Saya bukan penulis blog yang tegar. Sering saya tinggalkan laman ini sunyi sepi tanpa irama hati. Sering juga saya jadikan alasan kesibukan dek timbunan kerja. Ah, alas an! Orang lain juga berkerja.

Sudah hampir dua bulan saya nikmati kehidupan bergelar guru. Sepanjang tempoh itu juga plot kehidupan terasa lebih laju daripada selalu. Tapi, kes hysteria sekolah saya masih tidak ada penawar, malah semakin marak merebak. Saya buntu, amaran apakah yang ingin Allah tunjukkan. Tugas semakin rencam. Saya kurang kisah pada kepenatan, saya kurang endah pada kemarahan. Itu semua boleh hilang dibuai kehidupan. Saya takut pada nilai sebuah keikhlasan. Takut setiap letih dan penat hilang tidak dikira dalam amalan dek bukan dilakukan dengan hati yang ikhlas kerana Tuhan.

Banyak perkara yang sesak dalam kepala saya. Tentang hidup yang belum stabil. Tentang tanggungjawab, amanah dan janji. Tentang segala sesuatu yang saya perlu belajar menyimpannya dalam hati sendiri.

Saya punya teman bernama air mata. Teman sinonim paling akrab menemani saya. Tapi, akhir-akhir ini, teman itu seperti menjauhi. Saya risau andai hati menjadi keras tidak punya rasa. Saya lebih rela jengkel dimata manusia yang benci melihat airmata saya, daripada hidup dengan sekeping hati busuk yang tidak punya rasa. Kembalilah wahai teman.

Handphone kesayangan saya hilang setelah empat tahun ia berjasa. Hilang sehari sebelum majlis pertunangan saya. Saya hilang kesemua contact. Tiada satu pun yang tertinggal. Sedih saya mengenangkan gambar-gambar kenangan yang banyak tersimpan didalamnya. Rakaman suara debat, suara ultraman mase die umur dua tahun, suara faten nyanyi pun ada. Mesej-mesej abang yang saya tidak mahu buang. Malah nota-nota peribadi, tarikh lahir teman-teman rapat semuanya hilang..

Tapi kamu tidak akan hilang dari hatiku. :)



7 kata kamu:

Anonymous said...

akak masih simpan suara saya masa kita tengok bulan kat stadium tu??terharu..huhu..suara akak pun masih ada kat hp saya..nyanyi lagu bulan..hehe..takpe, ala hikmahnye tu kan kak..semoga dipermudahkan segala urusan dunia dan akhirat-aten

Zakia Setu said...

tapi dah hilang la aten..huhu..

Diyana said...

kak za..lama d xcontact ngan akak kan..tahniah kak za..kak za masih gunano yg sama?

Zakia Setu said...

aah di..

Anonymous said...

zakia,tahniah..slmat berkekalaninsyaAllah.amin....(amalina-RM)

Zakia Setu said...

thanks amalina..masih setia baca blog saya. :)

Anonymous said...

tcer tunang xgtaw..:))
slamat btunang wpon da lmbat..
-aainaa ayuni smkab-