Biar apa jua keadaan
Onak apa pun melanda kehidupan
Sakit perit pedih luka kecewa
Hampa derita atau apa jua
Namakan sahaja

Kosong hilang sunyi sepi
Sendiri lara merana
Sengsara gundah gulana
Patah hati patah rasa
Patah tulang putih mata

Remuk hati hancur sukma
Lemah bak mayat bernyawa
Ngilu sakit kalbu cedera
Merah darah mengalir bersama
Derita jasad atau nyawa
jiwa atau raga

Aku terima rela
dengan hati terbuka
asalkan jangan sesekali halang aku
menangis menitiskan air mata
kerana aku yakin padaTuhan
yang tidak akan menzalimi hambaNya.

0 kata kamu: