Selepas pulang dari perjalanan bersama isyqan yang sangat singkat ke kuala metropolitan, aku ingin kembali mencoret catatan dengan bahasa bulan atau awan. Bukan sekadar perkongsian kisah kehidupan seperti akhir-akhir ini. Biarpun ramai yang mengadu tidak faham, yang penting biar terus hanya jauhari yang mampu mengenal manikam. Walau pun ramai yang tidak dapat menghadam biarlah hanya bulan, bintang dan awan mengerti faham.
Satu
Aku sedang derita sakit rindu, pada seorang lelaki pujaan. Yang telah mencurah kasih tanpa alasan mahupun mengharap balasan. Mendakap hangat penuh kasih sayang. Mengajarkan aku bahasa bulan dan bintang. Dia tidak pernah marah mahupun keluh kesah. Dia cukup tabah dan selalu pasrah. Aku tidak tahu dari mana dia perolehi sekeping hati sesuci itu. Aku tidak pernah ada kata-kata yang mampu menceritakan murni kasihnya, biar pun dengan bahasa bulan atau awan. Dan saat ini, rindu padanya memuncak lagi disaat tayangan memori berulang membawa aku pada kenangannya. Dari kecil menyuapkan susu, menghayun buaian, bersama alunan zikir mendamaikan. Rindu yang aku tanggung sejak lapan tahun yang lalu. Biarpun rinduku luas bak laut biru, tinggi bagaikan kinabalu, berat umpama memikul batu, namun aku dan dia tidak akan dapat bertemu melerai rindu, kerana atuk sudah pergi dahulu menemui Tuhan yang satu, meninggalkan aku dengan airmata rindu yang tidak pernah kering, serta bahasa bulan bintang bekal mencari hidayah Tuhan.
Terima kasih kembara jalan bersama isyqan yang menghiburkan agar aku sedikit lupa pada derita sakit rindu yang selalu datang tatkala kesunyian. Juga terima kasih kerana cerita isyqan menyedarkan, bahawa derita rindu ini masih ada gunanya berbanding sakit kecewa yang tidak bermakna. Walau derita rinduku panjang, tapi aku tidak pernah dikecewakan.
Dua
Aku jua sedang rindu pada seorang gadis. Gadis suci dari Mekah. Kutakut kehilangannya, bukan kerana kutakut pada cemuhan manusia. Namun kutakut kehilangannya akan membawa pergi sekeping hati yang rindu ada Ilahi. Aku gusar, dia menjauh dan membawa lari kunci iman yang menjadi benteng untuk membezakan antara haq dan kebatilan. Aku sangat takut jika dia tiada, agama dan dunia kulihat sama. Aku begitu gentar pemergiannya akan mengaburkan mata untuk kupilih jalan syurga atau neraka. Perginya seorang gadis suci dari Mekah akan meninggalkan padaku sekeping hati yang resah dan gelisah. Aku akan hilang arah. Mungkin bisa jatuh rebah. Pasti membuatkan aku rindu bayang pada sekeping hati suci seraut wajah murni. Aku tidak sanggup mendepani. Apalah makna hidup dalam bahagia didunia tetapi akhirnya, hati penuh noda menghalang redha Tuhan disaat hujung kehidupan, penentu Firdaus atau Jahanam. Rinduku pada gadis ini sangat nyilu terasa dek sukarnya menepis cabaran dikiri dan kanan jalan. Rinduku pada gadis suci dari Mekah bukan berkaitan sesiapa, hanya muhasabah untuk aku dan zakiyya.
Tiga
Aku sedang berdiri dihadapan dua jalan. Dilema antara prinsip kehidupan yang aku bina berpuluh tahun untuk membentuk siapa aku dan juga nilai kemanusian yang menuntut aku berkorban sesuatu. Benarlah jalan kehidupan ini akan menemukan kita dengan banyak persimpangan yang perlu dipilih. Tidak semestinya jalan yang nampak indah dan mudah, cantik dan menjanjikan impian yang sempurna adalah keputusan yang terbaik untuk diputuskan. Dan tidak semestinya jalan penuh semak dan onak berserta duri serta janji yang tidak pasti adalah satu keputusan yang salah. Hidup, segalanya mungkin!
Aku juga sedang berperang dengan falsafah manusia yang tidak pernah faham dan peraturan Pencipta yang mesti dipertahankan. Aku sudah kehabisan kata-kata untuk bercerita kepada manusia dan falsafahnya agar faham akan jalan hidup ini. Aku sudah muak, mengiyakan falsafah benar yang aku tidak percaya. Setahun telah berlalu, dan aku terpaksa berdiri disimpang ini lagi...untuk semalam yang telah pergi, hari ini yang berbaki dan esok yang belum pasti.
Sepanjang pertemuan aku analogikan dengan sebuah perdebatan, semakin kita berjaya membuka konsep dan menggariskan kiblat perdebatan, semakin kita jauh dari titik pertikaian. Akhirnya, perdebatan menjadi pidato beramai-ramai. Aku suka penghujung yang ini dan aku sedang mengusahakan ianya terjadi..
Empat
Mudah-mudahan aku selau ingat pada mati yang semakin dekat. Janganlah matiku dalam kehinaan dan keaiban. Semoga penghujung hidupku terselamat dari kehancuran. Semoga disaat Izrail datang, aku sedang manis dalam iman. Husnul khatimah menjauhi Jahanam. Doakanlah penghujung yang baik buat kita semua…saya yang menulis dan awak yang membaca, serta isyqan dan yaya yang tidak bernyawa…
…kalian tidak faham? Biarlah, hanya awan bulan dan bintang yang tersenyum manis atau menangis..bersama aku yang menulis

Masa terlalu cepat berlalu, kesibukan selalu menjadi kekangan untuk aku lakukan rutin muhasabah diruang maya ini. Medan yang sering menjadi telinga suara hati. Tempat menarikan segala irama dari raja seluruh anggota.
Debat IKIM
'Cerita Cinta Kita'. Itu tajuk yang aku berikan untuk video catatan kembara ke debat IKIM. Pertama kali pergi dengan adik-adik selaku 'kakak'. Debat IKIM penuh dengan halwa tarbiyah yang indah. Setiap bicara segalanya penuh makna. Tajuk dikupas dengan jiwa. Terasa amanah mengatasi tawaran harta. Walau kecundang tetapi terasa berjaya. Kerana tidak menjual agama untuk dunia. Sebaliknya mekar rindu buat Rasulullah, menyambung sunnah menyebarkan dakwah. Semoga usaha kerdil kami ini, menjadi asbab shafa'at mu wahai nabi, untuk kami diMahsyar nanti.Tazkirah, "Apa yang aku takutkan dalam perjuangan , bukan kekuatan pihak lawan, tetapi timbunan dosa yang menghalang datangnya pertolongan dari Tuhan", selalu menjadi landasan.
Terima kasih Tuhan. Dalam timbunan insan yang punya lidah petah, Kau pilih kami untuk mendukung amanah. Dalam nikmat dunia yang mula singgah, Kau pilih kami untuk kalah. Dalam cerita cinta yang sungguh indah, Kau pilih kami untuk dakwah. Dalam selaut dosa yang selalu singgah, Kau tabur rahmatMu dengan tarbiyah.
impian nak jadi dj IKIM.fm.."pilihan utama"
bersama dj CT dalam konti, lepas sesi temubual
bersama kak Siti Habibah, pendebat UPSI..peace!
Kajian Lapangan
Balik dari IKIM, terus pergi buat kajian lapangan untuk subjek, BST204; Ekosistem Tropika. Saat untuk bermesra dengan alam. Kajian lapangan dibuat di Hutan Paya Bakau Laut Matang, Kuala Sepetang.
Mulanya, sangat tak nak pergi,kalaulah ada pilihan, malas betul untuk turut serta akibat belum puas tidur atas katil empuk bilik sendiri. Namun apakan daya..
Tapi akhirnya tetap menjadi kenangan indah...
satu-satunya group senior, budak pandidikan tahun 3, yang lain semua budak pendidikan tahun 2 dan budak-budak biologi major Environment.
tengah buat plot 20mx5m. pastu, kira ukur lilit pokok, tinggi pokok, spesis pokok, dan sebagainya, kerja-kerja tu takdelah susah sangat, yang susahnya berjalan dalam mangrove dengan kasut but besar!
huhu..akulah orang pertama yang jatuh dalam lumpur mangrove tu, tak dapat nak keluar sampai Dr. Nurul yang kena tarik aku keluar..sangat bermesra dengan alam!
Hijau..cantik. keindahan inilah yang telah membuang jauh perasaan terpaksa untuk buat kajian lapangan.
inilah hutan paya bakau
saksikanlah keindahan alam dengan akal dan iman kerana disitulah tanda kekuasaan Tuhan sekalian alam..:)
subhanAllah..penuhnye sawang-sawang. debu! habuk! ish..ish..brape lame ntah x kemas ni..nak masukkan gambar untuk post yang lepas jer..
dalam dewan pertandingan pidato
tiada perkataan boleh menceritakan perasaanku saat ini (dari pudu nak gi gombak)
aten dalam LRT gi mane ntah mase ni..
tiada apa yang boleh dbanggakan dengan piala ni (kelima daripada lapan), tapi kenangan yang sarat dengan pengajaran
Mungkin ini petanda
Kisahnya bermula pada petang Jumaat. Aku dah kemas dua beg kecil pakaian untuk ke dua destinasi berbeza. Satu untuk ke tamrin dan satu lagi untuk ke shah alam. Aku kemaskan bilik agar tidak ditinggalkan dalam keadaan yang bersepah. Sebelum pergi aku ada kuliah Biostatistik. Jadi aku siapkan segalanya agar selesai kelas nanti aku boleh terus pergi. Siap semuanya aku duduk menghadap imtinan semula. Hmm..baru 4.03 ptg, ada 27 minit lagi untuk keluar dari bilik menuju ke kelas. Aku perlu keluar dari bilik setengah jam lebih awal ke kelas untuk mengelakkan kelewatan. Aku belek semula teks pidato yang baru aku siapkan sebentar tadi, “Kepimpinan berintegriti asas keamanan dunia”. Jam 4.08 ptg, lama lagilah, dahlah semangat nak pergi kelas ni. Dush…tiba-tiba aku baru teringat, kelas aku bukan mula pukul 5, kelas aku habis pukul 5, kalau aku gerak sekarang, paling awal aku sampai kat kuliah pun 4.30, kuliah dah separuh dah pun. Huhu..macam mane dalam keadaan yang sangat bersemangat ke kuliah, aku boleh tersilap tengok jadual waktu L .dalam keadaan yang kesal begitu, aku hantar SMS kepada faten “Aten. Dlm kuliah ek? Kakza silap tgok jadwal. Igtkn kelas kul 5. huhu. X sempat dah nk gi…huhu. Aten amik nota ek.” Aku rasa mesej ini tidak perlu dihantar sebenarnya, tapi disebabkan aku rasa tak best sebab tak sempat gi kuliah disaat aku sedang rajin.
Explorace pertama
Kemudian aku terus je berkemas untuk ke tamrin nuqaba 09. Tamrin kali ini bermula dengan explorace. Mudah je, kena ke tempat program dengan kenderaan awam sambil membawa tiga amanah utama, 1) setiap wang yang digunakan disepanjang perjalanan adalah infaq. 2) serahkan satu risalah All about Eve kepada sekurang-kurangnya seorang individu dalam perjalanan dan 3) hafal surah At-Taubah ayat 71. bermulalah hujung minggu aku di dalam kenderaan awam. Explorace aku bersama dengan salwani dan kak yana. Naik rapid penang dari sungai 2 usm ke jeti, sampai di jeti kami terus menaiki feri untuk ke seberang, stesen butterworth. Sampai di situ, kami berhenti seketika untuk solat maghrib. Selesai solat kami sambung perjalanan menaiki bas rapid ke Sekolah Tahfiz al-Islah, (STAIL) Kpg Tok Bedu, Tasek Gelugor Pulau Pinang. Nasib baik perjalanan dengan salwani, dia yang banyak bertanya itu dan ini kepada pemandu bas. Aku sudah tidak larat untuk bercakap dek keletihan membawa beg galas dan beg jinjit (biasa aku main tarik je). Sampai ke suatu bustop, kami turun dari bas. Duduk seketika disitu, “ Kita dah terlepas sebenarnya, bukan turun kat sini, kat depan tadi” itu ucapan salwani yang membuatkan aku rasa, cemas pun tak guna. “ Takpe, satgi kak as amik kte kat sini” kata-kata itu melegakan aku kembali. Akhirnya kami sampai ke STAIL hampir jam 9 malam. Selesai solat isya’, makan, pendaftaran, tasmik, perasmian, ice breaking dan masa untuk tidur..fuh letih.
Insomnia
Aku kira aku sangat letih malam itu. Sampai saja ke tempat penginapan aku siapkan sedikit lagi peralatan untuk mengendalikan slot riadah pagi esok. Selesai semuanya, aku cuba untuk melelapkan mata merehatkan fizikal dan minda. Tapi sayang, sampai jam dua pagi aku masih tergolek-golek atas katil, tak boleh tido. Keadaan yang sangat membengangkan. Lalu aku bangun berjalan disekeliling bilik. Aku lihat sebuah komik Anak-anak Sidek dan kubaca sambil makan sebungkus roti. Kemudian aku seterika baju untuk dipakai esok (pagi jap lagi) Entah pukul berapa aku kembali ke katil untuk tidur. Aku sangat tidak suka keadaan ini, sleep disorder.
Explorace kedua bermula
Pagi itu, bermula dengan qiyam, solat subuh jemaah, kuliah subuh, riadah (game explorace) sarapan dan slot pengisian. Aku terpaksa meninggalkan program untuk jihad yang seterusnya. Mujur aku sampai awal di usm kerana Makcik Fah tumpangkan, boleh aku berehat sekejap sebelum memulakan kembara ( hehe) . Kalau tidak aku terpaksa ber explorace seorang diri.
Jam dua petang aku dan faten sudah mula bergerak ke bustop sungai dua untuk ke sungai nibong. Huhu…ini adalah kali pertama dalam hidup aku dan fatin pergi ke kL naik bas dari penang sendirian. Kali pertama selepas 21 tahun aku hidup. Fatin akan bergantung pada aku, dan aku hanya bergantung pada takdir. Sebelum ini aku pernah ke kL dengan kawan-kawan debat atau dengan kawan-kawan lain yang mana aku hanya perlu ikut jerrrrrr. Kali ini aku yang akan diikut. kL sangat kekok untuk aku. Oleh sebab aku tahu kedunguanku tentang kL, aku sudah aturkan siap2 perjalanan ini. Aku dah contact abg pidin (senior debat) untuk jadi tourist guide. Tapi malangnye lebih kurang sejam sebelum naik bas,abg pidin hantar mesej ..”regretly 2 inform aku tlah diserang penyakit denggi…mmg da xde org len da eh yg leh tolong?” . O..O..big problem. Tawakal je, takpe.
First timer
Sampai di Perhentian bas Sungai Nibong, (dekat je dengan usm sebenarnya) aku suruh aten (nama manja khas untuk fathen aqilah yang aku dan azhar create) tunggu kat bawah sementara aku naik atas untuk tanya platform mana kami perlu tunggu (buat benda ni aku baru belajar seminggu yang lepas, masa pergi shah alam dengan salwani n d geng). Sampai dekat kawasan tiket tiba-tiba ada sorang abang tiket bertanya nak pergi mana, sambil tersenyum aku jawab nak ke kL, tapi dengan suara yang sangat perlahan. Mungkin abang tu tak dengar lalu dengan suara lantang dia bersuara seperti orang marah, “ bercakap tak haram dek oi..” Glup, tersentap aku mendengar nadanya. Ahh..biarlah, aku malas nak membidas. Aku terus menuju ke kaunter bas Transnasional. Panjangnya barisan. Semua orang sedang menunggu nak beli tiket, hanya aku je yang dah ada tiket ditangan. Aku duduk dulu dan ku teliti tiket bas ku berulang-ulang kali. Betulke tiada infomasi tentang no bas atau no platform dekat dalam tiket ni. Sah, tiada! Habis tu nak tanya dimana? Dekat kaunter ni orang beli tiket je. Barisan pulak panjang. Ah..berbaris jelah. Di belakang aku ada beberapa orang insan cacat pendengaran yang sedang bersembang dengan tangan. Satu pun aku tak faham. Tangan mereka sangat pantas bergerak bersembang antara satu sama lain, tidak berhenti-henti. Aku kira kalaulah mereka boleh berbicara, pasti bingit suasana. Tidak pasti dengan apa yang aku tunggu, aku menyapa seorang lelaki yang berdiri di sebelah ku (tak tahulah abang atau pakcik). Akhirnya pakcik/abang itu menerangkan dimana aku perlu pergi menunggu. Fuh, lega. Mungkin perkara ini sangat mudah sebenarnya, tapi idak untuk fisrt timer macam aku dan aten..
Bas mula bergerak mengikut jadual, mungkin lewat beberapa minit. Kalau ikut perhitungan aku bas ni mungkin akan sampai dalam pukul 8.30 malam. Maknanya tiga waktu solat aku berada dalam perjalanan. Maghrib boleh la dijama’kan dengan isya’. Asar? Sebelum menaiki bas aku sudah siap-siap berwuduk. Jam 5 petang untuk pertama kalinya aku bersolat dalam kenderaan yang sedang bergerak. Selesai solat aku terlena seketika. Kemudian tersedar balik pada pukul 5.30 ptg. Rupa-rupanya bas berhenti untuk solat asar. First timer mane tau kan J. Kami turun dari bas dan solat asar di perhentian. Perjalanan diteruskan semula, di isi dengan perkongsian cerita aku dan aten. Sembang panjang untuk tambah kenal diri masing-masing. Muhasabah akan niat bahawa perjalanan dan kembara kali ini bukan mencari kemenangan tapi mengejar kejayaan. Mensyukuri nikmat takdir Allah yang telah mengatur perjalanan hidup kita sehingga kita berada pada tampat kita berdiri saat ini.
Kami sampai di hentian jalan duta pada jam 8.00 malam. Duduk melepaskan penat sambil sempat menghafal teks pidato (baru nak menghafal, pagi esok bertanding dah,,huhu) kemudian Anis (debat ukm) sampai menjemput kami untuk penginapan malam ini. Mujurlah ada ‘kakak ipar’ yang baik hati. Sebelum sampai ke Kolej Tun Hussein Onn, UKM, kami singgah makan di kedai makan Pulau Mutiara ( cam nama penang je) kalu ikutkan memang takde selera nak makan, tapi kerana takut kelaparan nanti kucuba jugak menghabiskan bihun sup walau pun tidak berjaya akhirnya. Sampai di kolej anis, kawan-kawannya telah menyiapkan sebuah bilik khas untuk aku dan aten (agak terharu dengan pertolongan mereka). Selesai solat aku menghafal lagi teks pidato dan aten pula menggosok baju kami untuk esok hari. Kepenatan menyebabkan kami lena malam itu, sehingga subuh. Awal-awal pagi abg Pidin sudah menunggu (dengan muka demam) untuk turut sama menghantar kami ke lokasi pertandingan, bangunan Sultan Salehuddin Abdul Aziz Shah, UiTM Shah Alam.
Pemilihan Wakil Malaysia ke Pertandingan Pidato Antarabangsa Bahasa Melayu 2009
Kami antara yang terawal sampai. Kaunter pendaftaran pun belum buka lagi. Aku mendapat undian peserta ketiga. Pertandingan mempertemukan pemidato2 yang hebat dari universiti lain. Seperti yang dijangka, Syamsul dari UPM dan Ezat Jonid dari UIAM berjaya mewakili Malaysia setelah kedua-duanya berpidato pada tajuk yang sama, Kebejatan Moral Petanda Keruntuhan Tamadun, menarik! Tahniah buat keduanya. Semoga johan juga diperingkat antarabangsa. Pertandingan yang dijadualkan tamat pada jam 5 petang berakhir awal pada jam 12 tengahari. Aduh..kemana nak pergi ni? Lama juga aku dan aten berijtihad sebelum mengambil keputusan akan ke KLCC, entah atas alasan apa. Kalau boleh biarlah tidak menyusahkan Anis dan tidak merisaukan abg pidin. Mujur aten ada senior disini, Izzati namanya yang sudi menunjukkan jalan kepada kami. Kebetulan dia pun hendak keluar. Kami bersama-sama dari UiTM ke kL sentral menaiki rapid kL. Lenguh juga berdiri dalam bas yang sesak dengan penumpang. Sampai disana, kami berpisah menuruti hala tuju masing-masing. Sebelum membeli tiket lrt, kami singgah membeli beg untuk dimasukkan blazer, sijil dan piala (dapat juga walau pun kalah) agar mudah pergerakan kami.
KLCC
Selamat sampai di kLcc dalam lebih kurang jam tiga petang, destinasi pertama kami mencari tempat mengisi perut. Akhirnya kami ke Pizza Hut. Selesai makan kami memulakan pencarian (nak beli ‘something’). Bagaikan tidak percaya setelah hamper tiga jam berjalan diseluruh kLcc, kami tak jumpa apa yang dicari! Akhirnya aku terpaksa giv up dek languhmya kaki berjalan dengan kasut tumit tinggi ( kasut yang sepatutnya aku pakai sewaktu diatas pentas debat je untuk menambah ketinggian..hehe). dan sepanjang 4 jam berada disitu, hanya aku dan aten je yang berbaju kurung (sebab baru balik dari pertandingan). Kedai terakhir yang aku masuk Body Shop, tiba-tiba “ zakiah, shopping ke?” suara izat jonid menyapa dari belakang. “Aaah..kenapa terserampak kat sini..huhu” aku membalas spontan. “ baguslah, terserempak kat sini daripada kat tempat lain” aku tersenyum sambil menjawab dalam hati..’aku ni akan ke tempat lain yang lebih teruk dari ni ke? Hehe’ perbualan hanya berakhir disitu. Di kLcc, kami tidak berjaya menemui apa kecuali sekeping coklat bar untuk dihadiahkan kepada kawan-kwan anis yang sangat friendly.
Bermain dan dipermainkan LRT
Mesej dari abg pidin mengingatkan aku bahawa tiket untuk balik penang malam ni belum dibeli lagi. Beg pakaian pula ada pada mereka yang sedang berada di sebuah klinik di shah alam. Abg pidin kata, orang kat klinik ni ramai dan dia masih tunggu giliran. Macam tak larat nak drive untuk hantar beg kami. Cadangannya kami balik esok (isnin). Oh…no!
Dengan tekad kami mesti balik penang malam ni jugak, aku dan aten terpaksa bertjtihad dan berjihad lagi. Dengan keadan aku yang tidak tahu apa-apa tentang Kuala Lumpur, perjuangan untuk pulang ke penang malam ni, adalah mesti! Dan malam itu,kami bermain-main dengan LRT. Mesej dari abg pidin itu aku terima sewaktu kami sudah pun menaiki LRT ke kL sentral. Destinasi kami untuk ke pudu, cari tiket bas. Dari kL sentral naik lrt lagi ke hentian masjid jamek. Sampai dihentian masjid jamek, aduh, dimana stesen puduraya? Macam mana rupanya, mcm LCCT ke? Ku sapa seorang kakak dan bertanya bagaimana nak ke pudu raya naik Star lrt. “Adik jalan, kat depan tu je..” bunyi macam dekat. Aku dan aten pun jalanlah..kaki dah lenguh, tak nampak pun stesen pudu raya. Teruskanlah perjalanan kerana kami tiada pilihan. Tidak tahu apa saja yang berada dikiri dan kanan. Dua gadis kecil asing yang tidak tahu apa-apa ditengah Bandar kuala Lumpur diwaktu malam begini. Takut dan bimbang usah dicerita. Sesiapa boleh tahu kisah ini kecuali mak dan ayah kami.
Akhirnya sampai juga di stesen bas pudu raya. Nampak je bangunan puduraya, kuheret tangan Aten menyberang jalan. Masuk ke dalam bangunan tersebut, apa yang aku nampak hanya deretan kedai makan. Mane kaunter tiket ni? Saat itu aku sudah tidak larat lagi untuk teruskan langkah kaki. Namun, keletihan ini perlu disembunyikan demi Aten yang bergantung harap padaku. Akhirnya aku terduduk di sebuah platform dan aku mohon bertukar kasut dengan aten untuk meneruskan langkah. Aten tidak banyak kerenah. Adik ini sungguh memahami. Terjumpa juga dengan kaunter tiket, aku segera ke kaunter bas consortium dan bertanya tiket untuk 12.30 malam. Ada! Selesai membeli tiket. Aten beli sandal yang ada dikedai hadapan kaunter tersebut demi memudahkan langkah kami. Demi penang yang dirindui, demi meninggalkan kota serabut ini. Kami melangkah semula ke stesen lrt masjid jamek untuk naik semula lrt ke gombak, amik beg dari abg pidin dan anis yang tak larat nak drive. Jam pukul 8.30, masih ada 4 jam lagi untuk menghabiskan explorace ini. Ke gombak untuk amik beg dan kembali semula ke pudu sebelum 12.30 mlm. Aku tidak pasti tentang jaraknya jauh atau dekat, namun bertindak dalam keadaan kita tidak dapat mengagak apa seterusnya menjadikan aku perlu lebih berhati-hati. Bimbang nanti, apa yang dikejar tak dapat apa yang dikendong berciciran. Perjalanan patah balik ke stesen masjid jamek penuh bersemangat. Sampai sahaja disitu, kami beli tiket di lrt, berhadapan dengan abg tiket yang sengaja mempermainkan aku ketika ku bertanya harga tiket ke gombak. Memang agak menyakitkan hati ketika saat kecemasan begitu, dipermain-mainkan. Mujur aku terlalu letih untuk meledakkan marah. Gombak adalah stesen terakhir, jadi tidak sukar untuk memastikan stesen mana kami perlu turun. Sampai di stesen putra gombak jam 9.30 mlm. Terus menuju ke arah kereta anis, amik beg, berbual seketika sedelum berpatah balik. Abg pidin kena demam campak sebenarnya! Bila beg dah ada ditangan aku dan aten sudah mampu menarik sedikit nafas. Rehat sebentar membasahkan tekak. Kemudian kembali bermain lrt dari gombak ke stesen masjid jamek. Sampai disitu, aku tidak mahu berjalan ke pudu lantas kami mengambil keputusan untuk naik Star lrt. Kami melintas jalan untuk memenuhi niat. Sampai di seberang jalan, tiada mesin tiket yang berfungsi, lantas kami ke kaunter. Sampai di kaunter dan bertanya, jawapannya…ke pudu amik tiket di seberang sana..oh melintas balik jalan, kuheret saja tangan aten. Beli tiket dan menunggu dalam nafas yang sangat penat. Masuk tren dan duduk. Jap…turun kat stesen mane ek? Aduh..lupa bertanya, berhenti saja di stesen plaza rakyat, aku ajak aten keluar. Turun dan menyemak papan peta yang memaparkan semua hentian..”kakza, ada dua stesen lagilah baru sampai pudu..” ..alamak, jom naik balik. Masuk balik lrt dan keluar dihentian pudu. Sampai kat stesen tu, cucuk tiket, tapi keluar balik tanda tiket tak diterima..”ha..tu nak pegi mana tu?” pakcik yang jaga tiket bertanya. “Stesen pudu pakcik”. “tengok ni, stesen pudu, berhenti kat plaza rakyat” .”Ohhhh...” dalam keletihan itu, aku dan aten gelak juga dengan gelagat sendiri yang bermain-main dengan lrt. Maka berpatah baliklah kami ke plaza rakyat dan sampai semula ke Stesen Bas Puduraya pada jam 10.40 pm. Fuh ...lega.
Puduraya oh Puduraya
Setelah segalanya kembali tenang. Baru aku teringat aku belum menunaikan solat maghrib dan Isya’. Mujur boleh dijama’kan. Setelah bertanya kepada beberapa orang makcik dan pakcik disitu, akhirnya kami terjumpa surau di tingkat satu, surau Al-Hidayah (kalau x silap). Aku merancang bolehlah baring seketika untuk melepaskan penat dan lelah sementara menunggu bas. Rupa-rupanya, surau itu dikunci kerana sudah malam, kulihat beberapa orang pemuda menunaikan solat dikaki lima surau. Alamak!
Saat itu aku berasa sangat kesal. Adakah setelah bersusah payah mengharungi kegetiran ini, aku gagal untuk sujud menghadap Ilahi, mensyukuri nikmat keselamatan yang diberi walaupun buta tuli ditengah kota metropolitan yang tidak pernah sunyi ini. Tekad, solat tetap solat! Biarpun di kerusi platform tempat menunggu.
Selesai wuduk kami ke platform 4 tempat menunggu. Aku mengintai mana2 kedai yang dipunyai oleh seorang muslim. Seorang gadis bertudung merah menarik perhatianku. Lantas kusapa dan kupohon kebenaran untuk tumpang menunaikan solat. Alhamdulillah. Selesai solat kubeli beberapa item dikedai tersebut tanda penghargaan. Semoga Allah limpahkan rezeki mereka berserta taufik dan hidayahNya. Selesai solat aku kembali duduk bersama aten. Ku belek kembali tiket bas. Kulihat waktunya adalah 11.55 pm. Seingat aku, kami beli tiket jam 12.30 mlm. Tiket ni salah ke? “aten tunggu disini ye..” ayat yang banyak kali aku ulang malam itu setiap kali hendak pergi bertanya. Aku turun ke platform 4, dan ku lihat, sebuah bas consortium berlabel ‘KL-B’worth’ . oh tidak..segera aku berpatah balik kepada aten. Aku bertanya adakah aku menyebut destinasi yang salah ketika membeli tiket tadi. Katanya, aku hanya menyebut penang. Aku mula gelabah lagi, kalau turun di Butterworth maknanya kena naik feri ke jeti dan naik bas ke USM. Adake feri kalau kami sampai di Butterworth jam 4.30 pagi. Bas? Dan kuliah aku pulak pukul 8.00 pagi. Tuhan, tangan in kembali menadah.
“Jom kita pergi tanya kat kaunter, tadi nampak ada kaunter consortium yang belum tutup.” Segera kami bergegas ke situ. Sampai saja aku terus bertanya. “ betul latu” jawab pakcik kaunter. “computer tak boleh buat pukul 12.30, klau buat pukul 12.30 dah jadi hari lain. Sebab tu, tulis kat situ pukul 11.55. turun kat Sg. Nibong. Yang pergi Butterworth tu bas lain”. “Ohhhhhhh…” lega lagi. Senyum lagi. Kerana kelegaan itu aku sempat berfikir untuk membeli ole-ole untuk rumet.
Detik-detik terkhir
SubhanAllah, hari yang selalunya terasa pendek, sungguh panjang hari ini. Setengah jam sebelum menaiki bas, kami duduk lagi. Dihadapan kami, seorang pakcik, mungkin berbangsa cina, berseluar pendek sedang mengatur kotak sebagai alas tidurnya. Sebuah plastic beg berwarna kuning ia ikat dikerusi, mungkin bimbang begnya itu akan diambil orang ketika dia sedang nyenyak tidur. Adegan itu sungguh mudah menagih air mataku. Rasa kasihan yang melimpah tidak dapat aku bendung. Berkali-kali kotak itu ia atur mencari yang paling selesa, sedangkan pada kita itulah yang paling tidak selesa. Sayang benar dia pada beg plastic kuning itu, sedangkan pada kita, hendak menggalas beg kurang berjenama pun terasa segan dan malu. Sebelum merebahkan diri, dia seluk sakunya mengeluarkan sebuah beg pastik kecil berwarna putih diisi dengan sedikit wang yang aku tidak pasti jumlahnya. Mungkin untuk membeli makanan esok hari. Kemudian ia simpan kembali. Andai malam ini aku terasa sangat letih, aku tidak tahu keletihannya berjuang meneruskan hidup. Aku berdoa didalam hati, agar suatu hari nanti janganlah ibu ayahku atau aku menerima nasib begitu, aku berdoa kerana kita tidak tahu di masa hadapan apa yang akan berlaku. Semoga pakcik tu dan sekalian yang menerima nasib sepertinya menemui kebahagian jua, kalau pun tidak di dunia, mudah-mudahan ada disana.
Selamat sampai akhirnya
Bas mula bergerak pada jam 12.57 am. Kuucapkan selamat tinggal pada seluruh kota metropolitan ini, segala keserabutan dan segala kenangan. Juga terima kasih atas pengajaran yang diberikan oleh setiap jasad dan nasihat yang hanya boleh ditafsir dengan mata hati. Usah rindu kerana minggu depan aku dan aten akan kembali kesini untuk jihad yang lain pula. Keletihan sepanjang hari menyebabkan kami lena sehingga tiba ke chek point terakhir explorace kami. Sampai dibilik dalam jam 5.30 pagi. Sempat menyambung sebentar tidur sebelum bangun solat subuh dan bersiap untuk ke kuliah. Satu-satunya kuliah untuk hari ini. Selesai kuliah aku mendapat mesej dari abg pidin. “Cik kia, sampai usm td pkl brape?” mungkin dia kerisauan. Segera ku balas mesej nya, dan aku katakan apa yang berlaku akan aku ceritakan dalam blog J
The end
Mungkin ada yang selepas membaca entri ini, ada yang berkata, naik bas dan lrt pun tak reti ke? A’ah. Tak reti! Yang aku tahu sepanjang tiga tahun disini, naik teksi dari asrama ke bayan lepas, naik kapal terbang, sampai ke airport kuching, family dah tunggu dan sampai di rumah. Sekarang dah tahu lebih dari itu J senarai mencoret segalanya, terasa perut sangat lapar, baru aku teringat kali terkahir aku menjamah nasi adalah tengahari sebelum menaiki bas ke KL. Nak makan dululah sebelum pergi latihan untuk IKIM jap lagi.

Subscribe to:
Posts (Atom)