Lama dah tak menulis santai untuk sekadar bercerita. Asyik ralit berbicara bahasa bulan dan bintang, jangan terlupa hidup ini masih dalam kalangan insan. huhu.

Mataku
Kalau ikut jam dekat Imtinan ni, pukul 4.44 pagi. Masih gigih lagi mata ni tidak menunjukkan tanda-tanda mengantuk. Masalah tidur saya sudah kembali, sejak saya ganggu kesihatannya beberapa minggu lepas. Kerana itulah saya masih segar menghadap imtinan saat ini diwaktu orang lain sedang nyenyak diulit mimpi. huhu. Waktu tidur malam tidak boleh diganggu, kalau diganggu, parah! Langsung tidak mengantuk sejak pukul dua belas malam. Semalam pun sama. Pagi tadi saya cuba-cuba untuk tidur, yelah, mana boleh badan kecil saya ini bertahan jika tidak direhatkan. Alih-alih bangun tidur beberapa jam lepas itu, saya sakit kepala yang teramat sangat, sampai rasa hendak muntah. Ditambah lagi dengan cuaca panas di siang hari, betapa nikmatnya sakit kepala ini. Saya tidak pasti sakit kerana kurang tidur atau terlebih tidur atau salah waktu tidur. Yang pasti sangat menyakitkan, seperti hemisfera kiri otak saya ini digerudi!

Internet
Mujurlah sejak Imtinan kembali sihat dan berkhidmat ini, internet sedikit baik. Boleh juga saya isi masa saya dengan membaca bahan di ruang maya. Saya paling suka tulisan abusaif di blognya http://saifulislam.com/. saya suka bahasanya yang senang masuk di akal, lurus menerjah dihati. Jadi masa senggang yang ada saya layan artikel-artikel beliau yang terlepas sebelum ini. Mengisi akal, mengisi hati. Blog ini juga yang banyak memberi inspirasi untuk saya menarikan jemari.
Dalam masa yang sama, saya baca juga akhbar-akhbar untuk tahu berita semasa, tapi, saya baca tajuk utama sahaja. Entahla mengapa saya sangat malas dalam bab membaca akhbar kecuali kalau dipaksa.

Novel Cinta
Dan, hehe, apabila otak sedikit letih membaca bahan akal dan hati, saya cari bahan hibur. Cari punya cari, saya terjumpa laman web yang mengumpul koleksi novel-novel bersiri dan cerpen. Sungguh, ceritanya hanya untuk berhibur semata-mata. Huhu. Dulu saya juga kaki novel walau pun tak pernah membeli novel sepanjang hidup ini, tapi novel zaman saya sekolah dulu masih ada isi dan isu masyarakat, masih ada realiti dan hakikat. Tapi bahan bacaan yang saya jumpa ini, huh. Kisah cinta typical yang tak sudah-sudah. Heronya hensem berkulit cerah, anak datuk ada perniagaan besar, kegilaan ramai, pandai, pendek kata, cukup sempurna. Apakah seorang lelaki berkulit hitam menyara hidup di kilang tidak punya hati dan perasaan, tidak punya cinta agung yang hendak dibuktikan. Atau seoarang lelaki tua yang hidup dibendang, tidak bernafas dalam lautan cinta yang membawa usianya mengecap erti bahagia. Adakah cinta milik yang kacak dan yang jelita sahaja? Kerana itulah saya berhenti membaca novel, muak dengan kisah yang sama. Badai cinta kemudian bahagia selamanya seperti kisah cinderella. Oopps...saya tidak kata semua novel ya, cuma teremosi dengan ruangan novel yang saya jumpa ini...semua cerita yang saya pick secara random..sama!
Walau pun begitu ia sangat digemari, ramai yang berkunjung dan membaca. Tambah-tambah lagi secara percuma. Kadang-kadang saya terfikir juga, kalau inilah bahan bacaan kegemaran masyarakat kita, apa isi yang boleh disemat dijiwa seusai membaca? paling saya risau, bila bahan bacaan ini pilihan wajib anak-anak didik yang baru mengenal dunia. Tidak hairanlah kalau kita dengar masalah berdua-duaan berleluasa disekolah, kerana mereka sangat teruja untuk bercinta. Ya, sekadar bercinta pada asalnya. Namun, masakan syaitan melepas peluang untuk mengajar mereka lebih dari bercinta yang diajar oleh novel cinta. Baru-baru ini, sekolah rumet saya, kes seorang pelajar tingkatan dua, mengandung untuk kali kedua, setelah kandungan pertama digugurkan tahun lepas. Dengan rakan seusia di sekolah yang sama, bukan sekolah bandar. Masakan hati seorang guru boleh tenang jika begini generasi yang hendak didepani.
Bukan saya tidak suka novel cinta. Tidak juga saya menyalahkannya. Saya juga banyak belajar daripadanya apa yang tidak berpeluang saya pelajari di dalam kelas. Mungkin belajar sedikit tentang lelaki atau sedikit tentang kehidupan, kesungguhan, keindahan atau tentang cinta itu sendiri. Saya khatam Lagenda Budak Setan, Hikayat Cinderella yang lebih tebal dari kamus, Kisah Kasih, Ombak Rindu, dan banyak lagi (biasalah dok kat asrama). Cuma apa yang saya temukan dalam laman tersebut merisaukan saya. Terlalu ralit kisah cintanya, terkadang over tak padan usia.

Ada banyak perkara yang menerobos masuk kedalam akal kita tanpa kita sedari. Paling gusar jika ia menjadi satu kepercayaan tanpa pertimbangan. Atau menjadi suatu kehendak yang diimpikan ketika kita tidak sedar ia baik atau pun bukan. Mungkin bergelar seorang dewasa kita masih boleh membuat penilaian. Tapi bagaimana anak-anak sekolah yang masih belum kenal yang mana keseronokan yang menghancurkan dan yang mana kesusahan untuk masa hadapan. Bantulah saya mendidik anak bangsa.


8 kata kamu:

Saya mahu kurus said...

belum jadi cikgu dah membebel. kalau jadi cikgu mahu berdarah telinga budak2..ishh

Zakia Setu said...

suke ati la..bkn membebel kat bob pun..klu x ske, xyah bace, xdela berdarah mata tu baca...ish

aini said...

Bab novel tu setuju, macam dah cliche je storyline. Tapi tajuk hebat bagai. hihi.

Hawa said...

Gud luck exam..(^^,)

Zakia Setu said...

huhu..tq2. one last paper..

sufa said...

tu la..nk try suh budak2 rjn membaca..tp ssh gak nk kna ajar lak bhn bacaan apa yg budak2 leh bc..pas2 kna ckp lg apa yg leh ikt apa yg xleh ikt drp apa yg dibaca..ntah la..ssh ati gak..

kawanz said...

baca manga ja ba...

Zakia Setu said...

huhu..sukati jak nk nyuruh ank murid kmk baca manga..