Masa terlalu cepat berlalu, kesibukan selalu menjadi kekangan untuk aku lakukan rutin muhasabah diruang maya ini. Medan yang sering menjadi telinga suara hati. Tempat menarikan segala irama dari raja seluruh anggota.

Debat IKIM

'Cerita Cinta Kita'. Itu tajuk yang aku berikan untuk video catatan kembara ke debat IKIM. Pertama kali pergi dengan adik-adik selaku 'kakak'. Debat IKIM penuh dengan halwa tarbiyah yang indah. Setiap bicara segalanya penuh makna. Tajuk dikupas dengan jiwa. Terasa amanah mengatasi tawaran harta. Walau kecundang tetapi terasa berjaya. Kerana tidak menjual agama untuk dunia. Sebaliknya mekar rindu buat Rasulullah, menyambung sunnah menyebarkan dakwah. Semoga usaha kerdil kami ini, menjadi asbab shafa'at mu wahai nabi, untuk kami diMahsyar nanti.Tazkirah, "Apa yang aku takutkan dalam perjuangan , bukan kekuatan pihak lawan, tetapi timbunan dosa yang menghalang datangnya pertolongan dari Tuhan", selalu menjadi landasan.

Terima kasih Tuhan. Dalam timbunan insan yang punya lidah petah, Kau pilih kami untuk mendukung amanah. Dalam nikmat dunia yang mula singgah, Kau pilih kami untuk kalah. Dalam cerita cinta yang sungguh indah, Kau pilih kami untuk dakwah. Dalam selaut dosa yang selalu singgah, Kau tabur rahmatMu dengan tarbiyah.



impian nak jadi dj IKIM.fm.."pilihan utama"


bersama dj CT dalam konti, lepas sesi temubual
bersama kak Siti Habibah, pendebat UPSI..peace!


Kajian Lapangan

Balik dari IKIM, terus pergi buat kajian lapangan untuk subjek, BST204; Ekosistem Tropika. Saat untuk bermesra dengan alam. Kajian lapangan dibuat di Hutan Paya Bakau Laut Matang, Kuala Sepetang.
Mulanya, sangat tak nak pergi,kalaulah ada pilihan, malas betul untuk turut serta akibat belum puas tidur atas katil empuk bilik sendiri. Namun apakan daya..
Tapi akhirnya tetap menjadi kenangan indah...
satu-satunya group senior, budak pandidikan tahun 3, yang lain semua budak pendidikan tahun 2 dan budak-budak biologi major Environment.

tengah buat plot 20mx5m. pastu, kira ukur lilit pokok, tinggi pokok, spesis pokok, dan sebagainya, kerja-kerja tu takdelah susah sangat, yang susahnya berjalan dalam mangrove dengan kasut but besar!


huhu..akulah orang pertama yang jatuh dalam lumpur mangrove tu, tak dapat nak keluar sampai Dr. Nurul yang kena tarik aku keluar..sangat bermesra dengan alam!

Hijau..cantik. keindahan inilah yang telah membuang jauh perasaan terpaksa untuk buat kajian lapangan.
inilah hutan paya bakau
saksikanlah keindahan alam dengan akal dan iman kerana disitulah tanda kekuasaan Tuhan sekalian alam..:)


4 kata kamu:

Anonymous said...

mane gambar abg nih...hish...

Anonymous said...

salam za, emm glads to hear ur ok n sihat2 there..never give up ok..teruskan perjuangan.I will stand by u..

Anonymous said...

wah...
hebat acu..
bangga dgn acu..
semoga kt jd pendidik yg cemerlang..=]

Zakia Setu said...

wah..along..awat tggalkn komen x tulis name..penat acu fikir sapelah tadi..