Tidak tahu aku hendak mula dimana, hendak mencoret apa. Hati sudah seperti tiada disini. seperti sudah sampai dibumi kenyalang.

Empat tahun sudah berlalu, seperti tidak percaya. Bagi anak rantau seperti aku, empat tahun itu sangat memberi makna. Terlalu banyak ceritera yang mengukir arca jiwa yang akhirnya menjadi suatu bentuk menampakkan seorang Zakia.

Terlalu banyak.

Dan hari ini, untuk terakhir kali aku menatap wajah USM yang kini serba baru. Seperti tahu kami akan pergi membawa kenangan, begitu lanskap dan bangunan USM bertukar wajah satu-persatu. Aku sangat suka lalu di foyer DTSP kerana disepanjang foyer tersebut ada banyak gambar-gambar lama USM ditampal disitu, pelbagai acara dan upacara sejak USM mula dibuka. aku selalu leka berdiri disitu, menatap foto-foto tersebut sambil cuba membayangkan suasana dulu-dulu. Tadi aku lalu disitu lagi, dindingnya sudah bertkar rupa. Tiada lagi foto-foto kegemaranku. Mungkin yang menggemarinya sudah hendak pulang, maka dinding itu berubah mencari peminat baru, mungkin.

Aku berjalan melaui Kafe Siswa, tempat aku, aishah, dan mira selalu bersarapan dulu. Lalu disepanjang foyer dewan kuliah, serba lengang mengucapkan selamat jalan.

Terima Kasih USM. Selamat Tinggal.

3 kata kamu:

sufa said...

rindunya nk jln2 kt foyer dk itu..t'lalu byk kngn kita bsama..4 yrs!!!what a long period yet felt so sekjap like the blinks of eye~

Zakia Setu said...

huhu..ko wat aku lagi rindu la shah..aku xkan lupe 1st kite jumpehari pertama kat ppip..

goneshare said...

ada pertemuan pasti ada perpisahan