Ramadhan kali ini berbeza. Hampir sepuluh tahun aku tidak menyambut awal ramadhan di rumah. Tahun ini dari 1 ramadhan hinggalah ke 1 syawal dilalui bersama keluarga tercinta. Tak perlu nak fikir petang-petang nak berbuka dekat mana, dengan siapa, lauk apa…sahur lagilah..berbeza sangat dengan sahur kat kampus dulu..sekarang tiap-tiap pagi mak kejut sahur dengan makanan yang dah terhidang, dulu, aku hanya sahur kalau aku rajin nak keluar beli makanan atau ada orang yang hantar makanan untuk bersahur lepas die balik kerja kat jusco..hehe..
Tapi ada satu yang menggamit rindu tentang Ramadan2 yang lalu. Tentang cahaya dan maknanya. Tentang pengisian dan rahmatnya. Tentang berkat, ibadat dan keampunan yang sangat luas didalamnya. Aku sangat rindu pada rasa kerdil ketika sujud dibawah atap langit setahun yang lalu. Juga pada himpunan jemaah di masjid Khalid almalik. Lalu penghujung ramdhan ini aku sangat berharap dipertemukan dengan ramadhan akan datang, bersama sekeping hati yang sangat rindu akan nikmatnya hidup bertuhan. Semoga nikmat ramadhan tidak lagi disia-siakan.
Lima
Tahun ni juga raya dengan status berbeza, bukan lagi penerima duit raya..hehe. Sungguh aidilfitri akan terasa kering andainya Ramadhan tidak diisi dengan musim ibadah yang ranum. aidilfitri hari buat mereka yang beroleh kemenangan. Menyambutnya kerana adat dan kebiasaan tidak akan pernah sama dengan kerana ibadah dan ketaqwaan.Huhu
Enam
Udang masak sambal.
Kita diciptakan dengan sebaik-baik darjat. Makhluk Allah paling sempurna dengan amanah sebagai hamba, juga sebagai khalifah. Namun, bila kita lalai melaksanakan tugas sebagai hamba, kita akan kecundang melunaskan amanah sebagai khalifah.
Jika mahukan rakyat yang taat menjunjung titah, jadilah raja yang adil saksama memerintah. Jika zalim memikul amanah, jangan dipancung rakyat yang marah.
Jika mahukan penuntut berbudi mengenang jasa, jadilah guru berakhlak mulia. Jika guru mengira gaji dan harta semata, jangan kesal penuntut mu kelak perosak bangsa.
Jika mahukan isteri permaisuri syurga, tunaikanlah haknya jiwa dan raga. Jika isteri sekadar bibik percuma, engkau juga yang akan ditariknya ke neraka.
Jika mahukan anak yang soleh dan solehah. Anak yang boleh dijadikan harta, yang sentiasa mengirimkan doa, pemanjang amal sesudah mati. Sempurnakanlah hak mereka telebih dahulu. Berikan nama yang mulia, didiklah dirinya menjadi manusia berjiwa hamba pada Tuhannya, berhati khalifah kepada dunia. Doakanlah agar mereka tidak menjadi anak derhaka. Jika amanah sebagai ibu bapa tidak lunas sempurna, jangan disumpah dicerca jika anak-anak mengguriskan luka.
Tapi sayang, kita tidak selalunya di atas landasan yang tepat..Mujur yang Maha Penyayang sentiasa membukakan pintu taubat..jangan sesekali mebiarkan luka bernanah dendam, ia wajib dirawat..astaghfirulahhaazim...
1 kata kamu:
udang masak sambal?
Post a Comment