Cikgu oh Cikgu..

Sekarang saya seorang cikgu yang bertugas di SMK Simanggang, Sri Aman. Lebih kurang 3 jam dari rumah saya. Jadi saya menyewa disini, di Kampung Hulu, dekat sangat dengan sekolah, sepuluh minit naik motosikal dengan kelajuan 40km/jam. Minyak motor yang abang isi 2 minggu lepas pun masih ada..jimat…jimat.

Hari Pertama

Hari pertama mendaftar, saya macam kena interview balik dengan pengetua. Macam-macam teori die tanye, dahla bertahun-tahun tak membelek teori-teori tu. Tanya teori Piaget, Pavlov, Skinner, Brunner. Taxanomi Bloom, teori kognitif, psikomotor…ya Allah, penat saya mengorek memori..dah lupa semua tu..Dekat sejam saya kena ceramah pasal pencapaian sekolah, misi, visi, dan macam-macam lagilah..seriau saya membayangkan bagaimana lah agaknya tugas-tugas saya nanti. Terngiang-ngiang panggilan kawan-kawan yang mengadu dibuli ketika mula mendaftar diri. Ada yang baru masuk dah jadi ketua panitia, guru penasihat segala macam aktiviti, setiausaha sana, setiausaha sini…jadi warden, jadi guru disiplin, ketua rumah sukan..macam-macam..entah nasib saya macam mana…

Rupa-rupanya

Sekolah agak menyenangkan, boleh balik awal. Paling lambat balik pukul 1.40 petang. Saya ajar Sains tingkatan satu. Okla…takde nak pecah-pecah kepala pasal content. Belum lagi kena buli untuk apa-apa tugas atau pun jawatan yang pelik-pelik. Even masa hari sukan, saya datang jumpa cikgu sukan untuk mintak rumah sukan, cikgu tu dengn baik hati jawab, tak payahla, tunggu tahun depan sebab semua kerja dah siap..haha..senangnya hidup..tapi tak best jugak sebab tak dapat nak menyorak sakan menyokong anak murid berlari. Hari sukan kerja saya hanya duduk depan microfon dan jadi mc..pucuk dicita ulam mendatang..

Ko-kurikulum pulak, saya rasa nak nyanyi lagu ni khas untuk abang; “oh kekanda jangan iri hati dinda masuk debat lagi” hehe..memang bestla..walapun pasukan sekolah saya super tak hebat, yang penting saya boleh berdebat..tapi, nak dijadikan perencah hidup, penat saya menyorok identity bahawa saya ini bekas ahli kelanasiswa, saya mintak jadi cikgu penasihat puteri Islam, kantoi jugak..huhu..masihlah saya ni meneruskan sumpahan, “once a scout, always a scout”.

Kelas FG dan GD

Saya ajar 4 kelas tingkatan 1 untuk subjek sains. 2 kelas paling belakang, 2 kelas ditengah-tengah. Kelas belakang ni, saya kena menjerit setiap sepuluh minit. Ada sahaja kerja yang dibuat, memang tak pernah duduk diam. Speaking tak paham, cakap melayu pun tak faham. Memang macam jaga budak-budak sekolah rendah. Ajar pagi, tengahari dah lupa. Bagi tau hari ni, esok jangan harap boleh jawab. First experiment dah pecah tabung uji dan tabung didih. Lepas ni tak taulah macam mana nak buat experiment lagi.

Kelas DR

Kelas ni pulak, tak berapa nak lembap, faham jugaklah apa yang saya cakap, tapi masalah nya, kelas ramai dan sangat suka bercakap. Kepoh tak tentu pasal. Penyibuk. Kelas lain yang hysteria, kelas nila yang paling kecoh. Huhu..memang selalu kena marah dengan saya.

Kelas CL

Ni lah kira kelas yang paling pandai yang saya ajar. Tapi masalahnya kelas ni banyak hantu. Tiap-tiap hari ada hysteria. Memang saya rasa bengang. Bila saya masuk kelas saya marah, saya cakap awak tak malu ke terjerit-jerit. Ala-ala saya tak percaya dieorang betul-betul hysteria. Hehe..sekali kena batang hidung saya. Sedang saya syok mengajar kat depan kelas, dalam makmal, tiba-tiba sorang budak jatuh pengsan. Nak angkat punyalah berat. Tapi saya cuba jugak sebab kalau boleh saya taknak budak lelaki yang pegang. Dah lah badan saya kecik, budak tu pulak berat sangat-sangat. Saya tak kira, saya taknak jugak budak lelaki pegang. Tengah saya berusaha, tiba-tiba seorang lagi mengamuk. Saya lepas je budak pengsan tu, saya suruh je budak lelaki angkat bawak pegi klinik, saya panggil pembantu makmal kemudian saya pergi tangkap budak mengamuk tu. Huhuhuhuhuhuhu….nasib baik saya ni makcik ultraman, selalu diberikan latihan menangkap ultraman mengamuk. Saya takut budak tu cederakan orang lain, saya lawan je die sampai pak cik muti datang, baca ayat, tepuk belakang die, dan budak tu jatuh pengsan jugak….penaaaaaatttttttttt.

Hari ni, mengamuk lagi budak tiga orang kat dalam kelas tu, masa saya mengajar jugak. Kesian tengok budak-budak tu menjerit-jerit mintak dilepaskan, menahan sakit. Hari ni, ‘bende tu’ duduk kat atas kaki dieorang. Lagi kesian tengok budak lain yang ketakutan dan tak boleh nak belajar..ini pembulian yang terkena ke atas saya…hukhuk…adui, apalah nasib saya ni, selalu kena handle budak hysteria, dari zaman sekolah sampai zaman mengajar…

dan..

Saya saja coret kisah ini disini. Memang ini kisah biasa-biasa apabila seorang cikgu baru masuk mengajar, tapi saya hendak baca kisah ini bila tahun beranjak, biar ia kekal sebagai kenangan, pasti masa itu saya akan tersenyum sendiri...

6 kata kamu:

kawanz said...

selamat mengajar cikgu... =)

Cik Hawa said...

Lamak sik mngomen di sitok..
So lepas tok, kamek mok menuntut ilmu dari kitak la..XD

All the best cikgu..=)

Zakia Setu said...

1. happy teaching sir
2. ilmu apa nak dituntut ktk? hehe

Anonymous said...

teringin nak dengar semua kisah mengajar akak..insyaALLAH, DIA beri yang terbaik untuk insan yang yang terbaik!fight oh!-aten

southernsouther said...

cikgu,cerita 4AL tak de ke?~~...XD...

Zakia said...

Datang semula disini komen post sendiri. selapas 13 tahun. ya benar, saya senyum sendiri.