Assalamualaikum...

Saya masih sayangkan blog ini. Walau pun hubby dah buatkan facebook untuk saya. Rasa blogging tetap paling menggembirakan. Ini ruang saya mencoret sepanjang-panjang yang saya mahu. Hehe.Cuma, lama ruang ini tidak berisi dek kesibukan dengan "kenaikan pangkat" saya (",) . Sekarang boleh panggil saya Puan kerana saya telah selamat diijabkabulkan dengan suami tercinta Muhamad Izhar bin Salim pada 1 Jun 2011.
Hari ini, genap 17 hari saya menjadi seorang isteri. Semoga Allah memberi kekuatan agar saya dapat menjalankan tanggungjawab sebagai seorang isteri yang solehah. Saya cintakan suami saya, oh begini rasanya cinta, pagi-pagi selepas masing-masing pergi kerja, sampai sahaja di sekolah, saya sudah rasa rindu padanya. Semoga cinta semanis ini kekal mewarnai rumahtangga kami selama-lamanya...Amin.

2 kata kamu:

Anonymous said...

Alhamdulillah.tahniah...slamat pengatin baru dan smoga bahagia dunia & akhirat...apa id fb...nk add -Amalina(RM)

Zakia Setu said...

trime kasih...zakia izhar