I
Aku letakkan sekeping hati ini di atas telapak tangan. Ku saksikan sendiri darah merah yang mengalir likat dan pekat, bersama rasa sakit yang tidak terungkap. Menitis darah luka satu persatu jatuh ke bumi mengalir dari celahan jemari. Ada ketika hanya mata sendiri yang mengerti sakit ini tidak terperi.

II
Mengapa purnama kali ini panjang?
Bintang juga selalu ada...
Sedangkan aku sudah menyiapkan diri menghadapi kehilangan
Ya Allah, aku tidak memahami rahsia takdirMu yang satu ini
Bantulah aku agar setiap langkahku tidak Engkau murkai.

dpnc …
Maafkan aku kerana masih disini
Menjadi pencinta tanpa syarat yang setia
Walau datang tidak diundang, ada tidak bermakna, tiada tidak mengapa, membantu walau tidak perlu, ketawa walau ada yang tidak suka…
Maaf kerana cinta hatiku ini selalu membuatkan aku lupa pada diri
Sekali aku mencintai, cintaku akan selalu dihati...

5 kata kamu:

Anonymous said...

purnama tetap begitu..tidak pernah menjadi panjang apatah lagi pendek..gunakan akal untuk menilai bukannya hati yang sarat dengan seribu satu rasa..

Anonymous said...

purnama tetap begitu..tidak pernah menjadi panjang apatah lagi pendek..gunakan akal untuk menilai bukannya hati yang sarat dengan seribu satu rasa..

Zakia Setu said...

thanks 4 da comment. sapelah gerangan tuan punya badan ni ye...

Anonymous said...

Hamba Allah...

Zakia Setu said...

yup..kite semua hamba pada Tuhan..kan elok andai tuan hamba memperkenalkan diri..