Inilah psukan bahas SMK Simanggang yang akan pergi bertanding ke peringkat negeri Ahad ini. Walaupun dari aspek seorang pendebat, kejayaan ini terlalu kecil untuk dibanggakan. Tetapi bagi saya ia suatu nikmat yang sukar digambarkan, kerana yang menang bukan saya, tapi anak-anak didik yang saya ajar. Rasa kepuasan, ketelusan, perjuangan, dan kesatuan hati lebih terasa.
Setiap petang kami berlatih, memang jauh lebih memenatkan kerana urusan pengajaran juga tidak boleh ditinggalkan. Pernah satu hari saya tidak sempat makan langsung. kelas pack, habis pukul 1.40, pukul 2 ada kelas memandu, pukul 3.30 kelas tambahan, 4.30 latihan debat. Balik rumah, nak bercakap dengan housemate pun tak larat.
Sudahlah kelas-kelas yang saya ajar memerlukan daya ketahanan fizikal, mental, rohani dan jasmani.
Lagi satu, kalau dulu, sentiasa ada teammate atau senior junior yang sama-sama memikul beban, tapi sekarang nak mendapatkan sokongan pun susah. Kalau down, bergoleklah sorang-sorang.
Tapi tidak mengapalah. Selagi nyawa dikandung badan, berjuanglah dimana jua pun medan.
Saya tak pernah menang berdebat, tapi anak murid saya menang...hepinyer..hepinyer..minggu depan pergi pertandingan peringkat negeri plak, dekat Limbang...
Alhamdulillah..segala puji hanya untuk ALLAH.
Sepanjang saya jadi pendebat dulu, saya tak pernah jadi simpanan. nasib baik tak pernah. Kalau tak, mesti saya yang lebih-lebih berbanding pendebat utama.
Debaran menjadi pendebat lain, kita boleh control dengan mencuba sehabis daya. berdebar menjadi guru pembimbing, adui..dengar dan tunggu tanpa ada peluang untuk membetulkan kesalahan dalam penggulungan macam dulu..hukhuk..
berdebar ni, lemah jer lutut..hukhuk...
Saya bukan penulis blog yang tegar. Sering saya tinggalkan laman ini sunyi sepi tanpa irama hati. Sering juga saya jadikan alasan kesibukan dek timbunan kerja. Ah, alas an! Orang lain juga berkerja.
Sudah hampir dua bulan saya nikmati kehidupan bergelar guru. Sepanjang tempoh itu juga plot kehidupan terasa lebih laju daripada selalu. Tapi, kes hysteria sekolah saya masih tidak ada penawar, malah semakin marak merebak. Saya buntu, amaran apakah yang ingin Allah tunjukkan. Tugas semakin rencam. Saya kurang kisah pada kepenatan, saya kurang endah pada kemarahan. Itu semua boleh hilang dibuai kehidupan. Saya takut pada nilai sebuah keikhlasan. Takut setiap letih dan penat hilang tidak dikira dalam amalan dek bukan dilakukan dengan hati yang ikhlas kerana Tuhan.
Banyak perkara yang sesak dalam kepala saya. Tentang hidup yang belum stabil. Tentang tanggungjawab, amanah dan janji. Tentang segala sesuatu yang saya perlu belajar menyimpannya dalam hati sendiri.
Saya punya teman bernama air mata. Teman sinonim paling akrab menemani saya. Tapi, akhir-akhir ini, teman itu seperti menjauhi. Saya risau andai hati menjadi keras tidak punya rasa. Saya lebih rela jengkel dimata manusia yang benci melihat airmata saya, daripada hidup dengan sekeping hati busuk yang tidak punya rasa. Kembalilah wahai teman.
Handphone kesayangan saya hilang setelah empat tahun ia berjasa. Hilang sehari sebelum majlis pertunangan saya. Saya hilang kesemua contact. Tiada satu pun yang tertinggal. Sedih saya mengenangkan gambar-gambar kenangan yang banyak tersimpan didalamnya. Rakaman suara debat, suara ultraman mase die umur dua tahun, suara faten nyanyi pun ada. Mesej-mesej abang yang saya tidak mahu buang. Malah nota-nota peribadi, tarikh lahir teman-teman rapat semuanya hilang..