Cikgu Natrah, cikgu kaunseling sekolah dulu. Yang pernah memberi tunjuk ajar. Yang pernah menumpahkan nasihat, menitipkan azimat beserta kasih sayang dan makna kehidupan. Kini dia jauh di negeri asing. Tegar menemani suami menyelongkar gedung ilmu. Biar kembara bersama keluarga, aku mengerti akan rasa rindu pada tanah air tercinta. Gelak tawa dalam bahasa yang sama, teman-teman bicara seperjuangan, misi kerjaya yang panjang,juga hiruk pikuk dalam panas dan hujan, bukan salji dan bunga-bungaan. Segalanya menggamit rindu yang amat mendalam, mencengkam dan mencari jalan keluarnya iaitu pertemuan. Nyata kita tidak bersua, moga maya tetap menghubung kasih kita, kerna cinta bukan pada hasta, tapi pada jiwa dan doa.
Semoga coretan disini menghibur hatimu sehingga kau terasa kau tetap di bumi Malaysia.
5 sains 1, 2004
1 kata kamu:
salam zakia..terima kasih atas ingatan khas yang amat bermakna buat diri saya.Ianya dapat menghiburkan hati yg amat rindu dgn teman seperjuangan n anak didik yg lama ditinggalkan.Khidmat sy bukan kerana nama tapi adalah untuk memastikan anak didik terbela dan mendapat peluang yang terbaik dalam pendidikan,kerana kita adalah sama dibumi yang fana ini untuk mengejar akhirat hakiki,semoga segala jasa bakti diterima oleh Allah.Amin.Kalau saya pernah terkasar bahasa dalam memberi pendidikan maafkan saya sebagai manusia biasa.Kadang kala aktiviti yg dijalankan semacam tak bermakna tapi ianya akan memberi idea untuk kita melangkah dihari muka.Doa saya semoga zakia akan menjadi insan yg berjaya dan meneruskan perjuangan saya.All the best.~~guru mu ini akan memasuki alam senja ~
Post a Comment