Sudah halus tuturku memberitahu
Sudah lurus kataku memahamkan kamu
Mengapa masih tidak mengerti
Mengapa terus bertilam emosi..

Awal lagi telah aku khabarkan,
Kerana tidak mahu engkau kesakitan
Pulanglah mengejar cinta
Pada keluarga dan desa
Kerana kita tidak tahu, masa dan ketika
Izrael datang menjemput pulang padaNya

Hidup disini bukan segala-galanya
Hilang teman boleh dicari ganti
Hilang kemasyhuran boleh digali lagi
Hilang kesibukan, masih ada yang menanti
Hilang nama, pangkat dan harta
Boleh saja dicari dimana-mana penjuru dunia
Tapi, hilang saat bersama yang tersayang
Tiada ganti hingga jasad terkubur mati

Kini, mungkin kami semua antagonis cerita
Oleh emosimu yang menyelimuti jiwa
Usah risau, kami redha dan kami rela

Jangan kau ingat aku bahagia melihat kamu derita
Jangan kau fikir aku suka melihat kamu tiada
Gundah hatiku, kamu tidak didepan mata
Entahkan suka, entahkan duka
Kalau masih ada yang boleh aku korbankan,
Ingin saja aku berikan
Namun, apa kan daya..aku juga sedang seksa merawat kesakitan lama
Yang tiada siapa tahu betapa pedihnya…
Prolog; Hari ini, aku baru habis ujian kertas Colloid and Surfaces Sciences, sepatutnya hari yang sangat menggembirakan, sebab ini adalah paper terakhir untuk minor aku, Kimia. Aku tak mengharapkan dapat A pacak untuk subjek ni, tapi, aku yakin aku akan lulus..hahaha… lepas ni, tak perlu pening belajar kimia lagi..atau dianaktirikan oleh school kimia..hehe

Tapi, belum sempat aku bergumbira…
Kenangan, perasaan dan kesakitan lama datang lagi.

Aku sudah berjanji tidak mahu menangis lagi….arghhhh
Tapi airmata jatuh juga akhirnya…arghhh
Aku sudah berusaha untuk mengeringkan hati…arghhh
Tapi itu bukan zakia

Aku tidak mahu mengalah..arghhh
Tapi saat ini aku terasa sangat lemah…arghhh
Aku ingin bercerita meluah rasa…arghhh
Tapi tiada siapa yang ada…huhu

Aku sangat berharap ada yang memahami..arghhh
Tapi, adakah yang benar-benar mengerti?...argghhh
Aku sebenarnya tidak suka meminta
Tapi adakalanya aku terpaksa

Aku memang tak mahu merajuk…arrghh
Kerana pasti tiada yang akan memujuk..arrgh

Aku sangat berharap kali yang terakhir ini aku dapat melepaskan cintaku pergi, tanpa ada sesiapa yang terluka, terutamanya aku sendiri…

Terciptakah yang memahami?

Epilog :
“Kakza, nape sweater akak kat sini, eh..yaya de kat situ nape?”
Zai masuk bilik, bertanya, “selipar bilik ni sampai naik atas katil…nape ni kak?”…

“semuanye akak baling tadi..”

Kamu ku lihat kurang senyum seperti selalu.
Ceritamu sudah tidak sebanyak dulu
Barangkali hatimu terluka
Oleh kalimah dari lidahku

Tidak perlu berahsia
Kerana tidak sukar membaca air muka
sekeping hati seorang yang dikasihi

Andai hatimu sedang terluka
Atas alasan apa pun jua
Dan kau terasa ingin menangis
Biarkanlah air matamu merawat luka yang ada

Dalam kau melayan lukamu itu
Ada beberapa perkara aku ingin engkau tahu


Nasihat untuk kamu paling istimewa
Kerana ia selalu datang dari jiwa
Bersama kasih sayang dan cinta yang aku ada
Biarpun dihujungnya aku sendiri yang terkilan tatkala nasihatku tidak engkau endahkan
Bukan niatku mencampuri urusan hidupmu
Sekadar ingin berkongsi pengalaman
Agar engkau tidak terjatuh ke dalam lumpur berduri
Yang nampak indah di mata tapi kotor dihati
Agar engkau tidak menyesal di kemudian hari
Namun, andai nasihatku menyakitkan, buanglah ia jauh ke dasar lautan yang paling dalam


Aku masih disini seperti selalu

Masih ada sayang yang ingin diberikan
Masih sudi menerima sesiapa sahaja yang ingin hadir mewarnai hidupku
Masih bersedia untuk kehilangan sesiapa sahaja yang sudah jemu untuk bertamu
Masih rela berkongsi segala
Masih mahu mendengar cerita
Masih kuat untuk dibuang dan dilupakan...

Dan
Tidak kira berapa banyak pun kisah luka dalam hidup kita
Atau bertimbun kenangan indah dan kemenangan
Atau cerita suka penuh kebanggaan
Atau apa sahaja kisah sehingga terlukisnya sebuah kehidupan
Hakikatnya, kita sedang menuju ke daerah akhirat yang sama
Kita sedang menunggu ajal tiba…


Wahai puteri alhub
Simpan kemas jemarimu
Bimbang terkena angin malam
Yang dingin dalam kegelapan
Jangan sampai digigit musang jadian
Yang menjelma dikala bulan terang mengambang

Kamu diciptakan mulia
Mengapa mencari hina?

Pungguk punya cerita
Kononnya dia selalu merindui purnama
Dan semua manusia pun percaya
Hingga timbul bidalan, ‘bagai pungguk rindukan bulan’
Tidak! pungguk bukan rindukan bulan,
Pungguk rindukan Tuhan

Tapi, dek kerana ramai manusia berkata
Bahawa pungguk rindu pada purnama
Adakah kau juga percaya?

tanpa kau lihat buktinya...
Aku di minggu-minggu peperiksaan

Peperiksaan adalah….(aku tiada perkataan)
Aku kira semua orang faham.
Masa untuk belajar…belajar…belajar…
Macam-macam cara…
Berkumpulan, berseorangan, ke perpustakaan
Tak kurang yang melepak di tangga.

Tapi aku,
Minggu-minggu peperiksaan inilah selalunya aku akan menghadapi pelbagai ‘konflik’ dalam diri.

Ketika aku ‘asyik’ membaca nota kimia, masa tu lah aku tiba-tiba terfikir nak tengok anime Detective Conan. (time len xde plak rase nk tengok sgt..)

Ketika aku memaksa diri untuk menghabiskan nota-nota Dr. Nurul, tiba-tiba aku rasa nak makan kek keju (yg de lapis coklat..)

Ketika aku ‘menyibukkan’ diri menghafal formula biostatistics, tiba-tiba aku teringat betapa sedapnya ayam goreng PUDU n IKIM (huhu..sedap)

Ketika aku berpenat lelah melawan rasa mengantuk ketika membelek nota surface and colloid science, tiba-tiba terasa nak tengok cerita Ali Setan. (i luv usm...)

Ketika aku berijtihad memahami misconception in physics learning, tiba-tiba aku rasa nak berbaring dibawah bintang. ( tp..hujan..bintang x nampak)

Ketika aku berfikir tentang 12 principles of green chemistry, tiba-tiba aku berfikir macam mane nak carik disk, the jikenbo of young kindaichi. (last tengok mase form two)

Ketika aku bersungguh-sungguh mengulangkaji, tiba-tiba datang rasa rajin mencuci baju dengan tangan sendiri (biasanya aku suka memanfaatkan teknologi)

Ketika aku menelaah subjek Tropic Ecosystem, tiba-tiba terfikir betapa seronoknya menonton CSI & NUMB3RS (aku mmg ske crite penyisatan)

Ketika aku sedaya upaya meneliti soalan tahun-tahun lepas, tiba-tiba aku rasa nak jadi Perdana Menteri. (oh..tolongla faham)

Jangan ditanya, apa kaitan ketika dan tiba-tiba, kalau ada kaitan, takdelah jadi ‘tiba-tiba’




Apa yang pasti, ketika anak adam sedang sedaya upaya cuba membuat sedikit kebaikan, ia akan berhadapan dengan dua kesukaran.



Pertama, godaan nafsu yang suka pada bersenang-lenang

Kedua, bisikan syaitan yang telah berjanji kepada Tuhan, bahawa selagi mentari belum terbit dari barat, selagi itu ia akan memasang jerat, untuk meramaikan kaum kerabat,
Petang tadi, saya menyaksikan lagi seorang gadis kesedihan. Menangisi kisah kasihnya yang tidak kesampaian. Saya tidak tahu hujung pangkal cerita, tapi saya tahu dia sedang terluka. Berderai airmatanya sambil mengadu kepada temannya. Kebetulan saya sedang sibuk menyiapkan apa-apa yang perlu untuk mengajar esok. Saya biarkan saja mereka bersembang dalam loghat yang kurang saya faham. Lagi pun, soal cinta, saya bukan pakar. Sengaja saya buat-buat sibuk, menghadap Imtinan. Tapi, kalaulah saya punya kesempatan untuk memberitahunya sesuatu, saya akan katakan, “Mengapa membazir airmata untuk sesuatu yang sia-sia. Kasih sudah berakhir biarkan saja. Hidup mesti diteruskan, mengapa dikenang kelukaan dan keperitan yang terlukis semalam sedangkan masa hadapan menghamparkan kebahagian yang perlu untuk dikejar.” Haha..itu kata-kata saya yang tidak pernah bercinta dan tidak pernah terluka dek cinta. Amat mudah kata-kata saya itu ditempelak dengan sebaris ayat, “awak mana tahu..”
Yup, saya memang tak tahu, tak pernah tahu, belum tahu. Hanya satu yang saya tahu dan selalu saya diberitahu tentang ini... “Perempuan-perempuan yang jahat, untuk lelaki-lelaki yang jahat, dan lelaki-lelaki yang jahat untuk perempuan-perempuan yang jahat. Sedang perempuan-perempuan yang baik untuk lelaki-lelaki yang baik dan lelaki-lelaki yang baik untuk perempuan-perempuan yang baik pula.” Surah An-Nur, ayat 26. Siapa yang berani menempelak kata-kata Yang Maha Tahu…
Dihujung tangis dan rintih gadis itu yang sedang mengadu, bertukar menjadi cerita kemarahannya kepada lelaki itu yang curang. Itukah cinta? manis hanya bila bersama? Bila hilang, dendam menggantikan kasih sayang? Luka yang lebih dikenang? Itulah bila cinta ditafsirkan sebagai kuasa untuk memilik insane lain.
Dahlah, saya bukan yang arif untuk bercerita tentang cinta. Cuma kali ini terpanggil kerana saya tidak suka melihat orang terluka kerana cinta. Cinta bukan melukakan, tapi cinta itu kebahagian jika tepat dengan peraturan Tuhan. Konsep saya mudah, sayangi sesiapa sahaja yang datang dalam hidup kita seadanya. Hargai setiap insan yang ada dikiri dan kanan seperti mana kita mahu dihargai. Tapi ingat, mereka milik Tuhan, maka mereka akan pergi bila-bila masa tanpa kita duga. Pergi kerana ajal, atau jarak yang memisahkan atau cerita yang sudah tamat. Cinta saya? InsyaAllah, tiba masanya akan tiba jua. Saya manusia juga, tidak menolak cinta. Cuma harapnya agar cinta itu datang dalam rupa yang mulia. Bersendikan adat, bertiangkan agama. Terangkat martabatnya oleh akad dan mahar. Doakanlah ya cinta yang mulia untuk kita semua...
Baru balik dari UPM dua hari lepas.
Baru habiskan assignment biostatistic...
Lega sikit

Semester dah semakin hujung
Hmmm..terlalu banyak yang hendak dicurahkan

Irama yang menemani aku

“Apakah yang dikejar dalam hidupmu
Berkali ku kata padamu
Kita singgah di dunia yang sementara
Penuh tipu daya...” Kian-Mawi

“Andai ku tahu, kapan tiba masaku
Ku akan memohon, Tuhan jangan Kau ambil nyawaku
Aku takut akan semua dosa-dosaku
Aku takut dosa yang terus membayangiku...” Andai Ku Tahu-Ungu

“Perjalanan rohku melengkapi sebuah kembara
Singgah dirahim bonda sebalum melangkah ke dunia
Menanti di barzakh sebelum merangkak ke mahsyar
Diperhitung amalan penentu syurga atau sebaliknya....” Menanti di Barzakh- Far East

“....beralun zikir menutur kasih pada umat dan akhirat.
Dan tibalah waktu ajal bertamu,
Penuh ketenangan jiwamu berlalu
Linangan air mata syahdu iringi pemergianmu
Oh sukarnya untuk umat menerima
Bahkan payah untuk umar mempercaya
Tetapi iman merelakan jua bahawa manusia kan mati akhirnya…
Rasullulah kau tinggalkan kami warisan yang abadi
Dan bersaksilah sesungguhnya kami merinduimu…” Pemergianmu-Inteam

“ perjuangan itu, gerun dan mengerikan
Hebat dan dahsyat menggerunkan hati
Bagi mukmin disini harga dan nilainya...
Perjuang itu bagai sampan dilautan
Diatas, langit tiada perlindungan
Dibawah, air melambung dan menggulung
Menongkah gelombang yang datang melanda…” Perjuangan-Saff One

“..ombak yang menderu dedaun berterbangan tekadang mengkhayalkan diriku
Terlupa aku pada pencipta yang Esa, yang sentiasa melihat diriku
Dimana, dimana kuberada?
Dimana, dimanakah diriku?
Adakah di jalan lurus atau dijalan yang berliku
Oh Tuhan tunjukkan ku jalan kebenaran
Ku tahu jalan bahagia penuh onak jua cabaran
Oh Tuhan berikan kekuatn padaku..” Rayuan Nurani- Hijjaz

“..Sesungguhnya walau kukutip semua permata di dasar lautan
Sesungguhnya walau kusiram dengan air hujan dari tujuh langitMu
Namun cinta masih tak hadir, namun rindu belum berbunga.
Jika tidak mengharap rahmatMu, jika tidak menagih simpati padaMu yaAllah
Tuhan, hadiahkanlah kasihMu kepadaku, Tuhan kurniakanlah rinduku kepadaMu
Moga ku tahu, syukurku adalah milikMu..”

“Sesungguhnya bukan mata itu yang buta, yang buta adalah hati yang ada didalam dada” Al-Hajj, 46

“Ketahuilah bahawa di dalam jasad manusia ada seketul daging. Jika ia baik maka baik pula seluruh jasadnya, dan jika ia rosak maka rosak pla seluruh jasadnya. Ketahuilah segumpal daging itu adalah hati” Hadith riwayat Bukhari dan Muslim.

Cerita tak tercurah...