Bismillahirrahmanirrahim

Bangun tidur pagi tadi, saya rasa resah. Tidak tahu kenapa. Saya baca doa bangun tidur berulang-ulang kali. Resah itu tidak hilang. Selesai mandi, bersiap untuk ke sekolah, debar dihati masih ada. Mustahil debaran ini kerana saya akan dinilai hari ini, bukan tidak biasa dinilai sewaktu bercakap. Resah ini tiada kaitan dengan itu rasanya.

Saya ceritakan pada kawan-kawan. Macam hujan kawan saya berikan nasihat berguna. Saya hargai, terima kasih untuk mereka. Tapi, resah, sedih dan debar masih tidak hilang.

Saya capai telefon dan berhasrat memberitahu orang yang selalu ambil tahu, tapi saya bimbang mengganggu.
Saya telefon ibu untuk bersembang-sembang. Abang yang jawab, ibu tiada dirumah.
Resah dihati ini, kenapa?

Adakah kerana sakit yang melanda jiwa? Atau kerana siri-siri kemarahan yang saya terima? Atau tekanan perasaan akibat kata-kata yang menghiris atma? Saya bukan tidak boleh dimarahi, tetapi badan kecil saya terlalu lemah menampung kemarahan dari orang yang saya sayang. Atau resah ini kerana saya asyik berfikir tentang tidak sempat melambaikan tangan pada yang ingin pulang? Mungkin.

Semalam, ketika dimarahi lagi, saya diam dan genggam tangan erat-erat, walaupun sakitnya terasa hingga kehujung jari, saya gagahkan jua untuk mendengar. Saya urut dada perlahan-lahan dan saya bisikkan berulang-ulang kali, “zakia kuat, zakia kuat, zakia kuat…”

Saya tidak kesal hidup begini, kalau hingga ke akhir hayat saya hidup berendam air mata, saya tidak kesal. Saya redha pada takdir ini. Saya pilih jalan ini dan saya akn terus menyayangi pilihan ini hingga saya mati. Mungkin ini kifarat dosa-dosa yang saya lakukan. Saya masih mampu berjuang meneruskan kehidupan. Saya kuat kan..ye saya kuat!

Saya rasa sedikit lega la…selepas menarikan suara hati saya disini. 
Alhamdulillah.


3 kata kamu:

kawanz said...

o...tedah...

Zakia Setu said...

haha..x sabar gik kmk nk balit eh..

kawanz said...

x sabar juak mok balit kampus...