Baru pulang dari mencari ketenangan. Meninggalkan sebentar bumi
Kambingku dimakan harimau
Sampai sahaja di bilik, baru terasa keletihannya. Selesai berbuka dan solat, aku terlelap dalam balutan telekung. Mengantuk sangat. Ketika jam 1 pagi aku tersedar oleh bunyi bising. Panik. Bunyi ketukan bertalu-talu yang sangat kuat entah dari mana.
Mahu pulang
Seminggu lagi aku akan terbang pulang. Lama pula rasanya menanti seminggu berlalu. Raya tahun ini, aku balik dengan duit sendiri. Masukkan duit dalam kad sendiri, pergi on line beli tiket sendiri, dan dapatkan no flight sendiri, tidak seperti selalu aku hanya menyua ic kepada pramugari sejam sebelum terbang kerana semua urusan tiket sudah diselesaikan. Aku pernah tidak balik hari raya, sekali dalam hidupku. Ketika di tahun satu. Aku tidak pasti juga mengapa tindakan sebegitu yang aku ambil ketika itu. Apa yang pasti, aku tidak akan mengulanginya lagi.
Hari raya memang tidak semeriah sewaktu kecil-kecil dulu. Walau pun tidak meriah, pulang dihari raya sangat bermakna, paling tidak pun buat ibu ayah tercinta. Setiap tahun dua tiga hari sebelum balik, mak sudah call hampir setiap hari. Cerita pasal langsir raya, baju raya, kuih raya dan segala persiapan tentang raya.
"langsir nanti, za gantung ye"
'baju raya nanti za seterika ye,"
"kuih raya, mak tak nak campur tangan tahun ni, za buat ye"
"nanti za sampai baru kemas rumah ye"
itulah ayat mak setiap tahun sejak kakak kahwin
Belum lagi pesanan dari adik, kak,
"adik nak baju raya, tudung raya dan kasut raya sama macam akak…"
"nanti kakak balik tolong bawak ni, tu, yang ni, yang tu.."
dan arahan paling seksa untuk diterima, "kak nanti kita jalan raye same-same ek…"
huhu, mustahillah aku nak jalan raye pusing kampung dengan budak-budak sembilan tahun..kak ros pun tak buat..
Selalunya keletihan tidak terhingga itu akan aku pamerkan dengan perasaan teruja menyambut raya. betapa lebar senyum seorang ibu, ketika baju yang dijahit aku puji setinggi gunung. Betapa suka perasaan ayah, ketika pelita yang dipacak menjadi tempat bermain bunga api. Ketika sibuk tanganya mengecat rumah, aku tanya dengan soalan-soalan pelbagai, teman ayah bersembang.
Kerana itu aku sentiasa mahu pulang berhari raya, bukan tentang bagaimana aku hendak bergembira, tapi tentang begaimana aku sedaya upaya
1 kata kamu:
Lama sudah tidak membaca tulisanmu yang boleh mengalirkan air mataku..rindu yang dahulu,sebab itu kurang sukakan perubahan kerana yang tinggal hanya kenangan..
Post a Comment