Hari ini keluar result penempatan untuk kawan-kawan yang luluas temuduga bulan Ogos lepas. Jadi hari ini ramai yang menghantar mesej memberitahu penempatan masing-masing. Tak kurang jugak yang bertanya saya, mungkin kerana tidak tahu.

Tahniah buat bakal-bakal cikgu yang akan melapor diri 22 November ini. Kalian terpilih untuk memikul amanah mendidik anak bangsa terlebih dahulu sebelum saya. Doakan saya juga menyusul jejak langkah kalian beberapa bulan lagi.

Seorang doktor boleh menyelamatkan seorang pesakit, tapi seorang cikgu boleh menyelamtkan sebuah bangsa.

Tahniah dan Selamat berjuang!