Sedih kerana kerdil dan hina. Ilmu dangkal, cetek, hanya sebahagian dari setitik. Tidak punya apa-apa, hanya manusia yang hina mengharap rahmat dan belas kasihan dari Tuhan yang Esa. Disisi manusia saya kecil dan hina, disisi Allah siapalah agaknya saya.

La tahzan, kata seorang teman. Ya, hidup memang penuh dugaan, buat apa pun pasti akan menempuh cabaran. Besar rencana besarlah dugaannya, kecil perancangan kecil juga mehnahnya. Hati ini untuk diuji dan diuji agar bertambah iman didalamnya. Saya bimbang ujian datang dan hilang, tapi iman dihati masih senipis kulit bawang. Alangkah ruginya saya sedemikian rupa.

Hinanya kejadian manusia bermula dari setitis mani, yang kalau jatuh ke bumi, ayam tak patuk, itik tak sudu. Hanya ilmu yang mengangkat beza antara manusia. Kalau ilmu juga tiada…jangan pernah punya keinginan untuk berbangga dan sememangnya berbangga itu tidak selayaknya untuk manusia.

Rasa hina ini membuat saya termenung seketika. Betapa saya manusia yang tidak pernah punya apa-apa. Tidak rupa, tiada harta. Jauh sekali pangkat mahu pun nama. Jadi, kalau saya bersombong diri, betapa bodohnya saya.

SubhanALLAH. Saya tidak punya apa-apa. Saya hanya ada Tuhan yang Maha Sempurna yang masih sudi memberi nikmat Islam dan Iman walau saya sering kali lalai dalam mengabdikan diri sebagai seorang hamba. Maknanya kalau saya ditinggalkan manusia, saya tiada sebab untuk gusar kerana manusia tiada sebab untuk bersama saya. Ya Allah, terimalah aku ketika aku tidak lagi diterima manusia.

Saya bersedih kerana ceteknya ilmu saya, ilmu agama mahu pun ilmu dunia. Tiada kaitan dengan sesiapa.



2 kata kamu:

kawanz said...

RESAH
Senjakala yang menggamit
Resah dalam perjalanan
Meniti waktu dengan pasrah
Mengharap secangkir kasihMu

Tika dedaun berguguran
Mengimbau kenangan semalam
Apakah dosa-dosa ini akan terampun
Dalam perjalanan kembali
Untukku menuju Ilahi

Tuhan
Kurniakan kasihMu
Munajatku di penjuru malam
Menghapus dosa yang silam
Ingin ku cubit dan kulontarkan
Bersihkan diri menghadapMu

Resah
Menangis dikalbuku
Tika kenangan dahulu menyapa sanubariku
Pasti nasuha yang ku munajatkan
Menyulam hasrat kasih sejati

Zakia Setu said...

thanx..:)