Adui, letihnye..baru jalan sikit dah rase letih sangat. Sebab dah lama tak beriadah kot. Teringat zaman kat matrik dulu, tiap-tiap petang turun padang, berlatih silat. Selalu kena dera pusing padang lima kali..huhu. Bukit belakang KML tu, dah berapa kali kena tawan, bukan setakat siang, malam pun hentam. Tak letih pun mase tu. Sekarang ni, jalan dari Tekun ke Sg Dua pun tak nak. Tak larat.

Aku kira, keletihan ini banyak asbabnya. Aku sebenarnya keletihan dijadikan watak antogonis oleh sebuah novel kehidupan. Letih aku menyambut jelingan balasan dari senyuman yang aku hulurkan. Dan letih aku mencari silap mana yang tidak boleh dimaafkan.

Sampai kat bilik meja pulak bersepah dengan kertas-kertas tugasan. Letih jugak bersengkang mata menyiapkan kerja-kerja yang ada. Laporan untuk kerja-kerja lapangan, perancangan2 mengajar, design project based learning, essay climate change, buat webquest, jawab biostatistics. Hmm..nak jadi cikgu. Saya tau, orang lain lagi banyak daripada ni…tapi saya letih

Aku juga keletihan mendepani cemburu dan dengki oleh insan yang takut aku memiliki apa yang mereka ingini. Walhal, bukan prinsip hidupku untuk menjadi tuan kepada apa yang bukan kepunyaan. Kerana aku hanya hidup dengan segala yang Tuhan pinjamkan. Apa yang kalian fikir milik kalian, aku tidak akan mengambilnya. Melainkan Allah alihkan milik kalian itu seketika ke dalam hidupku sekadar sebagai suatu pinjaman yang diamanahkan. Bukankah setiap amanah wajib dipelihara, agar tatkala hendak dipulangkan, ia masih berkeadaan sempurna atau lebih baik dari seadanya. Cuma saat ini aku letih mendepani manusia yang tidak pernah mengerti bahawa menyayangi tidak bermaksud memiliki, kerana memiliki itu hanya hak Ilahi. Aku hanya ingin seperti bulan yang sentiasa setia mengiringi bumi bukan kerana taksubnya pada planet ini, tapi semata-mata kerana tunduk dan patuhnya pada Rabbuli’zzati.

La..camne nak wat assignment ni semua, laptop kena virus. Rosak. Aduhai imtinan, sikura-kura kesayangan saya ini, selalu benar jatuh sakit. Letih dah nak gi format semula. Malas nak melayan kerenah imtinan buat masa sekarang. Pergi library jelah, buat kerje, lagi pun intenet laju je kat library. Buku pun banyak…letihnye, sebab saya bukan kaki library sebenarnya.

Juga aku sedang keletihan menafsir lakonan tidak berjiwa. Kosong. Bagai robot-robot yang diprogramkan. Cukuplah, letih aku menyaksikan sandiwara itu. Kembalilah seperti asal, aku tidak perlu dipujuk kerana aku tidak pernah merajuk.

Alamak salah tengok due date assignments. Scientific paper yang sepatutnye hantar hari Jumaat saya dah siapkan hari Isnin. Essay yang patut hantar hari Rabu, baru suku siap hari Selasa. Terpaksalah saya memujuk dan merayu kat lecturer, nasib baik Dr Noraida memang baik hati dan bagi hantar hari Jumaat gak..kalau tak, bergandalah letihnya..

Keletihan juga terasa disaat hati dan jiwa sering di isi rindu yang silih berganti. Letih rasanya menahan kerinduan ini. Rindu yang lama belum terubat, rindu baru sudah menjerat. Belum hilang rindu yang mesti, sudah datang rindu yang menyakiti. Ish...letih jiwa ini.

Hujung minggu ni plak de banyak bende kena buat. Proposal untuk projek fizik tak siap lagi. Bukan setakat tak siap, tak dapat idea lagi nak buat projek pe..yelah, saya n group member smue budak major biologi, minor kimia, tetibe kena design projek fizik..huhu...nak present minggu depan plak tu..first group punya proposal punyala vogue, ‘solar cooker’…group saya nak wat pe? Any suggestion?

Ya Rabb, Tuhan pemilik hati ini, pasti Engkau lebih tahu keletihan sekeping hati ini. Menadah dugaan dariMu, apalah dayaku. Aku hanya hamba kerdil yang daif atas muka Bumi Mu, hamba yang sering terlupa padaMu. Tuhanku layakkah aku bertanya tentang cintaMu sedang aku sibuk tentang dunia kecintaanku. Ampuni aku…atas keluh kesah keletihan kecil ini.

Argh..ini rasanye nikmat tertekan. Baru saya faham macammana orang kate, wat assignment sampai rasa nak muntah, macam tak percayakan, saya pun tak percaya dulu, tapi bila dah kena dengan diri..huhu. mane taknye..bayangkan betapa bulrnya saya untuk men’design’ satu projek fizik untuk di aplikasikan disekolah. Kumpulan saya ada lima orang, 3 orng termasuk saya, major bio, minor kimia. Sorang lagi, major kimia, minor bio, dan sornag lagi major kimia minor mate. Berbekalkan ilmu fizik SPM dulu, kami buat projek ‘ala-ala’ final year ni. Saya tengok muka kawan-kawan pun dah macam nak muntah hijau..huhu

Tuhan, padaMu aku mengharap agar dalam keletihan ini kau beri aku kekuatan, semoga masih ada sisa keberanian untuk aku langsaikan amanah yang Engkau titipkan sebelum nyawa bercerai dari badan. Berikan aku kekuatan untuk melafazkan dari hati dan sampai ke hati akan kalimah, bahawa manusia tidak akan pernah menemui kebahagiaan selagi dia tidak datang kepadaMu sabagai hamba yang tahu tujuan kehidupan, walau pun aku tahu, aku tidak cukup kuat untuk menjadi sepah terbuang bila manisnya sudah tidak diperlukan

Saya atau aku yang keletihan saat ini ingin berada dalam dakapan seorang ibu tersayang…

Kat CC, tunggu Hawa print tag untuk PADU, bosan..
buka frienster sendiri yang dah bersawang tahap super. Tengok blog sendiri kat friendster yang dah dibiarkan. Terbaca entri sendiri. Terdiam. Berfikir. ..apa yang terjadi pada masa lampau..pengajarannya perlu sentiasa dalam ingatan..agar kita tidak jatuh ke jurang yang sama di masa hadapan. Sengaja aku letakkan entri itu semula di ruang ini...muhasabah hati ku ini..

MELUKIS HARI ESOK
Pernah menyaksikan sebuah kanvas lukisan yang besar? Dipenuhi dengan corak abstrak yang amat sukar difahami. Ia berada di sebuah galeri pameran yang mewah, tergantung megah dan hanya akan bertukar milik dengan harga mencecah juta. Lantas, hati kita bertanya, apa cantiknya lukisan itu? Dan hati kita juga akan menjawab sendiri, itulah namanya nilai seni. Abstrak dan sukar difahami kecuali oleh orang-orang yang bisa mengerti.
Sekarang, cuba bayangkan kita yang menjadi pelukisnya. Kita punya sebuah kanvas besar yang perlu dicorakkan dengan lukisan indah agar ia juga boleh digantung megah di dinding galeri pameran mewah. Bagaimana ya mahu mewarnai sebuah lukisan yang indah, bermakna pada mata kita juga pada mata-mata yang menyaksikannya?
Dan bayangkan juga kanvas itu kehidupan kita. Corak-corak yang tercalit adalah pengalaman kehidupan yang pernah dialami. Sedikit demi sedikit kita akan terus melukis di atas kanvas itu selagi nafas belum terhenti.Dengan pelbagai corak dan warna. Kadang kala cerah ceria dan ada kala suram kelam.
Ada yang berjaya kita padam dan ada yang akan kekal walau corak itu bukan pilihan.Teman-teman rapat dan insan-insan istimewa akan turut menitip warna atas lukisan kita, menjadikan lukisan itu lebih indah dan mengasyikkan. Dan kita juga pasti pernah mencalit warna atas lukisan orang lain. Fitrah kehidupan, saling memerlukan.
Dalam lukisan itu, pasti akan dihargai calitan warna orang-orang bermakna. Bagaikan hanya corak-corak indah itu sahaja yang kita mahu menjadi adunan lukisan kita. Mana mungkin, kerana orang yang bersama-sama memegang berus lukisan di tangan kita akan silih berganti. Ingatilah serta hargailah setiap lukisan insan lain dalam kanvas hidupmu itu walau hanya setitis kecil warna. Setiap titik warna itulah yang menjadikan lukisan mu siap untuk ditatap.
Namun, dalam kesempatan mewarnai lukisan orang lain, cubalah untuk mewarnainya secantik mungkin walau ruang yang diberikan hanya muat untuk satu renjisan. Selepas itu jangan kau tagih penghargaan darinya kerana lukisan hidupnya tetap akan siap untuk ditatap tanpa renjisan darimu.
Begitulah nikmat kehidupan, memberilah sebanyak mungkin tanpa mengharapkan balasan, dan hargai serta syukuri apa sahaja yang diterima kerana ia pemberian dari Tuhan.
Hawa dah habis print. Nak balik bilik sambung buat essay climat change dan kaitannya dengan pengajaran KIMIA..cikgu zakiyya
I
Aku letakkan sekeping hati ini di atas telapak tangan. Ku saksikan sendiri darah merah yang mengalir likat dan pekat, bersama rasa sakit yang tidak terungkap. Menitis darah luka satu persatu jatuh ke bumi mengalir dari celahan jemari. Ada ketika hanya mata sendiri yang mengerti sakit ini tidak terperi.

II
Mengapa purnama kali ini panjang?
Bintang juga selalu ada...
Sedangkan aku sudah menyiapkan diri menghadapi kehilangan
Ya Allah, aku tidak memahami rahsia takdirMu yang satu ini
Bantulah aku agar setiap langkahku tidak Engkau murkai.

dpnc …
Maafkan aku kerana masih disini
Menjadi pencinta tanpa syarat yang setia
Walau datang tidak diundang, ada tidak bermakna, tiada tidak mengapa, membantu walau tidak perlu, ketawa walau ada yang tidak suka…
Maaf kerana cinta hatiku ini selalu membuatkan aku lupa pada diri
Sekali aku mencintai, cintaku akan selalu dihati...
Hari ini,
Hujan turun setelah berminggu-minggu bumi Minden ini tidak dibasahi
Air rahmat yang jatuh membawa titis kasih Ilahi
Menghilangkan perit kulit dibakar mentari
Teduh silau mata cahaya matahari
Kerana hujan hari ini

Hari ini,
maafkan aku buat teman-teman yang terasa hati
lafaz komentarku bukan skrip meraih undi
Tapi, sedar akan amanah yang dipikul bahawa kitalah pendidik suatu hari nanti
Janganlah kerana lakonan tidak berintegriti
Kita khianati amanah bangsa sendiri
Jangan semata-mata mahukan habuan yang tinggi
Kita cemari martabat profesion paling suci
Hentikanlah skrip kepura-puraan dan hipokrasi
Cukuplah lakonan itu hari ini.

Yaya, bila hendak kembali?
Ainol dan Iftinan tercari-cari
Imtinan dan chipsmorenya juga menanti
Elmyra sudah merindui
Yaya tidak rindukan kami?
Pulanglah hari ini..