Kamu bukan yang ternama
bukan yang mewah berharta
bukan sheikh agama
tidak juga berwajah idola..

kamu cukup, walau tidak sempurna
melengkapi aku setiap perkara
kamu ada apa yang insan lain tiada
kamu jawapan dari Tuhan ketika aku meminta..

kamu kini sudah terlalu istimewa
membawa senyum bukan untuk aku sahaja
malah untuk insan-insan yang aku cinta..

terima kasih kerana tidak berputus asa
terima kasih pengorbananmu yang sangat bermakna
terima kasih sayangmu yang tidak terhingga
terima kasih cintamu sangat berharga
akan aku balas dengan setia..

tidak terbendung rasa
dihatiku ada cinta
kamu yang pertama, satu selamanya
1. My sleep disorder haunt me again!. its stressful to be an uncostume batwoman cause i cannot fly.
2. School break!!! Nothing to do with me, at least for now.
3. Musim kenduri! Ngee. "Free Lunch"
4. People always say i have big eyes...but i dont think so, until i hv this sleeping problem..maybe my eyes are too big to be closed..hoho..
5. i dont have fbook account!
6. i feel like i want to eat cream puff; its remind me to aishah.
7. i write this post coz i cant sleep. its already 1.12 am and im not even feel sleepy.
Pertama, puji-pujian buat Tuhan Maha Agung, Maha Sempurna..Allah subhanawataala...
Kedua, sambutannya..
Aidil Adha tahun ni saya sambut dekat rumah dengan keluarga, kali terakhir saya sambut aidiladha bersama keluarga empat tahun yang lepas.
Hari Raya haji biasanya tidak meriah disini, sambutan dengan solat sunat hari raya dan upacara korban biasanya. Selebihnya, masa untuk berehat dan bercuti bersama keluarga (untuk yang bekerja..huhu)

Istimewa hari raya tahun ini, akhirnya aku berjaya jugak belajar sampai pandai buat sarung ketupat..:) yeah..dah pandai..hehe..


Ketiga, tentang maknanya..

Hari raya korban ini bukan keraian pesta-pesta. Bukan kegembiraan yang kosong tidak bermakna. Ia simbolik besar mengingatkan ketulusan hati seorang nabi, keluhuran jiwa seorang anak, kekuatan cinta seorang isteri dan yang paling penting keikhlasan iman seorang hamba yang mengabdi jiwanya semata-mata untuk Allah Maha Esa. Ketika nabi Ibrahim diperintahkan menyembelih anaknya, baginda akur tanda jiwanya, raganya, cintanya, dan segala-galanya yang dia ada adalah milik mutlak Tuhannya. Ketika Allah memerintahkan agar mengorbankan anaknya, Nabi Ibrahim akur. Begitu juga anaknya, Nabi Ismail. Dek kerana keikhlasan hati khalilullah Ibrahim alaihissalam dan anaknya, Allah memerintahkan agar Nabi Ismail digantikan dengan haiwan sembelihan.

"Maka ketika anaknya itu sampai (ke peringkat umur yang membolehkan dia) berusaha bersama-sama dengannya, Nabi Ibrahim berkata: Wahai anak kesayanganku! Sesungguhnya aku melihat dalam mimpiku bahawa aku akan menyembelihmu. Apakah pendapatmu? Anaknya menjawab:Wahai ayah, lakukanlah apa yang diperintahkan kepadamu. Insya ALLAH, ayah akan mendapati aku termasuk orang-orang yang sabar. Setelah kedua-duanya berserah bulat-bulat (menjunjung perintah ALLAH itu), Nabi Ibrahim merebahkan anaknya dengan meletakkan iringan mukanya di atas tompok tanah. (KAMI sifatkan Ibrahim dengan kesungguhan azamnya itu telah menjalankan perintah KAMI). Lantas KAMI menyerunya: Wahai Ibrahim! Engkau telah menyempurnakan maksud mimpi yang engkau lihat itu. Demikianlah sebenarnya KAMI membalas orang-orang yang berusaha mengerjakan kebaikan. Sesungguhnya perintah ini adalah satu ujian yang nyata dan KAMI tebus anaknya itu dengan seekor binatang sembelihan yang besar serta KAMI kekalkan baginya (nama yang harum) di kalangan orang-orang yang datang terkemudian." – Surah al-Soffaat: 101-108.
Bersempena dengan itu ketika menyambut hari raya korban, umat islam melakukan ibadah korban dan mengagihkan daging korban kepada golongan tertentu.

Kuncinya letak dihati, hanya hati yang lurus mencari keredhaan Allah, hanya hati yang tetap ikhlas keranaNya, punya jiwa besar sanggup berkorban apa sahaja demi syiar yang tercinta.

Persoalannya, apa yang pernah kita korbankan untuk agama? Atau sudah berapa kali kemuliaan agama kita dikorbankan untuk kepentingan dunia?
Empat, tentang harapan..

Seperti muslim yang lain, pasti saya juga punya impian untuk memenuhi rukun islam yang kelima itu. Ingin benar terpilih menjadi tetamu Allah, ingin benar datang menziarahi makam Rasulullah. Mudah-mudahan pintu itu Allah mudahkan.

Bukan itu sahaja, andai saya layu dalam perjuangan, gagal mencari jalan syahid menemui Tuhan, saya tidak mahu mati sia-sia, saya ingin mengakhiri hayat dibumi khatimul anbiya.



Hari ini keluar result penempatan untuk kawan-kawan yang luluas temuduga bulan Ogos lepas. Jadi hari ini ramai yang menghantar mesej memberitahu penempatan masing-masing. Tak kurang jugak yang bertanya saya, mungkin kerana tidak tahu.

Tahniah buat bakal-bakal cikgu yang akan melapor diri 22 November ini. Kalian terpilih untuk memikul amanah mendidik anak bangsa terlebih dahulu sebelum saya. Doakan saya juga menyusul jejak langkah kalian beberapa bulan lagi.

Seorang doktor boleh menyelamatkan seorang pesakit, tapi seorang cikgu boleh menyelamtkan sebuah bangsa.

Tahniah dan Selamat berjuang!
............................................................................................................................................................................
...........................................................................................................................................................................
...........................................................................................................................................................................
...........................................................................................................................................................................

...........................................................................................................................................................................
...........................................................................................................................................................................
...........................................................................................................................................................................
...........................................................................................................................................................................

..........................................................................................................................................................................
.........................................................................................................................................................................
.........................................................................................................................................................................
.........................................................................................................................................................................

p/s: .......................................................................................

Hari ini saya bad mood kerana satu mesej yang mengundang kemarahan. Lalu menjalarlah rasa marah itu pada setiap yang telah terkumpul selama ini.

Saya marah pada orang yang mengabaikan tanggungjawabnya, saya marah pada orang yang lepas tangan terhadap amanahnya, saya marah pada orang yang mementingkan diri sendiri, saya marah pada orang yang berat sebelah, saya marah pada orang yang berbangga dengan budinya, saya marah pada orang yang mengambil kesempatan atas kenaifan orang lain. Saya marah pada orang yang bercakap bukan main, tapi tak pernah tengok cermin. Saya marah pada orang yang berlagak hero dalam kebodohan orang lain, saya marah pada orang yang tidak tahu menghormati, tidak pandai menghargai, tidak bersyukur, tidak memahami.

Saya perlu untuk marah pada orang yang besar bercakap pasal adat pasal mati, tapi tidak pernah sujud pada Ilahi. Saya perlu untuk marah pada orang yang mengungkap kalimat ikhlas tapi tidak mentaati tempat keluar diri sendiri. Memang saya perlu dan saya patut untuk marah.

Tetapi saya tidak tahu macam mana hendak marah, setakat panassss dalam hati...tidak akan mengubah apa-apa. Huh.

Semalam dah selamat pergi temuduga. Khas untuk zai, nanti akak free akak cerita kat sini ye pasal temuduga tu. Akak siap catat lagi ape yang ditanya, supaya akak tak tertinggal satu pun untuk diceritakan kepada zai.Hehe.

Ultraman demam. Tapi, jaga dieorang demam lagi senang daripada jaga dieorang sihat. Wafi sangat suka makan ubat. Sangat2 suka. Dia tak demam pun dia boleh offer nak makan ubat adik dia. Hani sangat susah makan ubat. Sangat2 susah. Yang bestnya, bile dieorang demam, dieorang tak merengek-rengek, baring je golek-golek. Haha.

Berharap segalanya berjalan lancar. Dah tak larat nak meneruskan kerjaya sebagai petani luar biasa, menanam anggur di kawasan tropika. Memang takkan membuahkan hasil.Huhu.
Bismillahhirahmanirrahim.

Esok, 4hb November, saya akan menghadiri temuduga Guru Sandaran Terlatih Siswazah yang tertangguh hari tu.

Kawan-kawan yang lain dah dapat surat penempatan, saya baru nak pergi interview. Itu tak penting, yang penting, saya mahu lulus interview ini.

Doakan saya.
Padamkan lagi untuk mencari sesuatu yang lebih baik. insyaAllah..