Dihujung-hujung zaman ini, perang sudah umpama agenda biasa yang pasti akan berlaku. Bukan setakat perang nyata yang sedang bergolak di atas bumi para anbia. Tapi perang itu melata di atas dunia. Perang dua bangsa, perang politik negara, perang budaya, jati diri, maruah dan harga manusia. Segalanya dalam medan perang yang mengerah keringat dan air mata.
Perang-perang itu nampak jelas dihadapan mata dan kita tiada pilihan melainkan menyerang atau bertahan. Itu perang yang jelas, yang payahnya berperang dimedan yang kita tidak sedari.
Pelik? Tidak. Dalam diri kita saat ini sedang berlaku peperangan di medan seketul daging yang menguasai badan. Jika baik daging itu, baiklah jasadnya, jika buruk daging itu, bahaya! Itulah hati, medan perang yang besar antara iman kebaikan dan nafsu kejahatan. Peperangan itu tidak pernah berhenti melainkan salah satu daripadanya menang dan berkuasa. Andai iman yang menang, selamatlah jasad dari menjadi bahan bakar. Andai nafsu bertahkta, bepestalah iblis durjana kerana dia punya teman ke neraka. Bukan mudah menyelamat iman dalam peperangan ini kerana syaitan telah berjanji mencari seberapa banyak konco ke jahanam. Dan kita pula tidak pernah ada jaminan bahawa akan selamat atau kecundang. Hanya satu jalan yang boleh membantu, kau serahkan seluruh jasad dan hatimu pada Tuhan yang Maha satu. Biar kau datang padaNya dengan dosa sepenuh langit dan bumi dan engkau memohon ampun, nescaya Dia mengampuni mu, kerana Dia Tuhan Maha Mulia, Pengasih dan Penyayang. Itulah jihad yang lebih besar dari peperangan.
Isnin, 22 December 2008
1143 am

Ada banyak benda nak tulis, sampai tak tahu nak mula dimana…hmm, kali ni nak bercerite jelah, dengan bahasa santai..

Semester baru, macam selalu, sebagai student sains pendidikan atau nama eksklusifnya ‘pelajar anak tiri’ memang sangat kalut awal-awal sem ni. Nak register tp kena rujuk kat tiga school. School major, school minor n school pendidikan. Dan masalah utama yang paling popular adalah clash. Pertindihan jadual waktu. Contohnya, satu paper pendidikan wajib ambik sem ni sebab offer sem dua je, clash dengan paper major yang mesti amik sem ni sebab kalau x amik sem ni, sem depan xleh amik paper tuk next level. Huhu..pandai2la nak hidup camtu. Kadang2 de student yg try mintk tukar waktu kuliah mase 1st kuliah. Klu lecturer faham. Bolehla die consider, tapi bukan mudah nak carik satu mase ganti lain yng match dgn hampir 100 studnt dlm kelas tu..plg sedih kalau lecturer x faham and said “budak pendidikan slalu buat trouble dgn jadual”. Kadang2 de gak kursus yg de kuota. So kena rebut tuk dpt masuk. Biasanya budak school tersebut lah yang akan diberikan keutamaan. Nilah keadan “anak tiri” tu..so, pengajarannya, hormatilah dan sayangilah cikgu anda sebab bukan mudah nak jadi cikgu walau pun kerjaya ni xlah sehebat kerjaya2 lain, dan walau pun keadaan ni berlaku kat u aku jer…hehe.
Rasenye, sem baru ni menjanjikan kesibukan yang lebih daripada sem lepas. Bnyk amik paper pendidikan yang kena buat kerja kursus yang bagi peratus besar. De satu paper tu, 100% coursework. Budak course lain pun kena wat coursework gak, tp bdk pendidikan ni kdg2 kena wat courswork yg melibatkan kena dtg sekolah, jumpa cikgu2 kdg2 tu pinjam student dieorg…pernah gak student, jgn kata nk mintk kebenaran pengetua tuk wat xtvt kat sekolah, nak masuk pintu pagar sekolah pun pak cik guard x bagi..huhu…siannyer..
Tapi, hari permulaan sem ni sangat baik. Segalanya berjalan lancar. Alhamdulillah. Cuti lepas pun sangat best. Sungguh2 cuti.
Ish…naper nak crite bende ni smue, x penting langsung kan tuk orang lain tau…smue org yang bergelar student mmg akan menghadapi bende yang same. Mane de student yg x bz. Dah name pun student u, pandai2lah nk hidup…naper nk criter ek?

Sebab saya nak kongsi dgn awak bahawa setiap apa yang berlaku dalam hidup ni, tidaklah terjadi dengan sia-sia. Datang dengan hikmah yang telah ditetapkan.
“Dan Allah tidak menciptakan langit dan bumi dan apa yang ada diantaranya dengan sia-sia.” Sod;27

Pengajaran ada dimana2 untuk orang yang mahu berfikir, waima mendengar cerita dari seorang adik kecil pun...ingatlah selalu walau susah atau senang, apa jua kedaan, dimana jua atas bumi Tuhan, Allah selalu sayang…
“ Maka ingatlah kepada-Ku, aku pun akan ingat kepadamu. Bersyukurlah kepada-Ku dan janganlah kamu ingkar kpada-Ku” Al-Baqarah; 152

Selamat Meneruskan Perjuangan!
Saat kehilangan yang aku tunggu sudah tiba. Mujur sudah aku siapkan diri dan hati agar kuat dan tabah. Tiada setitis airmata pun yang jatuh berderai. Malah ku gagah menyambut kehilangan dengan senyuman. Syukur padaMu ya Allah mendengar rintihan hatiku yang sering memohon agar diberikan kekuatan untuk bersyukur disaat mendapat nikmatMu dan tabah disaat Kau ambil semula pinjamanMu. Detik kehilangan, aku masih tersenyum mekar. Tiada garis luka yang mencalar. Langkah tidak terhenti, hati tidak sunyi. Perjalanan dihadapan masih panjang. Yang telah berlalu tidak akan kembali berulang. Aku akan terus memandang kehadapan, senyum dengan cinta dan kasih sayang, duri dalam perjuangan, meredah onak lautan, kerana hidup ini bukan untuk insan tapi untuk Tuhan. ni yAyA


ni "imtinan"


ni zakia

...penghujung kembara memaksa jemari ini untuk menari lagi...

Setahun sudah berlalu, kisah semalam dan hari ini tidak akan sama. Kembara diraja seperti juga kembara yang lalu, penuh makna dan palajaran hidup. Cuma kembara kali ini membawa bahagia yang lebih berbekas dihati.

Pelajaran pertama, aku teringat kata-kata ku sendiri sewaktu kembara cameron highland yang lalu. Tatkala teman-teman bersembang kenapa bunga-bunga yang sangat indah, kembang mekar harum cantik di puncak cameron highland, apabila dibawa ke bawah, akan hilang segala serinya, waima strawberry pun hilang manis bertukar masam. Aku menjawab tanpa berfikir panjang, ku katakan keindahan itu Allah ciptakan dan Allah letakkan indahnya disitu. Memang itu tempatnya. Ia indah disitu. Dan Allah selalu meletakkan sesuatu sesuai pada tempatnya, kerana Dia tahu dimana segala sesuatu itu selayaknya ditempatkan. Sewaktu melafazkan kata-kata itu, aku kurang fikir, hanya luahan bibir. Tapi kembara diraja, memberikan aku erti pada kata-kataku sendiri. Dipentas akhir aku menyaksikan sememangnya mereka layak disitu. Dan aku sememangnya berada ditempat yang telah Allah tetapkan untukku. Tiada kekesalan. Aku hanya layak melekat di benteng suku. Percayalah, Allah lebih tahu apa yang terbaik untuk engkau dan aku.
Pelajaran kedua, adil itu meletakkan sesuatu sesuai pada tempatnya. Bukan mudah berlaku adil. Sering kali kita menzalimi bila tidak meletakkan sesuatu itu pada haknya. Sukar untuk adil, namun lebih sukar tatkala dizalimi. Dizalimi oleh manusia yang menutup sebelah telinganya. Dinilai oleh manusia yang membutakan hatinya. Dihukum oleh manusia yang tidak pernah ada hak untuk memberi hukuman. Dilabel sebagai pesalah oleh insan yang berat sebelah. Dicerca oleh jiwa yang penuh dendam. Dimanipulasi oleh hati yang tidak mahu memaafkan. Menjadi mangsa kezaliman menuntut kesabaran yang bukan sedikit. Kadang-kadang menimbulkan kemarahan. Kesakitan hati yang bukan kepalang dek tidak pernah diberikan ruang membela diri atas sebuah kezaliman. Kezaliman watak manusia yang kononnya mahu kelihatan baik dihadapan manusia lain. Memang disaat menghadapi kezaliman ini aku derita. Kusimpan kemas, tidak kuzahirkan melalui kata-kata mahu pun air muka. Pilihan dua buat kita, pertemuan dan penyelesaian didunia atau pertemuan di mahsyar. Pelajaran kedua ini paling berguna, jangan mudah percaya!
Pelajaran ketiga, kata abang, kasih sayang itu ada pelbagai. Seribu satu jenisnya. Sehingga ada yang tidak dapat dihuraikan dengan kata-kata. Tidak mampu dijelaskan dengan butir bicara. Sungguh hanya dengan keluarga debat ini aku merasai kasih sayang sedemikian rupa. Terima kasih, aku juga sayang pada kalian, dari lubuk hati yang paling dalam! Di hujung kembara kita, rindu sudah bermula…