Sebuah kelas kehidupan
Aku baru pulang dari sebuah kembara diraja. Aku telah pergi dengan harapan paling tinggi yang boleh aku galas, namun akhirnya aku pulang dengan calar balar di hati yang hanya aku sendiri mengerti. Yang pasti, garis-garis luka ini adalah tanda kasih Ilahi.
Kembara kali ini sangat bermakna, sangat menyentuh jiwa, kembara paling hebat di antara kembara yang lepas. Kembara kali ini mengajak aku untuk berpijak di atas bumi nyata, keluar dari angan-angan selesa ciptaanku, berdiri dan manghadapi realiti yang sering aku tinggalkan sewaktu mencipta dunia impian. Kembara kali ini menguji dan mengajar, siapa sebenarnya kita...
Pertama, ingatlah, kita hanya merancang, namun ketetapannya bukan milik kita.Ayat ini telah lama bermukim di hati, telah lama di imani. Namun tatkala impian tidak selari kenyataan, mengapa masih ditangisi dan dikesali rencana Ilahi? Dia lebih tahu apa yang terbaik untuk kau dan aku.
Kedua, kembara kali ini telah mengajar aku untuk menyayangi sesiapa sahaja tanpa ada syaratnya, tanpa mengharapkan balasan atau alasan. Sayangilah segala yang ada di bumi semoga disayangi segala yang ada di langit. Hanya hati yang penuh dengan kasih sayang ada kelunakan untuk meraih cinta dari Tuhan.
Kembara kali ini, biarpun hadiahnya luka semata, bukan penghujung perjuangan. Luka-luka parah ini perlu untuk dirawat, dan penawarnya hanya ada dalam siri kembara yang akan datang. Semoga hati ini tidak pernah lupa pada perjuangan sebenar,mencari redha Dia dan jalan menuju kesyurgaNya...apalah makna seribu kejayaan di dunia jika neraka sedia menanti di sana..nauzubillah...