Athough I'm gone, remember me..

Please be strong, I'll never leave..

Just hold on, to the memories..

Cause while I'm here, all I'm thinking about is tomorrow...

With Love; teacher zakiyya




Segala yang Allah ciptakan sentiasa berpasang-pasangan. Malam dan siang, hujan dan panas, hitam dan putih, mula dan akhir, pertemuan dan perpisahan...
Kawan-kawan satu batch dah balik rumah masing-masing. Sudah tamat bergelar pelajar, memulakan kehidupan baru. Ada yang sibuk mencari kerja sementara, meluangkan masa untuk keluarga, macam-macam perancangan dan agenda, termasuklah yang sedang sibuk menguruskan majlis perkahwinan yang hampir tiba. Dan aku...?

Masih melakar kenangan di bumi Minden. Menghabiskan segala perkara sebelum pulang ke pangkuan keluarga. Dan disaat sendiri begini, rasa rindu bermaharajalela menyeksa hati. Huh.
Rindu pada senyum anak didik. Rindu pada keletah mereka yang tidak terlayan. Rindu hendak memberi pesan. Rindu mahu bersalaman. Rindu.
Rindu juga pada rakan-rakan seperjuangan. Menjalani rutin seorang cikgu praktikal. Rindu pada kantin, kelas,makmal. rindu pada zikir dari Surau alMuttaqin. uhh..rindu sangat.
Rindu juga pada orang yang jauh. Yang tiada dipandangan mata.
i. Maha Suci Engkau ya Tuhan melimpahkan rahmat dan kasih sayangMu. Engkau pemilik hati ini, ,maka kepadaMu aku mendamba agar kasihanilah ia dari terus terluka. Biar pun hati ini sering leka melakukan dosa, jernihkanlah ia kembali. Sunggguh hidayah itu milik mutlakMu, maka kurniakanlah ia kepadaku.
"Dan (ingatlah juga), tatkala Tuhanmu memaklumkan; "Sesungguhnya jika kamu bersyukur, pasti Kami akan menambah(ni'mat) kepadamu, dan jika kamu mengingkari (ni'mat-Ku),maka sesungguhnya azab-Ku sangat pedih".

Tuhan, benar janjiMu. NikmatMu sangat indah tidak terkata, dan azabMu, terlalu pedih tidak tertanggung rasa.

ii. Makseh kawanz.Hehe. Walaupun nun dikejauhan, tidak pernah menghampakan ketika aku sangat memerlukan. Biar tidak pernah tahu hujung pangkal cerita. Selalu melimpah dengan cerita, nasihat dan kata-kata yang menghiburkan. Kamu teman di dunia, moga hingga ke syurga.


iii. Bro..!! Cayalah. Kata-kata kamu telah mengembalikan semangat yang hampir hilang. Nasihat kamu mengembalikan nafas yang kesesakan. Bicara kamu sungguh rasional. Kamu menasihatkan aku tanpa menyalahkan sesiapa. Kamu hanya mahu aku bangkit merawat kelukaan bukan menunding jari mencari kesalahan. Mungkin kerana kamu punya pengalaman, jadi kamu sangat mengerti dan memahami. Terima kasih atas peringatan kamu agar aku makan selalu. =) Jasa kamu akan aku kenang sampai bila-bila. Semoga rahmat Tuhan bersama kamu didunia dan diakhirat.

iv. will never forget my beloved housemates.. Muka gelabah giler melihat aku terlantar seharian. Kata-kata semangat memujuk dan memberi nasihat. Thanks Zam for da video, really makes me feel very much better. And, Rofe..very caring, macam pejuang hak wanita plak. Thanks paksa aku pegi makan, thanks paksa aku bangun. Thanks a lot. Kalau hangpa xdak,mungkin aku dah kat atas katil putih sekarang...so, jangan jadi macam aku yer..hehe

v. Terima kasih jugak untuk yang membaca blog ni dan menitipkan doa untuk aku. Doa kalianlah yang telah membantu

Takdir ini Allah kirimkan buat aku agar aku kembali 'mengutip buah kurma'. Allah kirimkan juga buat kalian agar mengambil pengajaran dan iktibar.

Frens, ill try my best to recover from this pain as soon as possible cause i always have you all by my side. haha..i hv frens!

Sayang kamu semua...=)
Saya menulis dengan linangan airmata. Saya sudah cuba sedaya upaya. Saya sibukkan diri dengan kerajinan luar biasa, kerana biasanya saya tidak begitu rajin. Tapi mustahil saya boleh menipu diri sendiri. Mustahil saya tidak sedih dengan kejadian ini. Saya sudah berjanji tidak meminta. Tapi mengapa jiwa saya masih meronta. Saya tidak suka begini, saya tidak suka rasa seperti seorang pengemis yang meminta-minta. Hina.

Mengapa dihujung-hujung pertemuan ini hati saya benar-benar terluka. Hati saya begitu terasa terhina. Seperti saya mahu lari ke padang pasir, terbang ke langit tinggi, mungkin bila sendiri saya bisa ketemu ketenangan yang hilang.

Ya Allah, hentikanlah linangan air mata ini. Balutkanlah luka hambaMu ini. Kembalikan lena yang panjang, makan yang kenyang. Kalau airmata ini enggan berhenti, luka ini tidak mahu diubati, lena enggan tiba dan santap seperti tiada, berikanlah hambaMu ini kekuatan untuk terus luka, luka dan terluka sepanjang perjalanan hidupnya. Kasihanilah hambaMu ini wahai yang Maha Pengasih.

Kata kawan kesayangan saya, blog saya ini sudah menjadi tempat berleter. Haha. Kata-katanya itu cukup tepat. Memang blog ini tempat saya luahkan segala cerita hati, menulis itu terapi. Cuma, dalam setiap tulisan saya selitkan nasihat agar ia sedikit bermanfaat untuk bacaan umum. Tapi, sayakira saat dan ketika ini, saya tidak mampu untuk mengedit rasa hati ini agar ianya masih terselit sedikit muhasabah, nasihat dan manfaat buat yang membaca. Buat masa ini, saya hendak rehat dari berkarya untuk pembaca. Saya benar-benar hendak menjadikan blog ini terapi meluah rasa, kerana sekarang ini hati saya sedang parah.

Jadi, buat apa membaca kisah hati orang yang terluka. Entah apa-apa. Rehatlah kalian dari membaca “tarian jemari dari hati II” buat seketika, sehingga saya kembali kebah dari parah. Sehingga saya kembali menulis dengan akal, bukan menulis dengan air mata. Bila sembuhnya? Saya juga tidak pasti, minggu selepas ini, mungkin esok, atau minggu depan. Boleh jadi juga lukanya melarat ke bulan depan atau tahun depan. Atau siapa tahu, sudah takdir seumur hidup saya akan terluka.

Saya redha hidup dalam kelukaan. Mungkin ini hukuman atas dosa-dosa saya sepanjang umur ini. Dosa yang tidak terhingga banyaknya. Cuma saya berharap, luka-luka ini tidak menghalang saya menjalankan tanggungjawab pada ayah bonda, keluarga dan anak bangsa.

Kalian berehatlah dulu ya, carilah bahan bacaan yang lebih berguna.