Segala yang Allah ciptakan sentiasa berpasang-pasangan. Malam dan siang, hujan dan panas, hitam dan putih, mula dan akhir, pertemuan dan perpisahan...
Kawan-kawan satu batch dah balik rumah masing-masing. Sudah tamat bergelar pelajar, memulakan kehidupan baru. Ada yang sibuk mencari kerja sementara, meluangkan masa untuk keluarga, macam-macam perancangan dan agenda, termasuklah yang sedang sibuk menguruskan majlis perkahwinan yang hampir tiba. Dan aku...?Masih melakar kenangan di bumi Minden. Menghabiskan segala perkara sebelum pulang ke pangkuan keluarga. Dan disaat sendiri begini, rasa rindu bermaharajalela menyeksa hati. Huh.
Rindu pada senyum anak didik. Rindu pada keletah mereka yang tidak terlayan. Rindu hendak memberi pesan. Rindu mahu bersalaman. Rindu.
Rindu juga pada rakan-rakan seperjuangan. Menjalani rutin seorang cikgu praktikal. Rindu pada kantin, kelas,makmal. rindu pada zikir dari Surau alMuttaqin. uhh..rindu sangat.
Rindu juga pada orang yang jauh. Yang tiada dipandangan mata.
1 kata kamu:
rindu jugak
Post a Comment