Rumah sewa baru..kampung hulu, Sri aman, maka selamatlah saya menjadi seorang guru di SMK Simanggang, Sri Aman, seperti yang diidam-idamkan selama ini.

Ultraman

Hari mendaftar ke taklimat Guru Sandaran siswazah Terlatih saya bangun seperti biasa. Pendaftaran pada pukul 2 petang di Merdeka Palace Hotel & Suites. Pagi itu, seperti tahu, wafi minta dimandikan. Biasanya setiap pagi urusan mengemas dan menghantar putera ke sekolah akan dilakukan oleh maknek dan paknek. Tapi pagi itu wafi minta saya yang lakukan semua. Terpaksalah saya dukung dia masuk ke bilik air, mandikan, pakaikan pakaian sekolah dan hantar ke pintu kelas. Berkali-kali wafi salam dan cium ngah kecik. Dia tahu saya hendak pergi kerja ke tempat jauh kerana semalam saya sudah sembang dengannya. “Abang,esok ngah pegi keja jauh, abang tinggal kat rumah k.” “tak boleh”. “bolehla, ngah pegi keja kumpul duit banyak-banyak, nanti ngah bawak abang naik belon, nak?” “boleh”…senangkan sembang dengan budak-budak..hahaha..tapi saya tahu, wafi sayangkan saya dan ngah besarnya.

Tengahari itu wafi balik sekolah dan tidur seorang diri, biasanya sayalah yang akan buatkan momom dan wafi akan minta saya tidur bersamanya. Malam itu, mak saya tanya, “abang tau tak ngah kecik pegi mana?”. “tau, ngah kecik pegi keja kumpul duit banyak-banyak nanti nak bawak abang pegi jalan-jalan, macam ngah besar selalu buat”…memang wafi takpernah lupa pada janjinya.

Petang selepas tahu dimana saya akan ditempatkn untuk berkhidmat sebagai guru, mak ayah hantarkan barang-barang keperluan untuk dibawa bersama. Wafi ada bersama,saya salam dan cium pipi mak ayah, adik , kakak, dan hani. Bila sampai giiliran wafi, dia peluk saya kuat-kuat, dia taknak lepaskan saya. Pelukannya bukan pelukan biasa, tapi dia tidak mahu saya pergi jauh dari sisinya. Mujur dia budak kecik yang mudah dipujuk. Hotel tersebut pula terletak dihadapan padang merdeka yang sangat luas. Bila maknya ajak wafi main lari-lari ketengah padang baru dia mahu lepaskan pelukannya.

Wafi anak kecil yang sudah punya rasa. Pernah suatu malam ketika saya dodoikan dia tidur, saya berbual dengannya, “abang sayang ngah?” “sayang” “ok..jom tido.abang sayang ngah, ngah sayang abang” “tapi nape hari tu ngah tinggalkan abang” terkejut saya dengan soalan anak kecil berusia 4 tahun 5 bulan ini. “bila?” saya buat-buat lupa walau pun saya memang tahu saya selalu tinggalkan dia. “hari tu, waktu nak hantar ngah besa” “ohh..mase tu ngah besa takde kawan nak balik, jadi ngah hantarla, kesian ngah besa sorang-sorang” …“abang nak ikut ngah hantar ngah besar” ada sebak dalam nadanya, ada air jernih bergenang tidak mengalir dikolam matanya. Ketika itu saya sedar anak kecil ini sudah punya perasaan dan ia perlu dijaga dan dididik sebaiknya. Saya peluk dia hingga dia lena dalam dakapan saya.

Saya sayangkan wafi, bukan sekadar kerana kecomelannya, tapi kerana keakraban rasa, kerana ketinggian EQnya, kerana dia anak saudara saya.semoga dia membesar dengan didikan yang sempurana dan menjadi insan yang berguna, Berjaya,berjasa.

3 kata kamu:

kawanz said...

sedih la plak baca. anyway, tahniah cikgu. selamat memulakan tugas sebagai seorang pendidik...

Anonymous said...

ni gambar dorg dengan ngah besar ek akak??hihi..:)
-fathen-

Amri said...

Zakia, baca entri saya yang ini http://pagihari.solarstreak.com/2011/02/stpm/