Saya menulis dengan linangan airmata. Saya sudah cuba sedaya upaya. Saya sibukkan diri dengan kerajinan luar biasa, kerana biasanya saya tidak begitu rajin. Tapi mustahil saya boleh menipu diri sendiri. Mustahil saya tidak sedih dengan kejadian ini. Saya sudah berjanji tidak meminta. Tapi mengapa jiwa saya masih meronta. Saya tidak suka begini, saya tidak suka rasa seperti seorang pengemis yang meminta-minta. Hina.

Mengapa dihujung-hujung pertemuan ini hati saya benar-benar terluka. Hati saya begitu terasa terhina. Seperti saya mahu lari ke padang pasir, terbang ke langit tinggi, mungkin bila sendiri saya bisa ketemu ketenangan yang hilang.

Ya Allah, hentikanlah linangan air mata ini. Balutkanlah luka hambaMu ini. Kembalikan lena yang panjang, makan yang kenyang. Kalau airmata ini enggan berhenti, luka ini tidak mahu diubati, lena enggan tiba dan santap seperti tiada, berikanlah hambaMu ini kekuatan untuk terus luka, luka dan terluka sepanjang perjalanan hidupnya. Kasihanilah hambaMu ini wahai yang Maha Pengasih.

4 kata kamu:

aLiN_aZa said...

sabar acu..
hidup kita mmg byk ranjaunya..
kdg benda yg kita x sangka dtg dgn kita..
benda yg kita ingin kita x dpt..

along doakan acu gembira slalu..
ubatlah luka d hatimu walaupun pedih..
Allah bersamu slalu..

Anonymous said...

ALLAHUMAGHFIRLIL MUA"LIMINA WA BARIKLAHOM FI ABDANIHIM WA ATHIL FI A"MARIHIM..AMIN..
MUDA2AN TEACHER ZAKIA DIKURNIAKN KEKUATAN SEORG MUJAHIDAH DARIPA PENCIPTA YANG ESA...TEACHER KUAT..!!TEACHER KUAT..!!
AMPUNKAN KAMI JIKA KAMI YG MENJDI SBB TEACHER TRLUKA..TERGURIS..
WE LOVE YOU...

ZAHRATUL ZAHIRAH

cikgu zaza said...

slalu tgk kak za ceria..
be yourself kak za..
InsyaAllah, jika kita usaha kita akan capai pe kita nk.klw xdpt redhakanlah n pastinya kesedihan itu diganti kegembiran yg kita x expect sm skali.Sesungguhnya Allah Maha Pengasih..

Zakia Setu said...

thanks a lot...luv you all so much..