Kat CC, tunggu Hawa print tag untuk PADU, bosan..
buka frienster sendiri yang dah bersawang tahap super. Tengok blog sendiri kat friendster yang dah dibiarkan. Terbaca entri sendiri. Terdiam. Berfikir. ..apa yang terjadi pada masa lampau..pengajarannya perlu sentiasa dalam ingatan..agar kita tidak jatuh ke jurang yang sama di masa hadapan. Sengaja aku letakkan entri itu semula di ruang ini...muhasabah hati ku ini..
MELUKIS HARI ESOK
Pernah menyaksikan sebuah kanvas lukisan yang besar? Dipenuhi dengan corak abstrak yang amat sukar difahami. Ia berada di sebuah galeri pameran yang mewah, tergantung megah dan hanya akan bertukar milik dengan harga mencecah juta. Lantas, hati kita bertanya, apa cantiknya lukisan itu? Dan hati kita juga akan menjawab sendiri, itulah namanya nilai seni. Abstrak dan sukar difahami kecuali oleh orang-orang yang bisa mengerti.
Sekarang, cuba bayangkan kita yang menjadi pelukisnya. Kita punya sebuah kanvas besar yang perlu dicorakkan dengan lukisan indah agar ia juga boleh digantung megah di dinding galeri pameran mewah. Bagaimana ya mahu mewarnai sebuah lukisan yang indah, bermakna pada mata kita juga pada mata-mata yang menyaksikannya?
Dan bayangkan juga kanvas itu kehidupan kita. Corak-corak yang tercalit adalah pengalaman kehidupan yang pernah dialami. Sedikit demi sedikit kita akan terus melukis di atas kanvas itu selagi nafas belum terhenti.Dengan pelbagai corak dan warna. Kadang kala cerah ceria dan ada kala suram kelam.
Ada yang berjaya kita padam dan ada yang akan kekal walau corak itu bukan pilihan.Teman-teman rapat dan insan-insan istimewa akan turut menitip warna atas lukisan kita, menjadikan lukisan itu lebih indah dan mengasyikkan. Dan kita juga pasti pernah mencalit warna atas lukisan orang lain. Fitrah kehidupan, saling memerlukan.
Dalam lukisan itu, pasti akan dihargai calitan warna orang-orang bermakna. Bagaikan hanya corak-corak indah itu sahaja yang kita mahu menjadi adunan lukisan kita. Mana mungkin, kerana orang yang bersama-sama memegang berus lukisan di tangan kita akan silih berganti. Ingatilah serta hargailah setiap lukisan insan lain dalam kanvas hidupmu itu walau hanya setitis kecil warna. Setiap titik warna itulah yang menjadikan lukisan mu siap untuk ditatap.
Namun, dalam kesempatan mewarnai lukisan orang lain, cubalah untuk mewarnainya secantik mungkin walau ruang yang diberikan hanya muat untuk satu renjisan. Selepas itu jangan kau tagih penghargaan darinya kerana lukisan hidupnya tetap akan siap untuk ditatap tanpa renjisan darimu.
Begitulah nikmat kehidupan, memberilah sebanyak mungkin tanpa mengharapkan balasan, dan hargai serta syukuri apa sahaja yang diterima kerana ia pemberian dari Tuhan.

Hawa dah habis print. Nak balik bilik sambung buat essay climat change dan kaitannya dengan pengajaran KIMIA..cikgu zakiyya
0 kata kamu:
Post a Comment