Hari ni,sepatutnya aku pergi kenduri kahwin kawan di Melaka, tapi jauh sangat. Aku cuma sampaikan salam buatnya. Alhamdulillah sudah selamat mendirikan sebuah masjid. Rumet pulak sedang sibuk mengulangkaji, ada exam esok. Teringat ceritanya tentang seorang coursemate kami yang sebaya dia, junior aku, baru selamat melahirkan anak sulung beberapa minggu yang lalu. Bahagianya. Semalam ketika berjalan-jalan kat pasar malam, terserempak kawan lama sedang sarat berbadan dua, walau pun suaminya bertugas jauh dinegeri bawah bayu. Ada seri diwajah bakal ibu muda itu. Seorang lagi teman, habis sahaja LM, terus segera pulang ke kampung, menguruskan hal-hal untuk perkahwinannya bulan enam nanti...dan aku?


Aku masih menunggu waktu. Menunggu untuk pulang. Kepulangan kali ini berbeza. Bukan cuti seperti biasa, tapi pulang untuk melangkah ke dunia baru. Dunia seorang dewasa. Kalau dulu, segala pertanyaan, usikan, risikan dan pesanan cukup mudah untuk dijawab dengan jawapan, 'saya masih belajar'. Kini, hakikat perlu didepani, jawapan yang pasti perlu dicari. Huhu.


Maka hari-hari terakhir menghirup udara Penang ini harus diisi dengan persiapan. Persiapan untuk melangkah ke dunia baru. Menyiapkn akal bahawa selapas ini ia perlu bekerja lebih gigih menyelesaikan masalah kehidupan. Menyiapkan hati bahawa selepas ini ia perlu lebih tabah, lebih kuat untuk menempuh seribu badai yang tidak tahu bila akan tiba. Sebagaimana anak rantau ini sangat suka kembali ke tanah ibu pertiwi, semoga begitu hati tenang kembali mencari jalan Ilahi.


Ya Allah, aku tidak tahu apa yang menunggu dihadapan.

0 kata kamu: