1. Masa praktikal saya ajar pelajar sekolah menengah, jelling sikit je mereka dah tunduk diam…Jadi cikgu ganti, saya ajar budak sekolah rendah, saya jerit sampai tercabut isi perut pun mereka takkan diam. Nanti kalau sudah posting, entah macam mana…

2. Masa praktikal saya ajar sains, tapi pelajar panggil saya teacher..Jadi cikgu ganti , saya ajar English, tapi pelajar panggil saya ustazah.. Nanti kalau sudah posting, entah macam mana…

3. Masa praktikal, setiap kali nak mula belajar, ramai-ramai baca doa. Jadi cikgu ganti, setiap kali nak mula kelas kena jerit sekuat hati “go back to your seat” dan panggil mereka masuk kelas.. Nanti kalau sudah posting, entah macam mana…

4. Masa praktikal, tak pernah saya perlukan rotan.. jadi cikgu ganti, rotan dah pecah kena pukul atas meja msih pelajar tak ada kesan. Nanti kalau sudah posting, entah macam mana…

5. Masa praktikal kelas yang saya ajarlah konon yang paling ramai, 38 orang. Jadi cikgu ganti, pelajar kelas saya paling sikit pun 41 orang. Nanti kalau sudah posting, entah macam mana…

6. Masa praktikal, kalau saya speak in English, pelajar tak faham, saya boleh tukarke bahasa Melayu. Jadi cikgu ganti, saya ajar English budak tak faham, cakap bahasa melayu pun budak tak faham, bahasa mandarin, saya yang tak faham. Nanti kalau sudah posting, entah macam mana…

7. Masa praktikal, semua pelajar saya satu bahasa satu bangsa, senang cerita. Jadi cikgu ganti, pelajar saya satu Malaysia. Muka macam Iban tapi nama cina. Muka macam cina tapi cakap iban, tengok bangsa rupanya bidayuh. Kalau yang melayu tu tak pakai tudung atau songkok..sungguh saya tak boleh kenal.. Nanti kalau sudah posting, entah macam mana…

Ada banyak lagi bezanya. Saya bukan mengeluh, Cuma terkena kejutan budaya. Cerita masih panjang, tapi sudah satu petang, saya mahu pulang.
Antara dua kasih...

Deru ombak pecah berderai
Mengulang pantai datang dan pergi
Begitu kasih insan diibaratkan
Bagai ombak merubah pantai

Tika kasih melestarikan sayang
Semuanya indah dipandang mata
Pabila rasa benci terbit di hati
Rasa kasih dan sayang pun menyisih

Tanda kasih yang abadi
Dalam senang jua dalam kesempitan
Kasih Ilahi tiada bersempadan
Tak memilih siapa tidak berakhir
Kekal selamanya

Di antara dua kasih
Di maqamnya yang berbeza
Mudah dijumpa namun sukar untuk diperlihara
Lahir dari ketulusan jiwa bersuluhkan iman
Namun nafsu menodainya

Terkadang kasih kita sesama insan
Bisa mengundang keredhan Tuhan
jika insan menghargainya
Dan memuliakannya

Kasih sayang Allah kekal selamanya
Kasih manusia hanya sementara

Deru ombak pecah berderai
Mengulang pantai datang dan pergi
Begitu kasih insan diibaratkan
Bagai ombak merubah pantai
Sekarang Wafi sedang tidur tengahari. Masuk bilik,kunci dan online. Dia adalah masalah utama saya nak online. Apatah lagi nak menulis post. Kalau wafi bangun, ada-ada sahaja kerenahnya..
Hari ini ketika kami sekeluarga sedang lunch, wafi campak handphone saya ke dalam bilik air dan 'mandikan' handphone saya. Wafi marah, saya pergi sekolah pagi tadi tak ajak dia. Huhu.

Wafi sentiasa ada agenda yang memerlukan saya ambik peduli. Main laptop lah, nak momom lah, nak saya mandikan lah, nak saya suapkanlah, nak saya tidurkan lah...hai..manja! Boleh untuk tidak ambil kisah, tapi siaplah barang-barang saya nanti.

Wafi nakal tidak bersempadan..huhu. dia tidak kisah, dirumah kenduri atau rumah orang mati.
Di klinik atau pasaraya. Dia akan jerit, cakap kuat-kuat, gelak senang hati atau menyanyi sesuka hatinya. Bila dia letih, dia diamlah sekejap. Sekejap jer...
Wafi tidak takut apa-apa, atau siapa-siapa. Dia hanya takut kalau mamanya mati atau pergi mana-mana tak ajak dia. Dia hanya takut mercun dan rotan atuknya...selain dari itu, dia redah jer..
Kadang-kadang saya rasa hendak marah...tapi, apalah budak tiga tahun setengah tahu...sabar jelah...
Jadi, jangan marah saya kalau mesej tidak berbalas, atau tiba-tiba mendapat panggilan palsu dari nombor saya, atau saya balas mesej anda dengan "sape ni?" atau saya online tapi tidak menjawab bila di buzz. Hp sudah rosak, no sudah hilang.. huhu..sayang wafi ku sayang..