Pukul 11.45 malam, ikut jam pada laptop saya.


Sebelum ini.
Tentang post sebelum ini, hehe..tidak ada apa yang berlaku pada saya. Tiada musibah, tiada kecewa, tiada putus cinta..hahaha..Terima kasih pada yang concern bertanya. Saya hanya bercerita tentang pengharapan kepada sebuah penghujung yang baik. Siapa tidak mahu mati dalam keadaan yang mulia, bersih dari dosa. Kalau tanya pada seorang pembunuh upahan yang membuat dosa untuk menyara hidup pun, dia tetap mengharapkan kematian yang mulia dan penghujung kehidupan yang lebih baik dari hidupnya. Tiada manusia yang mahu mati dalam hina bersalut dosa.

Ruang ini..
asalnya saya buka ketika mengambil satu subjek penggunaan IT untuk pendidikan empta tahun yang lepas. Kemudian saya biarkan begitu sahaja sehingga suatu ketika saya pulang dari program disekolah bonda dan terfikir untuk berkongsi ceritanya disini. Masa berubah, blog ini juga berhenti menjadi pencerita sebaliknya bertukar menjadi diari hati saya. Saya luahkan segala cerita suka, duka, pahit, manis, kasih, sayang, malah cinta. Apa sahaja yang bertandang dari lubuk hati sendiri.

Cuma..
Saya suka pada lembut bahasa. Saya gemar pada bunga kata-kata. Lantaran itu, diruang ini saya perhalusi bicara yang datang dari lubuk jiwa agar dalam mencoret rasa saya tidak seperti si dungu yang menulis mambabi buta. Melepaskan rasa marah, gundah atau suka gembira dengan bahasa yang tidak sedap ditatap mata. Lalu terhasillah bahasa bulan dan bintang, kiasan dalam kiasan, semata mahu berlapik talam berhidang. Hodohnya tidak terpandang, bodohnya tidak dijulang.

Maaf..
dalam berlapik bahasa, tajam tarian jemari saya tetap menikam sukma. Ada hati menangis membacanya. Itulah hakikatnya seorang manusia, sifatya tidak sempurna. Sejitu mungkin saya cuba menarikan kata-kata, tetap ada silap salahnya. Apa lagi yang boleh saya kata melainkan beribu kemaafan yang dipinta. Terutamanya abang tersayang, selalu dari dulu diruang ini saya lepaskan geram, manghentam meletak beban, tapi akhirnya diruang ini juga saya rayu kemaafan paling ikhlas dari ruang hati sayang..

Sebenarnya..
coretan di atas itu, muqadimah nya sahaja. Penjelasannya disini, tentang ruang ini, tentang saya yang sekadar menulis luahan hati. Sebenarnya saya bukan yang pandai bermain kata-kata. Bukan ilmuwan, tidak berpengalaman. Bukan ahli puisi, tidak pengarang syair. Bukan manusia berhati mulia, berilmu agama, malah jauh sekali dari panggilan solehah, tidak ada apa-apa. Disini hanya luahan sekeping hati manusia biasa, yang menjalani hidup biasa, yang mengharapkan kebaikan datang dalam hidupnya.

Lalu..
ketika coretan saya berbau rindu mekar penuh rona cinta, itu kerana saya manusia biasa yang punya jiwa. Ketika coretan saya sendu dihurung pilu berlagu tangis nan lara, itu hanya kerana hidup ini ada atas dan bawahnya. Dan ketika jemari saya mengukir rasa keinginan menikmati syurga, ketakutan pada seksa neraka, tentang mati, tentang dosa, tentang pahala dan tentang iman didada..itu adalah kerana saya ini makhluk yang diciptakan dengan fitrah ingin hidup bertuhan.

Tidak..
sesekali saya berani mencoret tentang iman dan hati disini. Terasa terlalu kerdil untuk saya melontar komentar tentang isu-isu agama. Sangat daif hamba bernama zakia ini untuk menarikan puisi tentang cinta pada Ilahi..kerana saya selalu sedar saya hamba yang banyak dosa..

Jadi..
blog ini apa sebenarnya..ia tiada pembaca yang ramai..ia tiada info semasa..tiada ilmu berguna. Sekadar limpahan rasa seorang wanita, sekadar muhasabahnya meniti dewasa. Nasihat untuk dirinya menempuh usia. Coretannya ketika dia gembira, tagisannya ketika dia berduka. Jika ada yang boleh diambil iktibar,kita kongsi bersama. Di maya ini dia bisa merasa sedikit bahagia menarikan jemari irama hatinya, pinjamkanlah dia sedikit ruang menikmati kehidupan tanpa penilaian, tanpa hukuman...



"Ya Allah, jika pendek usiaku lebih baik untuk diriku, agamaku, duniaku, akhiratku, hidupku dan matiku,kurnikanlah aku husnul khatimah. Amin ya Rabbal alamin."

Tolong aminkan ya..
I

Sempena sambutan tahun baru pada 1 jan lepas, saya tulis sesuatu diruang ini. Tentang azam dan harapan menyambut kedatangan 2011. Saya tidak pernah berazam bila tahun baru datang. Azam saya sentiasa dan tetap sama 'Fight Oh'..versi jepun...'Jihad' versi arab...'never give up' versi omputih...'agi idup agi ngelaban'..versi iban..(hahaha..perlukah)..ape2 sahaja quote tentang bersemangat meneruskan kehidupan...planla nak buat apa pun dalam tahun tersebut, yang penting semangat hendak melakukannya itu yang memastikan azam terlaksana..oleh kerana azam tahun baru saya tetap sama maka saya tidak pernah menyambut tahun baru dengan azam yang pelbagai. Enatah macam mana, tahun ini saya terfikir untuk mendetailkan azam saya...semangat saya menaip..alih2 time nak publishkan..tenet terputus, dan takde auto saving pulak..huhu..memang saya malas nak buat balik..yang penting tahun ni...lebih 'Fight Oh!!!!'

II

Wafi dah masuk sekolah..Tadika Kemas. seminggu sebelum sekolah semangat giler..beli baju sekolah, kasut sekolah, tali pinggang sekolah, beg sekolah..hari ahad pergi potong rambut. Saya dan abang hadiahkan wafi botol air..BEN10..as request. Hari pertama pukul 5 wafi dah bangun, mak die siapkan pakai baju semue..pastu mak die pergi keje. Sekolah mula pukul 8, 7.15 wafi dah ajak pegi skolah. Mak dan ayah saya yang hantar...2 jam lepas tu baru ayah mak balik bersama wafi sekali..Hahahaha...wafi taknak tinggal, mengamuk nak balik sebab mengantuk nak tido.. sampai je kat rumah, die bukak semua baju, mintak momom dan tido...

Second day, wafi gi skolah tapi mak temankan sampai pukul 11..dan hari ni hari ketiga, mak ayah tinggalkan je die kat skolah..mengamuk. Kite dengar crite die balik skolah nanti..hahaha..




III

Hari ni dah hari ketiga persekolahan..murid-murid semua dah mula belajar..cikgu-cikgu pulak dah start mengajar..saya pulak dah start nak gile kebosanan..cuti kali ni sangat panjang..terlalu panjang..paling panjang dalam sejarah hidup saya..dah lapan bulan saya duduk dirumah ni menjadi penganggur tegar..kepala saya dah mual...mata saya dah bosan..bukan saya je..peti sejuk, katil, almari, meja kerusi ni semua dah sangat bosan tengok saya..huhu..bile la KPM nak amik saya bekerja ni...huhu..saya sangat BOSS ANNNNN...