Pukul 11.45 malam, ikut jam pada laptop saya.


Sebelum ini.
Tentang post sebelum ini, hehe..tidak ada apa yang berlaku pada saya. Tiada musibah, tiada kecewa, tiada putus cinta..hahaha..Terima kasih pada yang concern bertanya. Saya hanya bercerita tentang pengharapan kepada sebuah penghujung yang baik. Siapa tidak mahu mati dalam keadaan yang mulia, bersih dari dosa. Kalau tanya pada seorang pembunuh upahan yang membuat dosa untuk menyara hidup pun, dia tetap mengharapkan kematian yang mulia dan penghujung kehidupan yang lebih baik dari hidupnya. Tiada manusia yang mahu mati dalam hina bersalut dosa.

Ruang ini..
asalnya saya buka ketika mengambil satu subjek penggunaan IT untuk pendidikan empta tahun yang lepas. Kemudian saya biarkan begitu sahaja sehingga suatu ketika saya pulang dari program disekolah bonda dan terfikir untuk berkongsi ceritanya disini. Masa berubah, blog ini juga berhenti menjadi pencerita sebaliknya bertukar menjadi diari hati saya. Saya luahkan segala cerita suka, duka, pahit, manis, kasih, sayang, malah cinta. Apa sahaja yang bertandang dari lubuk hati sendiri.

Cuma..
Saya suka pada lembut bahasa. Saya gemar pada bunga kata-kata. Lantaran itu, diruang ini saya perhalusi bicara yang datang dari lubuk jiwa agar dalam mencoret rasa saya tidak seperti si dungu yang menulis mambabi buta. Melepaskan rasa marah, gundah atau suka gembira dengan bahasa yang tidak sedap ditatap mata. Lalu terhasillah bahasa bulan dan bintang, kiasan dalam kiasan, semata mahu berlapik talam berhidang. Hodohnya tidak terpandang, bodohnya tidak dijulang.

Maaf..
dalam berlapik bahasa, tajam tarian jemari saya tetap menikam sukma. Ada hati menangis membacanya. Itulah hakikatnya seorang manusia, sifatya tidak sempurna. Sejitu mungkin saya cuba menarikan kata-kata, tetap ada silap salahnya. Apa lagi yang boleh saya kata melainkan beribu kemaafan yang dipinta. Terutamanya abang tersayang, selalu dari dulu diruang ini saya lepaskan geram, manghentam meletak beban, tapi akhirnya diruang ini juga saya rayu kemaafan paling ikhlas dari ruang hati sayang..

Sebenarnya..
coretan di atas itu, muqadimah nya sahaja. Penjelasannya disini, tentang ruang ini, tentang saya yang sekadar menulis luahan hati. Sebenarnya saya bukan yang pandai bermain kata-kata. Bukan ilmuwan, tidak berpengalaman. Bukan ahli puisi, tidak pengarang syair. Bukan manusia berhati mulia, berilmu agama, malah jauh sekali dari panggilan solehah, tidak ada apa-apa. Disini hanya luahan sekeping hati manusia biasa, yang menjalani hidup biasa, yang mengharapkan kebaikan datang dalam hidupnya.

Lalu..
ketika coretan saya berbau rindu mekar penuh rona cinta, itu kerana saya manusia biasa yang punya jiwa. Ketika coretan saya sendu dihurung pilu berlagu tangis nan lara, itu hanya kerana hidup ini ada atas dan bawahnya. Dan ketika jemari saya mengukir rasa keinginan menikmati syurga, ketakutan pada seksa neraka, tentang mati, tentang dosa, tentang pahala dan tentang iman didada..itu adalah kerana saya ini makhluk yang diciptakan dengan fitrah ingin hidup bertuhan.

Tidak..
sesekali saya berani mencoret tentang iman dan hati disini. Terasa terlalu kerdil untuk saya melontar komentar tentang isu-isu agama. Sangat daif hamba bernama zakia ini untuk menarikan puisi tentang cinta pada Ilahi..kerana saya selalu sedar saya hamba yang banyak dosa..

Jadi..
blog ini apa sebenarnya..ia tiada pembaca yang ramai..ia tiada info semasa..tiada ilmu berguna. Sekadar limpahan rasa seorang wanita, sekadar muhasabahnya meniti dewasa. Nasihat untuk dirinya menempuh usia. Coretannya ketika dia gembira, tagisannya ketika dia berduka. Jika ada yang boleh diambil iktibar,kita kongsi bersama. Di maya ini dia bisa merasa sedikit bahagia menarikan jemari irama hatinya, pinjamkanlah dia sedikit ruang menikmati kehidupan tanpa penilaian, tanpa hukuman...



5 kata kamu:

Anonymous said...

erm nak 'like' mcm kat fb tu..hehe
-aten-

isyamfuan... said...

salam perkenalan... jumpa di FB

Zakia Setu said...

1.apa ya..pelik2 jak ktk tok..
2. haha..thanx aten.
3. sowi..xde fb..hehe

kawanz said...

yalah ktk xda fb. mun ktk ada, baruk ktk paham. hehe...

btw, kawan...

kmk dh stat keja jd lect. tp bkn rah uitm, kat universiti tun abdul razak.

=)

Unknown said...
This comment has been removed by the author.