Esok, 4hb November, saya akan menghadiri temuduga Guru Sandaran Terlatih Siswazah yang tertangguh hari tu.
Kawan-kawan yang lain dah dapat surat penempatan, saya baru nak pergi interview. Itu tak penting, yang penting, saya mahu lulus interview ini.
Doakan saya.
Pagi ini tidak bermula dengan baik. Jadi, untuk merehatkan otak, saya peluk Yayi dan tidur, berharap bangun dari tidur saya berasa sedikit lega. Tiba-tiba saya terjaga akibat bunyi bising di sink dapur. Siapa pulak yang sedang cuci pinggan. Takkanla abang atau abang ipar, yang lain semua tiada di rumah.
Dalam longlai saya gigihkan hati bangun untuk melihat. Wah, rupa-rupanya dua makhluk kecil ni sedang berdiri diatas kerusi dan bermain-main di sink. Hilang lemah saya dibuatnya, "Apa abang buat ni?" Saya tanya Wafi. Dengan penuh bersemangat, sink dan dapur yang dah basah, paste pencuci yang dah habis dibuang, Wafi menjawab "Maknek kan xda kat rumah, pegi kebun, mama pegi keja, takda sapa nk basuh pinggan, tulah abg basuhkan..." Cis, jawapan yang mencabar kewibawaan aku sebagai anak dara kat rumah ni! Sedangkan pagi-pagi semua pinggan mangkuk dah siap dibasuh, takde satu pun yang tinggal. Yang dia basuh just botol momom die jerrr. Tu pun nak kecoh la Wafi ni.
Nasib baik Wafi buat hal, kalau tak sampai mak balik saya masih terbaring mengadap hp. Terima kasih Tuhan. Apa-apa pun jadi, saya masih ada Wafi dan Hani. Saaaaayang dieorang.
Separuh hari berjaya dilalui, tinggal separuh lagi. Takpe, saya hendak menunggu malam datang, memohon sejuta kemaafan, manalah tahu masih ada bersisa kasih dan sayang. Saya hendak kutip buat bekalan.
Saya manusia tidak sempurna, sering melakukan silap dan dosa. Tapi saya ada hati yang sentiasa ingin setia, ingin berjasa, ingin membuktikan cinta.
Peace no war.
Ada kerisauan tentang masa depan. Adakah akan cerah atau mendung yang berpanjangan. Adakah merasa bahagia atau tawa dalam tangisan. Adakah akan mulia atau hina selamanya. Adakah akan tenang atau sengsara meniti usia. Kita hanya mampu merancang, namun ketetapannya bukan milik kita.
Tiada masa untuk berangan-angan, jauh sekali untuk melukis fantasi impian. Masa untuk itu semua sudah tamat. Berhenti dari mempercayai harapan apatah lagi janji yang tak akan tertunaikan.
Bukan masa untuk kecewa, bukan masa untuk meratap hiba. Simpan air mata untuk Tuhan. Masa untuk bangkit berjuang merempuh segala halangan demi melangsaikan segala sumpah, hutang dan amanah. Kita tidak tahu bila ajal akan tiba. Semoga segala harapan yang pernah aku berikan, janji yang pernah aku lafazkan, serta pengorbanan yang telah kalian tumpahkan sempat aku sempurnakan sebelum ajal kita sampai. Kita pernah makan berkuah air mata, tidur bertilamkan derita, mandi bersiram hina sekian lama. Kita kuat untuk bertahan hingga saat ini, jadi tiada masalah untuk kita bertahan sedikit masa lagi, sementara menanti Izrail datang menjemput kita.
Dunia ini tiada apa-apa untuk kita. Tidak perlu kita gusar untuk meninggalkannya. Tidak perlu kita sedih dihina olehnya. Masa untuk kita kembali kuat atau menjadi lebih kuat. Dan kita hanya akan kuat bila Tuhan bersama kita. Justeru, kembalilah kepada Tuhan, memohon keampunan, mencari ketaqwaan mengharap keredhaan. Berdoalah agar segera kita laksanakan tugas-tugas kita yang belum selesai kemudian melengkapkan persiapan mengucapkan selamat tinggal. Semoga kita pulang cepat dan selamat menemui Tuhan dan RasulNya, kerana dunia ini tiada apa-apa untuk kita. Sungguh tiada apa-apa untuk kita.
Bukan berputus asa dengan nikmat Tuhan, bukan sudah putus harapan. Jauh sekali kecewa atau rasa diperkotak-katikkan.Tetapi mencari kekuatan meneruskan kehidupan. Kekuatan ada pada hati. Hati yang bersih dari noda. Hati yang mekar dengan cinta pada yang Esa. Sekeping hati seperti itu, perlu dicari dan dimiliki.
kita
Kitak sik pernah lupak birthday kamek walau pun kamek selalu lupak birthday kitak (sowi). Mun dolok, macam setiap saat kamek tauk apa yang kitak polah n kitak tauk apa yang kamek polah. Even kitak jual cucur kat kampong time cuti pun kamek tauk. Kitak suka football, gila ngan Raul, sejak ya kamek pun jadi penyokong Sepanyol. Best, spain menang Liga English (kot..kmk x ingat) n world cup baru2 tok. Kita minat conan, haha..biarla orang nak kata kamek macam nembiak..kamek sik lalek, kamek still minat conan..ingat sik kitak nak kirim cd cerita conan ngan kamek sebab kamek menang last sem?..belom sampei pun..kamek rasa kitak masih gila main game..nk?
Doakan kamek. Doa yang tulus dari sorang kawan istimewa macam kitak.
Paling istimewa, kitak tunggah kamek ‘kawan’ n kamek pun tunggah kitak ‘kawan’. Sebenarnya, semua kawan2 kamek nunggah kamek ‘za’. Mungkin pada kitak, kamek tok sama jak macam kawan-kawan kitak yang lain, sebab kitak nang bait ngan kawan-kawan kitak. Tapi bagi kamek kitak cukup istimewa,kitaklah peneman setiap saat kamek genting, kitak sik pernah ngecik ati kamek walaupun kamek tok orag paling sensitive kat dalam dunia(huhu). Kitak cukup istimewa, beruntunglah teman idup kitak kelak, semoga Allah menganugerahkan kitak syurga.
Ramadhan kali ini berbeza. Hampir sepuluh tahun aku tidak menyambut awal ramadhan di rumah. Tahun ini dari 1 ramadhan hinggalah ke 1 syawal dilalui bersama keluarga tercinta. Tak perlu nak fikir petang-petang nak berbuka dekat mana, dengan siapa, lauk apa…sahur lagilah..berbeza sangat dengan sahur kat kampus dulu..sekarang tiap-tiap pagi mak kejut sahur dengan makanan yang dah terhidang, dulu, aku hanya sahur kalau aku rajin nak keluar beli makanan atau ada orang yang hantar makanan untuk bersahur lepas die balik kerja kat jusco..hehe..
Tapi ada satu yang menggamit rindu tentang Ramadan2 yang lalu. Tentang cahaya dan maknanya. Tentang pengisian dan rahmatnya. Tentang berkat, ibadat dan keampunan yang sangat luas didalamnya. Aku sangat rindu pada rasa kerdil ketika sujud dibawah atap langit setahun yang lalu. Juga pada himpunan jemaah di masjid Khalid almalik. Lalu penghujung ramdhan ini aku sangat berharap dipertemukan dengan ramadhan akan datang, bersama sekeping hati yang sangat rindu akan nikmatnya hidup bertuhan. Semoga nikmat ramadhan tidak lagi disia-siakan.

Lima
Tahun ni juga raya dengan status berbeza, bukan lagi penerima duit raya..hehe. Sungguh aidilfitri akan terasa kering andainya Ramadhan tidak diisi dengan musim ibadah yang ranum. aidilfitri hari buat mereka yang beroleh kemenangan. Menyambutnya kerana adat dan kebiasaan tidak akan pernah sama dengan kerana ibadah dan ketaqwaan.Huhu

Enam
Udang masak sambal.
Kita diciptakan dengan sebaik-baik darjat. Makhluk Allah paling sempurna dengan amanah sebagai hamba, juga sebagai khalifah. Namun, bila kita lalai melaksanakan tugas sebagai hamba, kita akan kecundang melunaskan amanah sebagai khalifah.
Jika mahukan rakyat yang taat menjunjung titah, jadilah raja yang adil saksama memerintah. Jika zalim memikul amanah, jangan dipancung rakyat yang marah.
Jika mahukan penuntut berbudi mengenang jasa, jadilah guru berakhlak mulia. Jika guru mengira gaji dan harta semata, jangan kesal penuntut mu kelak perosak bangsa.
Jika mahukan isteri permaisuri syurga, tunaikanlah haknya jiwa dan raga. Jika isteri sekadar bibik percuma, engkau juga yang akan ditariknya ke neraka.
Jika mahukan anak yang soleh dan solehah. Anak yang boleh dijadikan harta, yang sentiasa mengirimkan doa, pemanjang amal sesudah mati. Sempurnakanlah hak mereka telebih dahulu. Berikan nama yang mulia, didiklah dirinya menjadi manusia berjiwa hamba pada Tuhannya, berhati khalifah kepada dunia. Doakanlah agar mereka tidak menjadi anak derhaka. Jika amanah sebagai ibu bapa tidak lunas sempurna, jangan disumpah dicerca jika anak-anak mengguriskan luka.
Tapi sayang, kita tidak selalunya di atas landasan yang tepat..Mujur yang Maha Penyayang sentiasa membukakan pintu taubat..jangan sesekali mebiarkan luka bernanah dendam, ia wajib dirawat..astaghfirulahhaazim...
Satu
Buat masa sekarang, aku belum ada kerja tetap. Kontrak guru ganti dah hampir sebulan tamat. Jadilah aku suri rumah tangga separuh masa..hehe.. separuh masa lagi jadi cikgu tusyen kat Pusat Tusyen Estetika. Sepatutnya aku mengajar sejarah form 2 dan Engish for primary school je, tapi selalu jugak aku kena ganti cikgu lain. Kadang –kadang ajar sains f3, sejarah f1, dan yang paling berat bagi aku kena ajar english f5. English aku bukannya bagus sangat pun, kena pulak ajar literature component, adus..
Dua
Alhamdulillah, majlis konvokesyen dah selesai. Macam-macam halangan nak pergi konvo ni. Tapi, syukur sebab semuanya berjalan lancer. Dapat jugak bawak mak dan ayah pergi penang, first time dieorang naik belon..hehe. .so, sepanjang minggu konvo tu, most of the time dengan parent je, entertain dieorang, so, kawan-kawan yang aku tak jumpa or tak datang masa konvo, jangan kecik ati yer..
Tiga
Alkisah nak dijadikan cerita, seminggu sebelum pergi konvo tu, aku dah siapkan semua, tempah flight, hotel, sewa kereta. Tiba-tiba pulak keputusan interview untuk penempatan guru keluar dan tarikhnya serentak dengan tarikh konvokesyen aku. Takkan nak cancel pergi konvo, sian mak ayah. So, aku try la call KPM. Lembut je suara orang yang angkat panggilan tu. Lebih kurang beginilah perbualan kami;
Aku : hello..
KPM: hello,KPM, boleh saya bantu.
Aku: Saya nak tanya pasal interview GSTS . boleh tak saya tukar tarikh sebab interview saya serentak dengan tarikh konvo.
KPM: Cik yang telefon ni nama siapa? No IC?
Aku pun bagilah nama dan no ic, dia suruh aku tunggu sekejap. Entah apa la yang dia buat, keputusan sama je.
KPM : Cik, tarikh interview ni tak boleh tukar la cik. Cik boleh pilih nak pergi interview atau nak pergi konvokesyen cik.
Huhu..dia suruh aku pilih macam konvo n interview tu karipap dengan pisang goreng yang boeh dapat hari-hari. Konvo tu sekali je seumur hidup…
Aku: Tapi encik, kan masa isi borang tu ada mintak tarikh konvo..
Ish..ish..motif masa isi borang tu dieorang mintak tarikh konvo, tapi clash jugak nape?..sah dieorang tak baca isi borang tu.
KPM: Ye..camnila cik, cik mohon semula bulan 9 nanti.
Aku: Kalau tukar tempat ke pulau pinang boleh tak encik?
KPM: Takpe, cik mohon semula bulan 9 nanti yer..
Huhu…dahla tak menjawab soalan, jawapan die bagi pun…menguji kesabaran.
KPM: Lagipun, cik baru nak pergi konvo kan, maknanya cik takda transkrip lagi, kalau takda transkrip tak dapat interview tu..
Wah..jawapaan die ni buat aku rasa nak bidas. Aku tau ni jawapan ‘gula-gula’ tapi aku nak bidas jugak..
Aku: Ohh..kalau macam tu, semua orang yang pergi interview tu takkan lepas lah ye encik. Setahu saya baru USM dan UKM jer yang konvo time tu, U lain belum lagi..mane de transkrip.
Hehe..sori terbidas…
Die still suruh aku apply semula bulan 9 nanti. Alamatnya lambatla aku posting daripada kawan-kawan yang lain. Belum rezeki. Sedih jugak sebenarnye..huhu. Aku tahu seniors aku dulu sume interview sebelum konvo tanpa transkrip, lepas jer..so, kawan-kawan yang posting dulu tu, kena belanja aku ek..dan jangan tanya kenapa aku lambat posting.
Anyway, that’s life…redha..pasti ada hikmah disebaliknya..insyaAllah.