"Teacher, kami nak gambar jugak...!!"
"teacher, asal mana?"
"Teacher balik tak cuti ni"
"Comelnye laptop teacher"
"Teacher..bla..bla..."
"Teacher..bla..bla..."
"Teacher..bla..bla..."
"Teacher..bla..bla..."
"Teacher..bla..bla..."

Hahaha..tak terlayan teacher bila studentsnye show the truth colour of them..

Teacher Zakiyya.
Luv u all my kids!
Bismillahirrahmanirrahim

Bangun tidur pagi tadi, saya rasa resah. Tidak tahu kenapa. Saya baca doa bangun tidur berulang-ulang kali. Resah itu tidak hilang. Selesai mandi, bersiap untuk ke sekolah, debar dihati masih ada. Mustahil debaran ini kerana saya akan dinilai hari ini, bukan tidak biasa dinilai sewaktu bercakap. Resah ini tiada kaitan dengan itu rasanya.

Saya ceritakan pada kawan-kawan. Macam hujan kawan saya berikan nasihat berguna. Saya hargai, terima kasih untuk mereka. Tapi, resah, sedih dan debar masih tidak hilang.

Saya capai telefon dan berhasrat memberitahu orang yang selalu ambil tahu, tapi saya bimbang mengganggu.
Saya telefon ibu untuk bersembang-sembang. Abang yang jawab, ibu tiada dirumah.
Resah dihati ini, kenapa?

Adakah kerana sakit yang melanda jiwa? Atau kerana siri-siri kemarahan yang saya terima? Atau tekanan perasaan akibat kata-kata yang menghiris atma? Saya bukan tidak boleh dimarahi, tetapi badan kecil saya terlalu lemah menampung kemarahan dari orang yang saya sayang. Atau resah ini kerana saya asyik berfikir tentang tidak sempat melambaikan tangan pada yang ingin pulang? Mungkin.

Semalam, ketika dimarahi lagi, saya diam dan genggam tangan erat-erat, walaupun sakitnya terasa hingga kehujung jari, saya gagahkan jua untuk mendengar. Saya urut dada perlahan-lahan dan saya bisikkan berulang-ulang kali, “zakia kuat, zakia kuat, zakia kuat…”

Saya tidak kesal hidup begini, kalau hingga ke akhir hayat saya hidup berendam air mata, saya tidak kesal. Saya redha pada takdir ini. Saya pilih jalan ini dan saya akn terus menyayangi pilihan ini hingga saya mati. Mungkin ini kifarat dosa-dosa yang saya lakukan. Saya masih mampu berjuang meneruskan kehidupan. Saya kuat kan..ye saya kuat!

Saya rasa sedikit lega la…selepas menarikan suara hati saya disini. 
Alhamdulillah.



Kalian yang pertama

memanggil aku dengan peggilan cikgu.

Senyum kalian dalam kesopanan,

malu-malu menghulur kemesraan


kalian tetap manusia yang berjiwa

bukan mesin berakal dan bernyawa

kaian masih ada manja

masih mahu meminta

kerana kalian tetap anak bergelar remaja


terima kasih kerana kalian

sudi menghulurkan tangan

membina memori dan ukhwah yang bakal kita kenang hingga akhir zaman...



diaolog di bilik guru...

"akak dulu u mane..." saje memulakan dialog

"u_ _ ..."

"ohh..."

"excited tau nak masuk usm tau, u apex...

tapi masuk-masuk jer, culture shock"

hmm..aku diam dan cuba memikirkan apakah culture shock tersebut..

"pe die..?"

"masuk library die xde buku, library kosong je, kecik,macam library fakulti jer.."
kawan aku back up, "yelah..de dua library kan.."
sorang lagi back up, "ala..libray lama"
lagi sorang backup "xpe, klik kat hujung jari jer.."

haha..agak-agak ape reaksi dan intrepertasi terbaaik yang boleh aku berikan...disaat aku ada seribu satu bidasan dan serangan...

aku diam, senyum dan menaip di blog...hahaha..