik hati. Maka aku hias Irfan dengan pelekat ‘L’ dan aku bawak Irfan berjalan melihat alam, cuti-cuti Penang. Gigih je duk tepi pantai, makan, sorang-sorang. Haha. Tapi best, jarang aku berani buat benda-benda macam tu. Haha (jarang ke?)

Irfan tu dah berapa kali aku tumbangkan. Kesian Irfan. Tak lama lagi irfan akan balik rumah die. Huhu. Dari tahun satu aku selalu pinjam irfan tu walau pun tanpa lesen. Sekarang irfan dah nak balik, tak dapatla nak jumpe irfan lagi. Bye Irfan, selamat berbakti pada orang lain pulak.

Minggu terakhir cuti, aku ditawarkan jadi kerani Sekolah Menengah Al-Itqan, kerani sementara ganti kakhuda sebab die kena pegi kem. Kena ganti, sebab ofis sekolah swasta ni tak boleh tutup, dah dekat nak buka sekolah. Sibuk permohonan, pendaftaran dan temuduga pelajar baru. Haha..kelakar je. Tapi pengalaman yang sangat menarik sebab aku tak pernah kerja apa-apa pun sebelum ni.

Tiba-tiba satu hari aten call, suruh pegi pidato merdeka. Kalau ikutkan hati, nak je bagi adik-adik baru yang pegi menimba pengalaman. Tapi, takde sape yang nak pergi. Terpaksala akau datang untuk memalukan diri sekali lagi. Aku minat, tapi aku tak berapa reti. Jadi hujung minggu ni kena buat persiapan untuk ke sana. Huhu.

Begitulah masa aku terisi, penuh? Tak…masalah utama aku tak update blog disebabkan aku malas nak pegi cc dan aku malas nak bawak Imtinan masuk usm untuk guna USMHopspot..haha..criter anjang lebar tu alas an jer

1. sangat nak update blog, tapi x sempat sebab bz..x brani curi mase..

2. baru lesen L aku dah pusing satu penang

3. cuti oh cuti...

4. 1st time seumur hidup aku diberi peluang keje..haha

5. LM confirm kat SMKA Baling...welcome cikgu zakiyya

6. cuba sekali lagi...tak pernah kenal jemu

7. sedang cuba sabar menanti