Ada banya kerja, malas nak buat. Kerjanya senang, tapi renyah nak buat. Jadi, sementara internet ok, apa kata kalau kita jual pantun untuk menghiburkan hati, melupakan sekejap rencam yang menghambat..hehe

Bolehkah ku tanya kepada bintang,
mengapa sepi tidak bicara.
Bolehkah ku tanya kepada abang,
Hatiku ini milik siapa?

Pulau Kuntum jauh direnang,
Pulau Batu tempat bersua,
Kalau senyum tandanya senang,
Kalau rindu tandanya apa?

Buah pauh dari terberau,
Manis rasanya luar biasa,
Sudah jauh hamba merantau,
Mengapa belum ketemu cinta?

Haha..dibuka untuk dijual, beli..beli..beli..hehe
Amaran: Bukan untuk bacaan umum. Sedikit menjengkelkan.

Sabtu, 20 Mac 2010


Aku ingin pastikan ini adalah kali terakhir aku berkelakuan sebodoh hari ini. Konon mengaku kuat, tapi airmata jatuh macam hujan lebat. Aku sangat lemah untuk melangkah, airmataku menjadi sangat murah. Jatuh mencurah-curah bagai meratapi kematian, walau esakku tidak kedengaran.

Bukan tidak pernah aku kembara sendiri. Terbang dari kuching ke penang sejak awal pengajian hingga sekarang, aku tidak pernah berteman. Ulang-alik ke sekolah dari kampus juga selalu sendiri. Tapi kali ini, hanya dari tekun ke jeti, aku rasa sangat sepi dan sendiri, lalu perjalanan pendek ini ditemani hujan hati yang enggan berhenti.

Ralat dihati sangat tidak tertahan. Apa sahaja yang aku pandang, kalau ia membawa hati mengingati kenangan, air mata akan semakin lebat berlinangan. Terpandang papan tanda ke Kebun Bunga, terpandang balai polis, terpandang feri, terpandang hp malah apa sahaja yang mengingatkan, hati rasa sangat pedih kelukaan.

Begitulah sepanjang perjalanan, tidak pernah merasa seperit ini menahan kepedihan. Luka nya dalam berbekas, entah bila akan kebah..

Bangkit untuk berhenti meminta, berdiri untuk hidup berdikari, sungguh bahagia tidak semudah kata-kata…
Cuti dah habis, hari ni kena balik sekolah dan esok kena mula berhempas pulas memotivasikan diri agar terus mengajar seikhlas hati.
Cuti ni, tiada apa-apa. Tidak jumpa siapa-siapa melainkan orang yang terjumpa. Aktiviti tidak penuh melainkan rutin yang sama diulang setiap hari.
Tapi kesunyian dan kekosongan itu mengajar aku banyak perkara tentang hidup. Memberi aku banyak ruang untuk memikirkan siapa aku, dimana aku dan ke mana aku akan menuruti langkah hidup.
Hidup ini jangan banyak meminta-minta kecuali dari Yang Maha Esa. Meminta-minta itulah yang banyak meninggalkan kelukaan bila permintaan tidak ditunaikan. Sebaliknya berusahalah sendiri untuk apa sahaja yang diingini, percayalah bahawa Tuhan akan mengasihani dan akan memberi, asalkan bersungguh-sungguh berusaha.
Dirikanlah kehidupan ini dengan keinginan memberi. Bukankah tangan yang memberi itu lebih baik daripada yang menerima. Hidup ini singkat, kita tidak punya banyak masa untuk memberi dan menunaikan permintaan orang lain, terutamanya orang-orang yang kita sayangi. Memberi tidak semestinya dengan material. Memberi sangat indah jika pemberian itu beserta kasih sayang, disalut keikhlasan dan diberikan ketika ia sangat diperlukan. Walau pun pemberian itu hanya sebuah kucupan ditangan atau sepasang telinga yang sudi mendengar.

Cukuplah, nak bersiap balik sekolah. Zakia, sudah-sudahlah meminta-minta, memberilah apa yang ada.
Saya tak pandai berenang
Tapi saya perlu menyeberangi lautan
Saya kuat kan untuk hanyut sendirian?

Saya tak tahu terbang
Tapi saya perlu meredah langit tinggi
Saya kuat kan untuk melayang sendiri?

Saya tak mampu berjalan jauh
Tapi saya perlu kembara dalam gelap belantara
Saya kuat kan untuk berdepan bencana?

Saya perlu yakin saya kuat,
Saya perlu percaya saya boleh melakukannya
Hidup sendiri demi orag-orang tercinta.

Fght Oh..
Suddenly I feel very sad. I miss my mom, so much. Shes the only person in the world who can accept me, whoever I am, whatever I do. Support me for whatever I try, never let me down. Love me without any condition. Nobody but my mom.
Dulu, saya tidak pernah tahu saya pandai bercakap. Maksud saya bercakap di khalayak umum. Saya tidak berkesempatan untuk mencungkil bakat itu. Sehinggalah saya mencuba untuk mewakili matrikulasi ke KAKOM sebagai pemidato, pendorong saya untuk mencuba kerana saya hendak terbang free ke Johor. Allah maha pemurah, saya berpeluang mencapai impian terbang free, walau pun saya mewakili KML bukan kerana layak sewaktu pemilihan, tapi kerana peserta perempuan yang layak itu berpindah dan hanya saya seorang sahaja yang tinggal daripada 3 peserta perempuan yang mencuba nasib, saya mungkin pemenang ketujuh atau lapan. Dek kerana betapa kasihnya Yang Maha Esa, saya berusaha bersungguh-sungguh sehingga saya menjulang pingat emas dalam kejohanan tersebut. Saya sendiri tidak menyangka. Bermula saat itu, saya mengasah bakat dan terus mencintai pengucapan umum. Saya suka subjek-subjek yang ada pembentangan kerana ia akan membantu saya. Mungkin bercakap itu mudah bagi orang yang suka bercakap seperti saya.

Dulu saya tidak pernah tahu, saya ni lembap. Lembap berfikir kiri dan kanan. Sehinggalah saya masuk menyertai silat. Bila ada pertandingan wiraloka (wat partern silat dalam kumpulan empat orang) baru saya tahu, saya susah nak tentukan kiri dan kanan. saya akan mengambil masa beberapa saat sebelum mengambil tindakan. Jadi dalam pertandingan saya hanya menghafal perlu bergerak ke arah mana tanpa memikirkan saya sedang bergerak ke kiri atau ke kanan. Saya tahu tangan kiri dan kanan kerana saya sudah hafal. Tapi jangan harap saya penunjuk jalan yang baik. Dulu saya tidak terasa perkara ini menyusahkan, tapi sekarang sedikit sebanyak saya rasa kelembapan saya ini agak merimaskan. Bukan setakat diri saya sendiri, tapi orang-orang di sekeliling saya.

Saya juga lembap bila buat dua kerja berbeza dalam satu masa, dulu saya tidak kisah. Kalau lembap dan tak reti, buatlah satu-satu. Kan senang.. tapi kelembapan saya itu tidak semudah itu untuk menyelesaikannya. Saya sangat terasa kelembapan itu menyusahkan saya bila saya mula belajar memandu. Memandu melibatkan saya perlu mengatasi kedua-dua kelembapan saya. Sampai sekarang saya masih tidak reti memandu (dulu pusing penang pas dapat L tu kereta auto). Kaki kiri buat kerja lain, kaki kanan buat kerja lain, tangan buat kerja lain, mata buat kerja lain. Saya rasa saya sangat bodoh bila dah diulang-ulang kali diberitahu tapi masih tak reti buat. Saya faham, tapi saya sangat susah hendak melakukan. Dan akhirnya pengajar saya hilang sabar, marah dan berleter...dan saya, apa lagi yang perempuan lembap seperti saya akan lakukan bila dimarahi, nangisla..

Saya tidak pernah kesal dilahirkan dengan pelbagai kelemahan kerana saya tahu semua orang punya kelemahan dan kelebihan sendiri. Saiz badan saya yang kecil juga menghadkan saya melakukan banyak perkara. Belum ditambah lagi dengan kegagalan saya mengimbangi badan sehingga saya sangat selalu terjatuh. Budak-budak debat dah biasa sangat tengok kakza jatuh.

Saya ada banyak sangat kelemahan yang memerlukan saya dijaga selalu. Ia merimaskan, tapi apa boleh saya buat. Saya sedaya upaya mencuba untuk mengurangkannya. Kerana itulah saya perlukan orang yang betul-betul sabar untuk menjaga dan melayan kerenah saya. Siapalah yang boleh bersabar dengan saya..

Kalau tiada, saya cukup kuat kan untuk menjaga diri sendiri? haha...Fight Oh!






















Hmm...sedang bosan,menunggu seseorang. Mujur dibawah pokok ini boleh online...tangkap gambar, boleh upload kat blog.

Muka bosan ni..

Tapi, best jugak dok sorang-sorang. seketika membiarkan hati lapang dibawah sinaran mentari petang. :) Semoga segala yang terasa kusut Allah leraikan, segala yang terasa serabut Allah luruskan. Segala yang terasa tertutup, Allah bukakan. Semoga apa yang terasa jauh, Allah dekatkan. Tiada daya melainkan dengan keizinan Allah.

Hari ahad ,saya dipanggil oleh guru pembimbing. Bertanya adakah saya sudah buat eksperimen, bagi latihan dan nota. Saya jawab ya. Semua saya sudah buat. Sampai lenguh tangan saya mengangkut buku latihan pelajar untuk dibawa balik ke rumah dan disemak. Almaklumlah latihan bio bukan pendek-pendek,selalunya jawapan yang panjang yang memerlukan saya baca satu-persatu. Ditambah lagi dengan tulisan pelajar yang kurang sedikit comel dari cakar ayam, memang agak menguji kesabaran. Nak dijadikancerita,rupanya ada ayah pelajar yang mengadu kepada pengetua bahawa latihan yang saya berikan tidak mencukupi. Juga nota dan eksperimen. Sentap rasa mendengar pengakuan itu. Sedih dan terkilan pun ada. Saya tidak pasti bagaimana latihan yang mencukupi bagi mereka, bayangkan baru dua bulan belajar,buku latihan mereka sudah lebih dari separuh saya bagi latihan, tapi masih lagi mengadu sedemikian rupa. Sedih…sangat sedih.

Saya sedih bukan kerana saya akan disoal siasat oleh ‘FBI’. Saya sedih kerana anak murid saya masih tidak tahu berdikari. Masih bergantung semata-mata kepada guru. Masih manja mahu disuap sahaja. Masih hanya tahu menunding jari kepada orang lain apabila tidak dapat melakukan sesuatu. Saya sedih dan terkilan anak murid saya masih seperti robot yang diprogramkan.datang kesekolah hanya untuk diformat dengan isi kandungan pelajaran. Tidak tahu berfikir sendiri bagaimana hendak memperbaiki kelemahan sendiri. Kalau tidak faham,tidak boleh hafal, semua salah cikgu yangtidak bagi latihan. Sangat terkilan,bila agaknya anak murid saya hendak faham bahawa kehidupannya adalah tanggunggjawabnya.

Saya sayang anak murid saya. Itu perasaaan semulajadi seorang guru. Tapi sayangnya, anak murid saya ini tidak pernah mengerti. Saya tidak mahu mereka hanya tahu menjawab soalan tapi lemah menghadapi kehidupan. Saya tidak mahu mereka ini pandai, tapi pentingkan diri sendiri, tidak hormat orang lain, berlagak dan bongkak. Hendak mengucapkan terima kasih pun terpaksa diminta. Mintak halalkan ilmu, saya belum pernah dengar, menawarkan diri untuk mengangkat buku-buku ke bilik guru, belum pernah terjadi. Apa yang ada dalam fikiran mereka hanya satu, BOLEH JAWAB SOALAN PERIKSA.

Jatuh airmata saya memikirkan bahawa saya tidak berjaya langung menyedarkan mereka tentang apa sebenarnya pembelajaran yang perlu mereka kutip. Sepatutnya disini mereka belajar bagaimana mendepani kehidupan memikul amanah dan tanggungjawab sebagai khalifah dimuka bumi Tuhan. Kerana disana, soalan yang ditanya bukan berapa banyak A dalam hidup kamu,tapi bagaimana kesungguhan kamu mengutip A, A tersebut. Allah bukan membalas dengan hasil tapi usaha yang telah kita kerjakan.

Mungkin itu yang perlu saya beritahu pada diri sendiri, Tuhan tidakmembalas sama ada mereka berubh atau pun tidak, Tuhan membalas bagaimana kesungguhan saya mengubah mereka agar kembali menjadi insan makhlukTuhan.

Jadi, apa yang perlu sayalakukan selepasini, sediakan set soalan yang banyak untuk cuti mereka sampai saya muntah hijau menyemaknya selepas cuti nanti.