1. Masa praktikal saya ajar pelajar sekolah menengah, jelling sikit je mereka dah tunduk diam…Jadi cikgu ganti, saya ajar budak sekolah rendah, saya jerit sampai tercabut isi perut pun mereka takkan diam. Nanti kalau sudah posting, entah macam mana…

2. Masa praktikal saya ajar sains, tapi pelajar panggil saya teacher..Jadi cikgu ganti , saya ajar English, tapi pelajar panggil saya ustazah.. Nanti kalau sudah posting, entah macam mana…

3. Masa praktikal, setiap kali nak mula belajar, ramai-ramai baca doa. Jadi cikgu ganti, setiap kali nak mula kelas kena jerit sekuat hati “go back to your seat” dan panggil mereka masuk kelas.. Nanti kalau sudah posting, entah macam mana…

4. Masa praktikal, tak pernah saya perlukan rotan.. jadi cikgu ganti, rotan dah pecah kena pukul atas meja msih pelajar tak ada kesan. Nanti kalau sudah posting, entah macam mana…

5. Masa praktikal kelas yang saya ajarlah konon yang paling ramai, 38 orang. Jadi cikgu ganti, pelajar kelas saya paling sikit pun 41 orang. Nanti kalau sudah posting, entah macam mana…

6. Masa praktikal, kalau saya speak in English, pelajar tak faham, saya boleh tukarke bahasa Melayu. Jadi cikgu ganti, saya ajar English budak tak faham, cakap bahasa melayu pun budak tak faham, bahasa mandarin, saya yang tak faham. Nanti kalau sudah posting, entah macam mana…

7. Masa praktikal, semua pelajar saya satu bahasa satu bangsa, senang cerita. Jadi cikgu ganti, pelajar saya satu Malaysia. Muka macam Iban tapi nama cina. Muka macam cina tapi cakap iban, tengok bangsa rupanya bidayuh. Kalau yang melayu tu tak pakai tudung atau songkok..sungguh saya tak boleh kenal.. Nanti kalau sudah posting, entah macam mana…

Ada banyak lagi bezanya. Saya bukan mengeluh, Cuma terkena kejutan budaya. Cerita masih panjang, tapi sudah satu petang, saya mahu pulang.

8 kata kamu:

kawanz said...

sebaik-baik bersederhana dalam semua perkara. dah grade bukan bererti berhenti belajar, masih banyak lagi ilmu yang belum diterokai. so, kawan, reya pa cta?

Zakia Setu said...

kawanz..hehe..thanks 4 da tazkirah..akn terus blajar..smpai bla2..FIGHT OH!!
xda papa...dh padh nk..;)

Nurul S Othman said...

masa praktikal student panggil teacher..penat layan budak-budak...2,3 kali menangis sebab diorang. ada yang act mcm kita ni makwe dia..masa habis praktikal semua tak nak bagi teacher pindah.

guru ganti 1st time: student panggil miss sebab ramai da kawen...budak perempuan semua...manja-manja. masa ni speaking all the time. masa mula-mula jumpa GB, nervous giler coz dia suh speaking

guru ganti ke2,
rileks...tenang....budak2 dengar kata..beza dengan yang atas, ini je sekolah budak kampung. yang dua kat atas kat sekolah bandar. di sekolah ni biasakan budak-budak baca doa. enjoy teaching them

cikgu zaza said...

ingt kak, fighto oh!!!
cm dlm gokusen
our feveret stori

Zakia Setu said...

hehe..thanks zai...

n.AziLa.h said...

semua tu pengalaman za dan za insan yang bertuah merasainya....

Anonymous said...

Semoga jadi cikgu yang cemerlang.Teruskan perjuangan mencurahkan ilmu untuk anak bangsa.

-cikgu mu-

Hawa said...

nang menarik adventure ktk tok..
selamat mengajar..(^^,)