bagaikan pelangi selepas hujan redha
indah mentari mewarnai alam
beburung berterbangan
indah berkicauan
tiada lagi mendung semalam
damainya di hati
bila terpandang wajahmu
manis senyuman menghulurkan salam
lembut tutur bicara
tersusun bahasa
tiada lagi titis air mata
kasih dan sayang
membentuk titian rindu
menghubungkan hati yang lama terpisah
mengeratkan lagi ukhwah
yang telah lama terbina
bahagia dalam maghfirahNya
oh indahnya jalinan kasih sayang
kenangkan suka dan duka
yang dilalui bersama
indahnya kenangan yang pernah tercipta
tidak sempurna iman tidak bernama insan
andai permusuhan di biar berterusan
leburkan keegoan hulurkan kemaafan
semoga sentosa dalam keredhaan
1 kata kamu:
hai..
nice blog..
very nice blog..
very very nice blog..
mantap!!
Post a Comment