Saya bukan penulis blog yang tegar. Sering saya tinggalkan laman ini sunyi sepi tanpa irama hati. Sering juga saya jadikan alasan kesibukan dek timbunan kerja. Ah, alas an! Orang lain juga berkerja.

Sudah hampir dua bulan saya nikmati kehidupan bergelar guru. Sepanjang tempoh itu juga plot kehidupan terasa lebih laju daripada selalu. Tapi, kes hysteria sekolah saya masih tidak ada penawar, malah semakin marak merebak. Saya buntu, amaran apakah yang ingin Allah tunjukkan. Tugas semakin rencam. Saya kurang kisah pada kepenatan, saya kurang endah pada kemarahan. Itu semua boleh hilang dibuai kehidupan. Saya takut pada nilai sebuah keikhlasan. Takut setiap letih dan penat hilang tidak dikira dalam amalan dek bukan dilakukan dengan hati yang ikhlas kerana Tuhan.

Banyak perkara yang sesak dalam kepala saya. Tentang hidup yang belum stabil. Tentang tanggungjawab, amanah dan janji. Tentang segala sesuatu yang saya perlu belajar menyimpannya dalam hati sendiri.

Saya punya teman bernama air mata. Teman sinonim paling akrab menemani saya. Tapi, akhir-akhir ini, teman itu seperti menjauhi. Saya risau andai hati menjadi keras tidak punya rasa. Saya lebih rela jengkel dimata manusia yang benci melihat airmata saya, daripada hidup dengan sekeping hati busuk yang tidak punya rasa. Kembalilah wahai teman.

Handphone kesayangan saya hilang setelah empat tahun ia berjasa. Hilang sehari sebelum majlis pertunangan saya. Saya hilang kesemua contact. Tiada satu pun yang tertinggal. Sedih saya mengenangkan gambar-gambar kenangan yang banyak tersimpan didalamnya. Rakaman suara debat, suara ultraman mase die umur dua tahun, suara faten nyanyi pun ada. Mesej-mesej abang yang saya tidak mahu buang. Malah nota-nota peribadi, tarikh lahir teman-teman rapat semuanya hilang..

Tapi kamu tidak akan hilang dari hatiku. :)



Saya on laptop, biarkan sesuatu menjadi halwa telinga disaat hening tiba.
Saya pilih lagu ini membuai-buai rasa. Sangat berharap meodinya meniupkan angin tabah ke dalam jiwa saya.

Jalan Bahagia(Hijjaz)
Bukan intan permata
Bukan paras rupa
Pandangan Tuhan pada manusia
Beriman dan bertaqwa berakhlak mulia
Disisi Tuhan itu yang utama
Siapa yang berbakti dengan ketabahan
Sabar menempuh ketentuan Tuhan
Baginya syafaat dunia akhirat
Kurnia Tuhan tidak terkira

Didalam menjalani hidup didunia
Tiada lepas dari pancaroba
Kita yang diciptakan dengan kelemahan
Perlukan petunjuk panduan Tuhan
Tiada yang kuasa melainkan Dia
Mentakdir menentukan segalanya
Supaya selamat dunia akhirat
Tekun pada amal ibadah

Oh.. Tuhan yang Esa
Pada-Mu kami panjatkan doa
Moga dipeliharakan ditetapkan iman
Dunia ini penuh cabaran
Oh Tuhan yang Esa
Untuk-Mu kami tempuh segala
Pandanglah dengan rahmat-Mu
Pandangan kasih-Mu
Pimpinlah kami jalan bahagia
Selamanya

Ya Tuhan..aku mohon kekuatan..

Warna awan yang kelabu

Begitu warna hatiku

Mencari pelangi senja

Warna indah bahagia

Masih adakah titisan

Rintis hujan kebahgian

Atau ribut taufan kegilaan

Begitu rela hatiku

Menempuh sisa hidupku

Melempar angan impian

Mimpi tak berkesudahan

Hidup di alam yang nyata

Penuh sendu duka lara

Mengharap belas kasihan

Dari Tuhan.

Ingin ku tinggalkan dunia

Mencari rasa yang tenang

Namun apakan daya

Bekal amal tak mengizinkan

Oh Tuhan, hulurkanlan keampunan untukku

Biar apa jua keadaan
Onak apa pun melanda kehidupan
Sakit perit pedih luka kecewa
Hampa derita atau apa jua
Namakan sahaja

Kosong hilang sunyi sepi
Sendiri lara merana
Sengsara gundah gulana
Patah hati patah rasa
Patah tulang putih mata

Remuk hati hancur sukma
Lemah bak mayat bernyawa
Ngilu sakit kalbu cedera
Merah darah mengalir bersama
Derita jasad atau nyawa
jiwa atau raga

Aku terima rela
dengan hati terbuka
asalkan jangan sesekali halang aku
menangis menitiskan air mata
kerana aku yakin padaTuhan
yang tidak akan menzalimi hambaNya.

Cikgu oh Cikgu..

Sekarang saya seorang cikgu yang bertugas di SMK Simanggang, Sri Aman. Lebih kurang 3 jam dari rumah saya. Jadi saya menyewa disini, di Kampung Hulu, dekat sangat dengan sekolah, sepuluh minit naik motosikal dengan kelajuan 40km/jam. Minyak motor yang abang isi 2 minggu lepas pun masih ada..jimat…jimat.

Hari Pertama

Hari pertama mendaftar, saya macam kena interview balik dengan pengetua. Macam-macam teori die tanye, dahla bertahun-tahun tak membelek teori-teori tu. Tanya teori Piaget, Pavlov, Skinner, Brunner. Taxanomi Bloom, teori kognitif, psikomotor…ya Allah, penat saya mengorek memori..dah lupa semua tu..Dekat sejam saya kena ceramah pasal pencapaian sekolah, misi, visi, dan macam-macam lagilah..seriau saya membayangkan bagaimana lah agaknya tugas-tugas saya nanti. Terngiang-ngiang panggilan kawan-kawan yang mengadu dibuli ketika mula mendaftar diri. Ada yang baru masuk dah jadi ketua panitia, guru penasihat segala macam aktiviti, setiausaha sana, setiausaha sini…jadi warden, jadi guru disiplin, ketua rumah sukan..macam-macam..entah nasib saya macam mana…

Rupa-rupanya

Sekolah agak menyenangkan, boleh balik awal. Paling lambat balik pukul 1.40 petang. Saya ajar Sains tingkatan satu. Okla…takde nak pecah-pecah kepala pasal content. Belum lagi kena buli untuk apa-apa tugas atau pun jawatan yang pelik-pelik. Even masa hari sukan, saya datang jumpa cikgu sukan untuk mintak rumah sukan, cikgu tu dengn baik hati jawab, tak payahla, tunggu tahun depan sebab semua kerja dah siap..haha..senangnya hidup..tapi tak best jugak sebab tak dapat nak menyorak sakan menyokong anak murid berlari. Hari sukan kerja saya hanya duduk depan microfon dan jadi mc..pucuk dicita ulam mendatang..

Ko-kurikulum pulak, saya rasa nak nyanyi lagu ni khas untuk abang; “oh kekanda jangan iri hati dinda masuk debat lagi” hehe..memang bestla..walapun pasukan sekolah saya super tak hebat, yang penting saya boleh berdebat..tapi, nak dijadikan perencah hidup, penat saya menyorok identity bahawa saya ini bekas ahli kelanasiswa, saya mintak jadi cikgu penasihat puteri Islam, kantoi jugak..huhu..masihlah saya ni meneruskan sumpahan, “once a scout, always a scout”.

Kelas FG dan GD

Saya ajar 4 kelas tingkatan 1 untuk subjek sains. 2 kelas paling belakang, 2 kelas ditengah-tengah. Kelas belakang ni, saya kena menjerit setiap sepuluh minit. Ada sahaja kerja yang dibuat, memang tak pernah duduk diam. Speaking tak paham, cakap melayu pun tak faham. Memang macam jaga budak-budak sekolah rendah. Ajar pagi, tengahari dah lupa. Bagi tau hari ni, esok jangan harap boleh jawab. First experiment dah pecah tabung uji dan tabung didih. Lepas ni tak taulah macam mana nak buat experiment lagi.

Kelas DR

Kelas ni pulak, tak berapa nak lembap, faham jugaklah apa yang saya cakap, tapi masalah nya, kelas ramai dan sangat suka bercakap. Kepoh tak tentu pasal. Penyibuk. Kelas lain yang hysteria, kelas nila yang paling kecoh. Huhu..memang selalu kena marah dengan saya.

Kelas CL

Ni lah kira kelas yang paling pandai yang saya ajar. Tapi masalahnya kelas ni banyak hantu. Tiap-tiap hari ada hysteria. Memang saya rasa bengang. Bila saya masuk kelas saya marah, saya cakap awak tak malu ke terjerit-jerit. Ala-ala saya tak percaya dieorang betul-betul hysteria. Hehe..sekali kena batang hidung saya. Sedang saya syok mengajar kat depan kelas, dalam makmal, tiba-tiba sorang budak jatuh pengsan. Nak angkat punyalah berat. Tapi saya cuba jugak sebab kalau boleh saya taknak budak lelaki yang pegang. Dah lah badan saya kecik, budak tu pulak berat sangat-sangat. Saya tak kira, saya taknak jugak budak lelaki pegang. Tengah saya berusaha, tiba-tiba seorang lagi mengamuk. Saya lepas je budak pengsan tu, saya suruh je budak lelaki angkat bawak pegi klinik, saya panggil pembantu makmal kemudian saya pergi tangkap budak mengamuk tu. Huhuhuhuhuhuhu….nasib baik saya ni makcik ultraman, selalu diberikan latihan menangkap ultraman mengamuk. Saya takut budak tu cederakan orang lain, saya lawan je die sampai pak cik muti datang, baca ayat, tepuk belakang die, dan budak tu jatuh pengsan jugak….penaaaaaatttttttttt.

Hari ni, mengamuk lagi budak tiga orang kat dalam kelas tu, masa saya mengajar jugak. Kesian tengok budak-budak tu menjerit-jerit mintak dilepaskan, menahan sakit. Hari ni, ‘bende tu’ duduk kat atas kaki dieorang. Lagi kesian tengok budak lain yang ketakutan dan tak boleh nak belajar..ini pembulian yang terkena ke atas saya…hukhuk…adui, apalah nasib saya ni, selalu kena handle budak hysteria, dari zaman sekolah sampai zaman mengajar…

dan..

Saya saja coret kisah ini disini. Memang ini kisah biasa-biasa apabila seorang cikgu baru masuk mengajar, tapi saya hendak baca kisah ini bila tahun beranjak, biar ia kekal sebagai kenangan, pasti masa itu saya akan tersenyum sendiri...

Rumah sewa baru..kampung hulu, Sri aman, maka selamatlah saya menjadi seorang guru di SMK Simanggang, Sri Aman, seperti yang diidam-idamkan selama ini.

Ultraman

Hari mendaftar ke taklimat Guru Sandaran siswazah Terlatih saya bangun seperti biasa. Pendaftaran pada pukul 2 petang di Merdeka Palace Hotel & Suites. Pagi itu, seperti tahu, wafi minta dimandikan. Biasanya setiap pagi urusan mengemas dan menghantar putera ke sekolah akan dilakukan oleh maknek dan paknek. Tapi pagi itu wafi minta saya yang lakukan semua. Terpaksalah saya dukung dia masuk ke bilik air, mandikan, pakaikan pakaian sekolah dan hantar ke pintu kelas. Berkali-kali wafi salam dan cium ngah kecik. Dia tahu saya hendak pergi kerja ke tempat jauh kerana semalam saya sudah sembang dengannya. “Abang,esok ngah pegi keja jauh, abang tinggal kat rumah k.” “tak boleh”. “bolehla, ngah pegi keja kumpul duit banyak-banyak, nanti ngah bawak abang naik belon, nak?” “boleh”…senangkan sembang dengan budak-budak..hahaha..tapi saya tahu, wafi sayangkan saya dan ngah besarnya.

Tengahari itu wafi balik sekolah dan tidur seorang diri, biasanya sayalah yang akan buatkan momom dan wafi akan minta saya tidur bersamanya. Malam itu, mak saya tanya, “abang tau tak ngah kecik pegi mana?”. “tau, ngah kecik pegi keja kumpul duit banyak-banyak nanti nak bawak abang pegi jalan-jalan, macam ngah besar selalu buat”…memang wafi takpernah lupa pada janjinya.

Petang selepas tahu dimana saya akan ditempatkn untuk berkhidmat sebagai guru, mak ayah hantarkan barang-barang keperluan untuk dibawa bersama. Wafi ada bersama,saya salam dan cium pipi mak ayah, adik , kakak, dan hani. Bila sampai giiliran wafi, dia peluk saya kuat-kuat, dia taknak lepaskan saya. Pelukannya bukan pelukan biasa, tapi dia tidak mahu saya pergi jauh dari sisinya. Mujur dia budak kecik yang mudah dipujuk. Hotel tersebut pula terletak dihadapan padang merdeka yang sangat luas. Bila maknya ajak wafi main lari-lari ketengah padang baru dia mahu lepaskan pelukannya.

Wafi anak kecil yang sudah punya rasa. Pernah suatu malam ketika saya dodoikan dia tidur, saya berbual dengannya, “abang sayang ngah?” “sayang” “ok..jom tido.abang sayang ngah, ngah sayang abang” “tapi nape hari tu ngah tinggalkan abang” terkejut saya dengan soalan anak kecil berusia 4 tahun 5 bulan ini. “bila?” saya buat-buat lupa walau pun saya memang tahu saya selalu tinggalkan dia. “hari tu, waktu nak hantar ngah besa” “ohh..mase tu ngah besa takde kawan nak balik, jadi ngah hantarla, kesian ngah besa sorang-sorang” …“abang nak ikut ngah hantar ngah besar” ada sebak dalam nadanya, ada air jernih bergenang tidak mengalir dikolam matanya. Ketika itu saya sedar anak kecil ini sudah punya perasaan dan ia perlu dijaga dan dididik sebaiknya. Saya peluk dia hingga dia lena dalam dakapan saya.

Saya sayangkan wafi, bukan sekadar kerana kecomelannya, tapi kerana keakraban rasa, kerana ketinggian EQnya, kerana dia anak saudara saya.semoga dia membesar dengan didikan yang sempurana dan menjadi insan yang berguna, Berjaya,berjasa.

Sangat lama tak mncoret apa-apa disini. Sebab utamanya kerana broadband kena block..hehe. sebab kedua, sangat sibuk melayan ultraman, makcik ultraman dan ngah beca ultraman sepanjang cuti tahun baru cina. Sangat sukeeeeee…

Banyak cerita tidak sempat untuk disemadikan disini. Tentang betapa tensionnya menunggu keputusan posting yang tak keluar-keluar. Dah nak habis bulan satu tapi keputusan pun belum keluar apatah lagi nak memulakan kerjaya, sehingga suatu hari saya dapat pesanan ringkas dari MARA untuk hadir temuduga sebagai pegawai pendidik di MRSM. Pening hendak pergi atau tidak. Nasib baik dua hari selepas itu akhirnya keputusan penempatan guru KPM keluar. Nak dijadikan cerita dapat pulak panggilan dari PPD untuk jadi cikgu ganti. Huhu. Sebulan dok melangok kat rumah tak buat pape, takde plak nak suh jadi cikgu ganti.

Esok nak daftar diri kat Merdeka Palace untuk taklimat dua hari. Khamis nantibaru tahu saya akan menabur bakti disekolah mana. Takut sebenarnya. Takut kena hantar ke sekolah yang jauh, bukan takut susah untuk saya sahaja tapi susah untuk banyak pihak.

Sangat gembira sebab sekarang dah boleh panggil saya CIKGU ZAKIA..syukur alhamdulillah