...appreciated..


Amalan setiap kali sambutan tahun baru membaharukan azam. Sudah lama saya tidak mengamalkannya. Saya berazam selalu, sentiasa dan bila perlu, tidak menunggu tahun berganti baru, kerana sama ja, dilupakan juga akhirnya...

Ada banyak rasa dalam hati ini. Ada manis madu dan pahit hempedu. Saya sudah jelak untuk memikirkan. Saya bimbang nanah kemarahan ini bertukar api kebencian. Lalu saya titipkan doa agar Tuhan membawa dia pergi jauh-jauh dari kehidupan kami. Semoga tidak lagi hati orang-orang yang saya cintai dia robekkan sesuka hati. Pergilah kemana pun, asal hilang dari pandangan, berhenti menyusahkan.


ohh..ya..salam maalhijrah dan selamat berhijrah buat yang datang dari jauh, meredah lautan dan hutan mengejar cita dan cinta. Semoga penghijrahan kamu Allah pimpin dengan rahmat dan kasih sayangNya, Insya Allah bertemu jalan ke syurga..
*saje letak..comel tak...