Alhamdulillah, sebenarnya banyak rasa yang bertakung dihati, cuma keinginan untuk mencoret tidak membara menjadikan takungan hati itu akhirnya pudar oleh masa. Pagi ini, seusai menikmati bekalan air tangan suami, saya seperti mahu mencoret tentang hidup yang kini semakin mudah.
Hidup sentiasa berteman, susah yang sentiasa ada penyelesaian. Kerisauan ada, tapi masih boleh dilipat kemas-kemas agar tidak serabut serabai dalam hati. Itu kemudahan yang boleh dilihat mata zahir.
Kemudahan yang tidak terpandang dengan mata fizikal adalah kasih sayang dari Tuhan. Betapa Dia memudahkan seorang wanita menambah amal ibadahnya, mencari jalan takwa, menikmati kalimah redha. Mudah asalkan didasari dengan rasa sabar dan ikhlas keranaNya.
Bangkit seawal-awal pagi, melawan kantuk mata menekan suis seterika, kalau dilakukan seikhlasnya, menggosok baju suami tercinta membuahkan pahala yang pertama. Senyum, salam, peluk dan cium jika ikhlas mengalirkan cinta dalam lambaian selamat pergi bekerja adalah habuan pahala yang seterusnya.
Petang hari kepenatan, mengangkat anak lesung pun seperti berhempas pulas. Sedaya tenaga ingin menyediakan santapan malam yang menyelerakan buat suami tercinta. Jika perencahnya adalah sabar, digoreng sebati dengan cinta, kasih sayang dan keikhlasan, bukan sekadar juadah didunia tapi berpanjangan hingga ke syurga.
Hujung minggu sihat dengan riadah rumah tangga, mencuci baju, mengemas rumah seadanya. Rutin mudah yang tidak perlukan cabaran minda. Buat dengan tekun dan sabar, ganjaranya pahala dari yang Esa.
Dilidah ia mudah untuk dimadah, beban dan kepenatan menjadikan ia sukar untuk dilaksanakan, kesabaran yang kurang akan menukarkan segala amal ibadah itu menjadi dosa keingkaran.
Buat wanita yang telah lama bergelar isteri, beruntunglah dan bersyukurlah. Buat wanita yang belum bergelar isteri, percepatkanlah menuruti sunnah. Dan buat para wanita yang baru bergelar isteri seperti aku, memang memakan masa untuk mengadaptasi segala. Jika dulu, rutin-rutin itu hanya bila perlu, sekarang ia sentiasa perlu. Apa yang anda perlu lakukan, didik hati agar menjadi lebih ikhlas dan sabar, selepas itu hidup akan jadi lebih mudah, tenang dan bahagia. Memang memakan masa, tapi percayalah dihujungnya nanti ada cinta, ada redha, ada bahagia.
Wallahualam.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
5 kata kamu:
cikgu zaza like dis post!!hehe..xsbr gak nih nk ikut jejak kak za..:)InsyaAllah..i follow u,kak za..
cikgu.. saya hazwan dari kelas 4 AL.. nak tnya la.. saya tak hadir masa cikgu bagi kertas kerja folio tu.. saya dapat kerja tu dari kawan.. mungkin tak lengkap la cikgu,.. ni saya nak tanya apa itu closure???
Salam zakia....salam aidilfitri...apa khabar ya?tetibe rindu sama kamu....entah awk igt lg ke x saya....zakia ade blog baru ker? -amalina yg prnah tggal di rm dan part time econshop
Wslaam. Dah 2019. Tak perasan mesej ni dulu. Masih ingt. Xde blog baru. Berhnti blogging. Xmampu susun masa.
Post a Comment