Dec 24, 2009

express post : 1.sangat nak update blog

Busy sangat ke?

Tak jugak, bukan ketiadaan waktu yang mengekang aku dari mengupdate blog. Sejak latihan untuk royal hari tu, duduk di depan laptop hanya untuk mencari maklumat (konon). Sepanjang pertandingan, aku memang tidak suka memikirkan perkara lain selain debat. Balik dari royal, meletihkan diri dengan memindahkan barang-barang, almaklumlah, bukan lagi penghuni Tekun. Minggu pertama di rumah sewa, tidur, makan, membaca. Rumah dah takde internet, jadi tak dapat nak update blog. Jadi aku hanya mengulang rutin yang sama dan berdoa masa cepat berlalu. Semua jenis majalah kat rumah tu aku dah baca, Wanita, Pa&Ma, Selera,Anjung Seri, Majalah I, Milinea Muslim, Solusi, Pengantin. Complete! Satu je novel aku sempat baca, “Tenggelamnya Kapal Van de Wjick”..hehe. Sampai aku muak menatap sembilan rak buku tu.

Hujung minggu pegi kenduri abg azmil..selamat pengantin baru.

Bila dah bosan dengan rutin tu, aku rasa hendak memanjangkan kaki. Mujurlah Irfan punya tuan yang baik hati. Maka aku hias Irfan dengan pelekat ‘L’ dan aku bawak Irfan berjalan melihat alam, cuti-cuti Penang. Gigih je duk tepi pantai, makan, sorang-sorang. Haha. Tapi best, jarang aku berani buat benda-benda macam tu. Haha (jarang ke?)

Irfan tu dah berapa kali aku tumbangkan. Kesian Irfan. Tak lama lagi irfan akan balik rumah die. Huhu. Dari tahun satu aku selalu pinjam irfan tu walau pun tanpa lesen. Sekarang irfan dah nak balik, tak dapatla nak jumpe irfan lagi. Bye Irfan, selamat berbakti pada orang lain pulak.

Minggu terakhir cuti, aku ditawarkan jadi kerani Sekolah Menengah Al-Itqan, kerani sementara ganti kakhuda sebab die kena pegi kem. Kena ganti, sebab ofis sekolah swasta ni tak boleh tutup, dah dekat nak buka sekolah. Sibuk permohonan, pendaftaran dan temuduga pelajar baru. Haha..kelakar je. Tapi pengalaman yang sangat menarik sebab aku tak pernah kerja apa-apa pun sebelum ni.

Tiba-tiba satu hari aten call, suruh pegi pidato merdeka. Kalau ikutkan hati, nak je bagi adik-adik baru yang pegi menimba pengalaman. Tapi, takde sape yang nak pergi. Terpaksala akau datang untuk memalukan diri sekali lagi. Aku minat, tapi aku tak berapa reti. Jadi hujung minggu ni kena buat persiapan untuk ke sana. Huhu.

Begitulah masa aku terisi, penuh? Tak…masalah utama aku tak update blog disebabkan aku malas nak pegi cc dan aku malas nak bawak Imtinan masuk usm untuk guna USMHopspot..haha..criter anjang lebar tu alas an jer

Dec 23, 2009

post express

1. sangat nak update blog, tapi x sempat sebab bz..x brani curi mase..

2. baru lesen L aku dah pusing satu penang

3. cuti oh cuti...

4. 1st time seumur hidup aku diberi peluang keje..haha

5. LM confirm kat SMKA Baling...welcome cikgu zakiyya

6. cuba sekali lagi...tak pernah kenal jemu

7. sedang cuba sabar menanti

Nov 29, 2009

diam atau..

letih bersuara
masa untuk diam
diam
diam
diam
diam
diam
diam
diam
diam
diam
diam
diam
diam
diam
diam
diam
diam
diam
diam
diam
diam
diam
diam
diam
diam

atau
mati..

Nov 23, 2009

3 : Soal setia

(1)
Ya Tuhan,
aku sedang berjuang mempertahankan
apa yang aku sangat sayang
kalau aku kecundang
mencari waqi dalam kenyataan
berikan aku kekuatan
untuk hidup dalam kenangan
kalau takdirnya aku sendirian

(2)
Ya Tuhan,
ampunkan aku kerana lalai
pergi tanpa memberi salam
pada saudara sendiri yang memerlukan

(3)
Ya Tuhan
tumpah air mata ini
gantikanlah dengan tabah hati
kerana masih ada insan yang belum pernah merasa bahagia
biar pun telah lama mencarinya...

dan aku, Ya Tuhan
hanya engkau yang tahu

setia

Nov 19, 2009

Jurnal hujung kembara : teman bernama rindu.

Hawa udara disini sentiasa sama. Terik panas yang menggigit dibawa tiupan bayu laut tidak pernah simpati pada kulit. Pulau lubuk ilmu kata bonda, sesuai benar dengan nama mutiara. Begitu hawanya, mentarinya, pantai dan langitnya sejak pertama kali aku bernafas dalam atmosferanya. Masih seperti itu biar kini aku sudah meniti hujung kembara.

Biar kembaraku di sebuah pulau cuma, namun disinilah dermaga ilmu yang aku damba. Bukan semata-mata menghirup secangkir ilmu dari kitab bioslogos dan al-kimiyya untuk menghilangkan dahaga. Malah persinggahan didermaga ini menghidang sedulang santapan ilmu ukhrawi dan kehidupan, bersama pinggan dan piring yang dipenuhi pengalaman, perasaan malah kecintaan. Agar semuanya boleh ku ambil bekal sebelum berlabuh dipantai dewasa.

Disini, setiap fajar yang membelah bertukar dhuha ,menanti tegak mentari siang di atas kepala, aku punya teman setia. Melewati senja yang menutup tirai hari dan membawa malam menutupi alam, aku tidak sendiri. Teman bernama rindu itu, selalu dan sentiasa ada. Menemani aku mengharungi hari-hari kembara. Ia selalu bisikkan kata azimat yang jauh menusuk kesukma lalu menjalar di segenap urat darah hingga aku bangkit bertenaga dalam setiap langkah perjuangan ku. Disaat aku jatuh tersungkur rebah terbaring dibumi, ia temani aku dalam gundah kecewa. Tatkala kaki terasa berat melangkah, ia tiupkan baranya agar cepat-cepat aku menghayun kembali gerak kaki yang terhenti. Ia teman yang tidak pernah berpisah, hingga kembara ini nanti bertemu noktah.

Adakala ia terlalu berat untuk digendong sepanjang kembara. Lalu berjurailah air mata ketika teman bernama rindu itu menghiris-hiris atma. Sebak dalam dada tidak terungkap dengan kata-kata bila teman itu datang bagai ombak yang menggila dalam takungan rasa. Saat sebegini, terasa setiap sendi begitu longlai tidak bermaya, tiada kekuatan untuk berhadapan dengannya yang sedang taufan ditengkujuh jiwa.

Lantas selalu aku pinta pada bulan, terangi mereka yang ku sayang. Pesanku pada awan, sampaikan salam penuh kerinduan. Juga ceritaku pada bintang, aku akan pulang membawa kapal penuh muatan, bukan si tenggang yang lupa daratan dek bahteranya megah dilautan. Namun, andai Izrail yang datang dahulu, tuliskan pada nisanku, inilah kubur insan kerinduan.

Masa depan entah bagaimana, dalam setiap doa selalu meminta moga hidup beroleh teman bernama bahagia. Bukan hanya di atas dunia, malha biar hingga kesyurga.

Nov 17, 2009

PHS 1

Hari ini saya naik rajin ke perpustakaan. Rajin berupah. Hehe. Permintaan seorang teman agar saya tolong pergi ke perpustakaan untuk cari dan pinjam beberapa buah buku untuknya. Dek kerana janji upah yang hendak diberi, saya gagahkan diri ke perpustakaan walau pun saya sebenarnya tidak gemar ke situ. Mengapa??

Pastinya ada sebabnya. Sepanjang empat tahun pengajian disini, saya akui saya memang sangat jarang ke perpustakaan Hamzah Sendut 1, USM. Jarang sekali saya datang mencari rujukan disini. PHS 1 ini banyak rujukan untuk subjek major dan minor saya. Bertimbun-timbun buku biologi dan kimia dari zaman purba hingga sekarang. Mungkian pernah sekali dua, saya kurang ingat. Saya lebih suka melayari internet untuk mendapatkan maklumat berkaitan pelajaran mahu pun tugasan. Guna sahaja perkhidmatan krisalis untuk jurnal-jurnal dari seluruh dunia.

Untuk mencari buku yang bertimbun itu, perkhidmatan krisalis sangat berguna. Cari sahaja no rujukan dan kemudian no rujukan itu yang memandu arah dimana buku itu terletak, rak mana, tingkat berapa. Tapi, percaya atau tidak sepanjang empat tahun disini saya tidak pernah berjaya mencari buku yang saya maksudkan. Kadang-kadang no rujukannya sudah dekat, katakanlah xxxxx195Dxx, bila saya cari lepas xxxxx195Cxx, terus melompat ke xxxxx195Exx. Pernah sekali saya tanya ke pustakawan, tapi beliau pun buntu mencari, dalam rekod ada, dicari tiada. Bukan sekali dua, setiap kali kesana hingga akhirnya saya putus harap. Kecewa, yang dicari tidak pernah jumpa. Akhirnya saya akan pinjam buku-buku yang dekat-dekat tajuknya.

Berbeza dengan PHS2. Lebih kecil. Saya pergi sahaja ke bahagian buku untuk pendidikan dan belek satu persatu, bila berkenan saya ambil dan pinjam. Kerana itu saya selalu ke situ.

Tapi tidak tahulah badi apa yang ada di PHS1, tidak pernah saya berjaya menemui buku yang ingin dicari.

Jadi hari ini saya tekad, saya mesti dapatkan buku yang kawan saya itu hendak gunakan. Mula-mula saya ke Perpustakaan Pust Islam, cari di krisalis, ada dua buku yang berkaitan. Satu ada di situ, satu lagi di PHS1. Rasanya tidak perlu ke PHS1 kerana disini sudah ada. Saya menuju ke rak yang menempatkan buku tersebut. Saya tengok dari atas ke bawah, tiada! takpe, usaha lagi zakia. Saya cari dan cari lagi dalam perpustakaan kecil yang sama saiz dengan perpustakaan kampung saya itu. Tiada.

Saya tanya pada pustakawan yang bertugas...tiada!

Sedih. Mahu tidak mahu saya gerak ke PHS1 dan terus mencari. Dari hujung rak ke hujung rak, dari atas ke bawah. Dua kali saya cek krisalis, takut-takut no rujukan yang saya salin tersilap. Saya berdiri atas bangku yang disediakan kerana saya pendek untuk membelek buku di rak yang paling atas. Tetap TIADA! Saya duduk temenung seketika, mengapa saya tidak pernah berjaya mencari?

Huhu. Akhirnya saya melangkah longlai ke meja pustakawaan bahagian pertanyaan pelanggan. Saya ceritakan saya tidak jumpa buku yang saya cari itu. "Adik pasti buku itu tidak dipinjam?". "Buku tu ada tiga, dua sudah dipinjam, satu available, saya sudah cari, tapi tak jumpa." Dengan senyuman, dia berikan borang pencarian buku agar pustakawan boleh membantu mencari buku yang dikehendaki, disertakan sekali alamat email dan no telefon agar apabila sudah jumpa, mereka akan menghubungi saya.

Saya keluar dari perpustakaan, duduk dibangku panjang di hadapan perpustakaan PHS1 itu. Termenung dan berharap. Semoga kali ini saya berjaya mendapatkan buku yang saya ingini, sekurang-kurangnya cukup sekali ini sebelum saya bergelar alumni.


Sambil melangkah pulang saya panjangkan akal berfikir, kisah ini sangat kecil. Tapi saya kira ada sesuatu yang Tuhan hendak ajarkan kepada saya...

Nov 16, 2009

BBT 302 Economic Botany

If Dr Fong kindly gives marks for any creative answer, I would like to answer her question like this;

1. Distinguish between ALL of the following pairs:

(a) Essential oil and Fatty oils (5 marks)
essential oils sound important, people would like it. fatty oil, people dont like fat.

(b) wine and mead
both is HARAM!

(c) Emmer wheat and Durum wheat
D comes first before E

(d) brown rive and polished rice
brown rice, brown in color. Polished rice white in colour, fairer.

Hmm...or I can answer with the most accurate answer
Wallahulam...Allah yang lebih tahu..

Correct, quite creative...but kindly no mark will be given

Huhu.