Pertama, puji-pujian buat Tuhan Maha Agung, Maha Sempurna..Allah subhanawataala...
Kedua, sambutannya..
Aidil Adha tahun ni saya sambut dekat rumah dengan keluarga, kali terakhir saya sambut aidiladha bersama keluarga empat tahun yang lepas.
Hari Raya haji biasanya tidak meriah disini, sambutan dengan solat sunat hari raya dan upacara korban biasanya. Selebihnya, masa untuk berehat dan bercuti bersama keluarga (untuk yang bekerja..huhu)

Istimewa hari raya tahun ini, akhirnya aku berjaya jugak belajar sampai pandai buat sarung ketupat..:) yeah..dah pandai..hehe..


Ketiga, tentang maknanya..

Hari raya korban ini bukan keraian pesta-pesta. Bukan kegembiraan yang kosong tidak bermakna. Ia simbolik besar mengingatkan ketulusan hati seorang nabi, keluhuran jiwa seorang anak, kekuatan cinta seorang isteri dan yang paling penting keikhlasan iman seorang hamba yang mengabdi jiwanya semata-mata untuk Allah Maha Esa. Ketika nabi Ibrahim diperintahkan menyembelih anaknya, baginda akur tanda jiwanya, raganya, cintanya, dan segala-galanya yang dia ada adalah milik mutlak Tuhannya. Ketika Allah memerintahkan agar mengorbankan anaknya, Nabi Ibrahim akur. Begitu juga anaknya, Nabi Ismail. Dek kerana keikhlasan hati khalilullah Ibrahim alaihissalam dan anaknya, Allah memerintahkan agar Nabi Ismail digantikan dengan haiwan sembelihan.

"Maka ketika anaknya itu sampai (ke peringkat umur yang membolehkan dia) berusaha bersama-sama dengannya, Nabi Ibrahim berkata: Wahai anak kesayanganku! Sesungguhnya aku melihat dalam mimpiku bahawa aku akan menyembelihmu. Apakah pendapatmu? Anaknya menjawab:Wahai ayah, lakukanlah apa yang diperintahkan kepadamu. Insya ALLAH, ayah akan mendapati aku termasuk orang-orang yang sabar. Setelah kedua-duanya berserah bulat-bulat (menjunjung perintah ALLAH itu), Nabi Ibrahim merebahkan anaknya dengan meletakkan iringan mukanya di atas tompok tanah. (KAMI sifatkan Ibrahim dengan kesungguhan azamnya itu telah menjalankan perintah KAMI). Lantas KAMI menyerunya: Wahai Ibrahim! Engkau telah menyempurnakan maksud mimpi yang engkau lihat itu. Demikianlah sebenarnya KAMI membalas orang-orang yang berusaha mengerjakan kebaikan. Sesungguhnya perintah ini adalah satu ujian yang nyata dan KAMI tebus anaknya itu dengan seekor binatang sembelihan yang besar serta KAMI kekalkan baginya (nama yang harum) di kalangan orang-orang yang datang terkemudian." – Surah al-Soffaat: 101-108.
Bersempena dengan itu ketika menyambut hari raya korban, umat islam melakukan ibadah korban dan mengagihkan daging korban kepada golongan tertentu.

Kuncinya letak dihati, hanya hati yang lurus mencari keredhaan Allah, hanya hati yang tetap ikhlas keranaNya, punya jiwa besar sanggup berkorban apa sahaja demi syiar yang tercinta.

Persoalannya, apa yang pernah kita korbankan untuk agama? Atau sudah berapa kali kemuliaan agama kita dikorbankan untuk kepentingan dunia?
Empat, tentang harapan..

Seperti muslim yang lain, pasti saya juga punya impian untuk memenuhi rukun islam yang kelima itu. Ingin benar terpilih menjadi tetamu Allah, ingin benar datang menziarahi makam Rasulullah. Mudah-mudahan pintu itu Allah mudahkan.

Bukan itu sahaja, andai saya layu dalam perjuangan, gagal mencari jalan syahid menemui Tuhan, saya tidak mahu mati sia-sia, saya ingin mengakhiri hayat dibumi khatimul anbiya.



2 kata kamu:

Anonymous said...

slm aidiladha buat kak za,ex rumet tersayang:> from:tomei_gurl

Zakia Setu said...

thanks zai..akak dah pandai anyam ketupat..yeye..