Cuti dah habis, hari ni kena balik sekolah dan esok kena mula berhempas pulas memotivasikan diri agar terus mengajar seikhlas hati.
Cuti ni, tiada apa-apa. Tidak jumpa siapa-siapa melainkan orang yang terjumpa. Aktiviti tidak penuh melainkan rutin yang sama diulang setiap hari.
Tapi kesunyian dan kekosongan itu mengajar aku banyak perkara tentang hidup. Memberi aku banyak ruang untuk memikirkan siapa aku, dimana aku dan ke mana aku akan menuruti langkah hidup.
Hidup ini jangan banyak meminta-minta kecuali dari Yang Maha Esa. Meminta-minta itulah yang banyak meninggalkan kelukaan bila permintaan tidak ditunaikan. Sebaliknya berusahalah sendiri untuk apa sahaja yang diingini, percayalah bahawa Tuhan akan mengasihani dan akan memberi, asalkan bersungguh-sungguh berusaha.
Dirikanlah kehidupan ini dengan keinginan memberi. Bukankah tangan yang memberi itu lebih baik daripada yang menerima. Hidup ini singkat, kita tidak punya banyak masa untuk memberi dan menunaikan permintaan orang lain, terutamanya orang-orang yang kita sayangi. Memberi tidak semestinya dengan material. Memberi sangat indah jika pemberian itu beserta kasih sayang, disalut keikhlasan dan diberikan ketika ia sangat diperlukan. Walau pun pemberian itu hanya sebuah kucupan ditangan atau sepasang telinga yang sudi mendengar.
Cukuplah, nak bersiap balik sekolah. Zakia, sudah-sudahlah meminta-minta, memberilah apa yang ada.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
1 kata kamu:
xsalah meminta..cuma kena beringat adakalanya bukan semua yang kita minta mampu diberi..
Post a Comment