Semalaman saya tidak tidur memikirkan kehidupan dan masa hadapan. Ranjau hidup dewasa sangat berbeza. Walau pun baru dipermulaan, duri dan ranjaunya sudah rancak menyengat. Usaha bukan semudah untuk menentukan antara lulus dan gagal, gred A atau D seperti zaman menuntu ilmu. Tapi setiap langkah dan tindakan tidak lagi untuk diri sendiri tapi demi tanggungjawab dan amanah yang belum selesai.

Ada kerisauan tentang masa depan. Adakah akan cerah atau mendung yang berpanjangan. Adakah merasa bahagia atau tawa dalam tangisan. Adakah akan mulia atau hina selamanya. Adakah akan tenang atau sengsara meniti usia. Kita hanya mampu merancang, namun ketetapannya bukan milik kita.


Tiada masa untuk berangan-angan, jauh sekali untuk melukis fantasi impian. Masa untuk itu semua sudah tamat. Berhenti dari mempercayai harapan apatah lagi janji yang tak akan tertunaikan.


Bukan masa untuk kecewa, bukan masa untuk meratap hiba. Simpan air mata untuk Tuhan. Masa untuk bangkit berjuang merempuh segala halangan demi melangsaikan segala sumpah, hutang dan amanah. Kita tidak tahu bila ajal akan tiba. Semoga segala harapan yang pernah aku berikan, janji yang pernah aku lafazkan, serta pengorbanan yang telah kalian tumpahkan sempat aku sempurnakan sebelum ajal kita sampai. Kita pernah makan berkuah air mata, tidur bertilamkan derita, mandi bersiram hina sekian lama. Kita kuat untuk bertahan hingga saat ini, jadi tiada masalah untuk kita bertahan sedikit masa lagi, sementara menanti Izrail datang menjemput kita.


Dunia ini tiada apa-apa untuk kita. Tidak perlu kita gusar untuk meninggalkannya. Tidak perlu kita sedih dihina olehnya. Masa untuk kita kembali kuat atau menjadi lebih kuat. Dan kita hanya akan kuat bila Tuhan bersama kita. Justeru, kembalilah kepada Tuhan, memohon keampunan, mencari ketaqwaan mengharap keredhaan. Berdoalah agar segera kita laksanakan tugas-tugas kita yang belum selesai kemudian melengkapkan persiapan mengucapkan selamat tinggal. Semoga kita pulang cepat dan selamat menemui Tuhan dan RasulNya, kerana dunia ini tiada apa-apa untuk kita. Sungguh tiada apa-apa untuk kita.


Bukan berputus asa dengan nikmat Tuhan, bukan sudah putus harapan. Jauh sekali kecewa atau rasa diperkotak-katikkan.Tetapi mencari kekuatan meneruskan kehidupan. Kekuatan ada pada hati. Hati yang bersih dari noda. Hati yang mekar dengan cinta pada yang Esa. Sekeping hati seperti itu, perlu dicari dan dimiliki.

kita

Kawan, lamak dah kita sik contact. Kita dah sik macam dolok. Kamek rindu sebenarnya. Rindu seorng kawan yang terlalu istimewa macam kitak. Kita sik pernah jumpa, tapi kita rapat luar biasa, macam orang dah berkawan berpuluh-puluh tahun. Macam kitak kenal gilak ngan kamek..hehe.
Serius kamek rindu gilak ngan kitak. Rindu ngan trick-trick kitak, nak ngenak kitak. Kongsi cerita ngan kitak. Lawan result ngan kitak..haha..walau pun sebenarnya kamek sik pernah menang, mesti kitak twist suruh kamek menang, compare kredit hour lah..haha..kitak tere gilak. Rindu kamek dengan nasihat kitak mun kamek down. Kamek marah pun kitak juak yang nengar. Paling kelakar, kitak belakon jadi kawan kamek yang bermasalah sebab kita nak tolong orng lain..ssyyhh..ingat agik sik? Haha..impian dan cita-cita kamek pun kitak tauk.
Kamek sik pernah lupak kitak selalu ‘neman’ kamek mun tiba-tiba kamek takut diam sorang lam bilit kat kampus dolok. Neman kamek time kamek sikpat tido malam. Neman kamek study. Mun ada lagu nasyid baru kat carta ikim, gagolah kitak madah ngan kamek, pasya kamek carik lagu ya kat tenet. Lagu faveret kita, camar kelukaan. Teka-teki kitak..haha. macam-macam..
Kitak sik pernah lupak birthday kamek walau pun kamek selalu lupak birthday kitak (sowi). Mun dolok, macam setiap saat kamek tauk apa yang kitak polah n kitak tauk apa yang kamek polah. Even kitak jual cucur kat kampong time cuti pun kamek tauk. Kitak suka football, gila ngan Raul, sejak ya kamek pun jadi penyokong Sepanyol. Best, spain menang Liga English (kot..kmk x ingat) n world cup baru2 tok. Kita minat conan, haha..biarla orang nak kata kamek macam nembiak..kamek sik lalek, kamek still minat conan..ingat sik kitak nak kirim cd cerita conan ngan kamek sebab kamek menang last sem?..belom sampei pun..kamek rasa kitak masih gila main game..nk?
Nasihat2 kitak kamek masih ingat, sms kitak pun kamek masih simpan, sms yg tahun 2008 pun masih ada. Kamek selalu forward msg2 kitak kat orang lain. Biar orang lain pun boleh jadi kuat juak, macam kitak.
Tapi, sejak semester terakhir kita makin sibuk kot. Dah jarang contact. Sampei kinek tok. Mun dolok,sik pernah hp kamek sikda kredit, sebab nak mesej kitak. Kinek tok dah sikda, kitak dah jauh.kot..huhu..tapi bukan salah kitak juak, kamek yang dah jarang contact kitak. Lately tok kamek rasa sunyi ckit, memanglah dekat dengan family, tapi kamek dah bosan ngulang rutin yang sama. Tiap-tiap ari kamek rasa sunyi n kosong, camtoklah perasaan penganggur. Kitak pun tauk kan kamek tok sik reti dok diam..Kamek teringat kat kitak, tapi kamek malu nak contact kitak macam dolok. Kamek sik maok jadi kawan yang ingat kitak time kamek susah n sunyi jak (walau pun hakikatnya nang kedak ya)..dah banyk cerita kamek kitak sik tauk dan dah banyak cerita kitak kamek sik tauk. Rindu kamek eh..
Ada cerita kamek nak padah,cerita yang kamek janji nak padah. Kamek ceritakan dengan sebuah gambar k…


Doakan kamek. Doa yang tulus dari sorang kawan istimewa macam kitak.


Paling istimewa, kitak tunggah kamek ‘kawan’ n kamek pun tunggah kitak ‘kawan’. Sebenarnya, semua kawan2 kamek nunggah kamek ‘za’. Mungkin pada kitak, kamek tok sama jak macam kawan-kawan kitak yang lain, sebab kitak nang bait ngan kawan-kawan kitak. Tapi bagi kamek kitak cukup istimewa,kitaklah peneman setiap saat kamek genting, kitak sik pernah ngecik ati kamek walaupun kamek tok orag paling sensitive kat dalam dunia(huhu). Kitak cukup istimewa, beruntunglah teman idup kitak kelak, semoga Allah menganugerahkan kitak syurga.

Empat

Ramadhan kali ini berbeza. Hampir sepuluh tahun aku tidak menyambut awal ramadhan di rumah. Tahun ini dari 1 ramadhan hinggalah ke 1 syawal dilalui bersama keluarga tercinta. Tak perlu nak fikir petang-petang nak berbuka dekat mana, dengan siapa, lauk apa…sahur lagilah..berbeza sangat dengan sahur kat kampus dulu..sekarang tiap-tiap pagi mak kejut sahur dengan makanan yang dah terhidang, dulu, aku hanya sahur kalau aku rajin nak keluar beli makanan atau ada orang yang hantar makanan untuk bersahur lepas die balik kerja kat jusco..hehe..
Tapi ada satu yang menggamit rindu tentang Ramadan2 yang lalu. Tentang cahaya dan maknanya. Tentang pengisian dan rahmatnya. Tentang berkat, ibadat dan keampunan yang sangat luas didalamnya. Aku sangat rindu pada rasa kerdil ketika sujud dibawah atap langit setahun yang lalu. Juga pada himpunan jemaah di masjid Khalid almalik. Lalu penghujung ramdhan ini aku sangat berharap dipertemukan dengan ramadhan akan datang, bersama sekeping hati yang sangat rindu akan nikmatnya hidup bertuhan. Semoga nikmat ramadhan tidak lagi disia-siakan.



Lima
Tahun ni juga raya dengan status berbeza, bukan lagi penerima duit raya..hehe. Sungguh aidilfitri akan terasa kering andainya Ramadhan tidak diisi dengan musim ibadah yang ranum. aidilfitri hari buat mereka yang beroleh kemenangan. Menyambutnya kerana adat dan kebiasaan tidak akan pernah sama dengan kerana ibadah dan ketaqwaan.Huhu



Enam
Udang masak sambal.

Kita diciptakan dengan sebaik-baik darjat. Makhluk Allah paling sempurna dengan amanah sebagai hamba, juga sebagai khalifah. Namun, bila kita lalai melaksanakan tugas sebagai hamba, kita akan kecundang melunaskan amanah sebagai khalifah.

Jika mahukan rakyat yang taat menjunjung titah, jadilah raja yang adil saksama memerintah. Jika zalim memikul amanah, jangan dipancung rakyat yang marah.

Jika mahukan penuntut berbudi mengenang jasa, jadilah guru berakhlak mulia. Jika guru mengira gaji dan harta semata, jangan kesal penuntut mu kelak perosak bangsa.

Jika mahukan isteri permaisuri syurga, tunaikanlah haknya jiwa dan raga. Jika isteri sekadar bibik percuma, engkau juga yang akan ditariknya ke neraka.

Jika mahukan anak yang soleh dan solehah. Anak yang boleh dijadikan harta, yang sentiasa mengirimkan doa, pemanjang amal sesudah mati. Sempurnakanlah hak mereka telebih dahulu. Berikan nama yang mulia, didiklah dirinya menjadi manusia berjiwa hamba pada Tuhannya, berhati khalifah kepada dunia. Doakanlah agar mereka tidak menjadi anak derhaka. Jika amanah sebagai ibu bapa tidak lunas sempurna, jangan disumpah dicerca jika anak-anak mengguriskan luka.
Tapi sayang, kita tidak selalunya di atas landasan yang tepat..Mujur yang Maha Penyayang sentiasa membukakan pintu taubat..jangan sesekali mebiarkan luka bernanah dendam, ia wajib dirawat..astaghfirulahhaazim...