Petang tadi, saya menyaksikan lagi seorang gadis kesedihan. Menangisi kisah kasihnya yang tidak kesampaian. Saya tidak tahu hujung pangkal cerita, tapi saya tahu dia sedang terluka. Berderai airmatanya sambil mengadu kepada temannya. Kebetulan saya sedang sibuk menyiapkan apa-apa yang perlu untuk mengajar esok. Saya biarkan saja mereka bersembang dalam loghat yang kurang saya faham. Lagi pun, soal cinta, saya bukan pakar. Sengaja saya buat-buat sibuk, menghadap Imtinan. Tapi, kalaulah saya punya kesempatan untuk memberitahunya sesuatu, saya akan katakan, “Mengapa membazir airmata untuk sesuatu yang sia-sia. Kasih sudah berakhir biarkan saja. Hidup mesti diteruskan, mengapa dikenang kelukaan dan keperitan yang terlukis semalam sedangkan masa hadapan menghamparkan kebahagian yang perlu untuk dikejar.” Haha..itu kata-kata saya yang tidak pernah bercinta dan tidak pernah terluka dek cinta. Amat mudah kata-kata saya itu ditempelak dengan sebaris ayat, “awak mana tahu..”
Yup, saya memang tak tahu, tak pernah tahu, belum tahu. Hanya satu yang saya tahu dan selalu saya diberitahu tentang ini... “Perempuan-perempuan yang jahat, untuk lelaki-lelaki yang jahat, dan lelaki-lelaki yang jahat untuk perempuan-perempuan yang jahat. Sedang perempuan-perempuan yang baik untuk lelaki-lelaki yang baik dan lelaki-lelaki yang baik untuk perempuan-perempuan yang baik pula.” Surah An-Nur, ayat 26. Siapa yang berani menempelak kata-kata Yang Maha Tahu…
Dihujung tangis dan rintih gadis itu yang sedang mengadu, bertukar menjadi cerita kemarahannya kepada lelaki itu yang curang. Itukah cinta? manis hanya bila bersama? Bila hilang, dendam menggantikan kasih sayang? Luka yang lebih dikenang? Itulah bila cinta ditafsirkan sebagai kuasa untuk memilik insane lain.
Dahlah, saya bukan yang arif untuk bercerita tentang cinta. Cuma kali ini terpanggil kerana saya tidak suka melihat orang terluka kerana cinta. Cinta bukan melukakan, tapi cinta itu kebahagian jika tepat dengan peraturan Tuhan. Konsep saya mudah, sayangi sesiapa sahaja yang datang dalam hidup kita seadanya. Hargai setiap insan yang ada dikiri dan kanan seperti mana kita mahu dihargai. Tapi ingat, mereka milik Tuhan, maka mereka akan pergi bila-bila masa tanpa kita duga. Pergi kerana ajal, atau jarak yang memisahkan atau cerita yang sudah tamat. Cinta saya? InsyaAllah, tiba masanya akan tiba jua. Saya manusia juga, tidak menolak cinta. Cuma harapnya agar cinta itu datang dalam rupa yang mulia. Bersendikan adat, bertiangkan agama. Terangkat martabatnya oleh akad dan mahar. Doakanlah ya cinta yang mulia untuk kita semua...
Baru balik dari UPM dua hari lepas.
Baru habiskan assignment biostatistic...
Lega sikit

Semester dah semakin hujung
Hmmm..terlalu banyak yang hendak dicurahkan

Irama yang menemani aku

“Apakah yang dikejar dalam hidupmu
Berkali ku kata padamu
Kita singgah di dunia yang sementara
Penuh tipu daya...” Kian-Mawi

“Andai ku tahu, kapan tiba masaku
Ku akan memohon, Tuhan jangan Kau ambil nyawaku
Aku takut akan semua dosa-dosaku
Aku takut dosa yang terus membayangiku...” Andai Ku Tahu-Ungu

“Perjalanan rohku melengkapi sebuah kembara
Singgah dirahim bonda sebalum melangkah ke dunia
Menanti di barzakh sebelum merangkak ke mahsyar
Diperhitung amalan penentu syurga atau sebaliknya....” Menanti di Barzakh- Far East

“....beralun zikir menutur kasih pada umat dan akhirat.
Dan tibalah waktu ajal bertamu,
Penuh ketenangan jiwamu berlalu
Linangan air mata syahdu iringi pemergianmu
Oh sukarnya untuk umat menerima
Bahkan payah untuk umar mempercaya
Tetapi iman merelakan jua bahawa manusia kan mati akhirnya…
Rasullulah kau tinggalkan kami warisan yang abadi
Dan bersaksilah sesungguhnya kami merinduimu…” Pemergianmu-Inteam

“ perjuangan itu, gerun dan mengerikan
Hebat dan dahsyat menggerunkan hati
Bagi mukmin disini harga dan nilainya...
Perjuang itu bagai sampan dilautan
Diatas, langit tiada perlindungan
Dibawah, air melambung dan menggulung
Menongkah gelombang yang datang melanda…” Perjuangan-Saff One

“..ombak yang menderu dedaun berterbangan tekadang mengkhayalkan diriku
Terlupa aku pada pencipta yang Esa, yang sentiasa melihat diriku
Dimana, dimana kuberada?
Dimana, dimanakah diriku?
Adakah di jalan lurus atau dijalan yang berliku
Oh Tuhan tunjukkan ku jalan kebenaran
Ku tahu jalan bahagia penuh onak jua cabaran
Oh Tuhan berikan kekuatn padaku..” Rayuan Nurani- Hijjaz

“..Sesungguhnya walau kukutip semua permata di dasar lautan
Sesungguhnya walau kusiram dengan air hujan dari tujuh langitMu
Namun cinta masih tak hadir, namun rindu belum berbunga.
Jika tidak mengharap rahmatMu, jika tidak menagih simpati padaMu yaAllah
Tuhan, hadiahkanlah kasihMu kepadaku, Tuhan kurniakanlah rinduku kepadaMu
Moga ku tahu, syukurku adalah milikMu..”

“Sesungguhnya bukan mata itu yang buta, yang buta adalah hati yang ada didalam dada” Al-Hajj, 46

“Ketahuilah bahawa di dalam jasad manusia ada seketul daging. Jika ia baik maka baik pula seluruh jasadnya, dan jika ia rosak maka rosak pla seluruh jasadnya. Ketahuilah segumpal daging itu adalah hati” Hadith riwayat Bukhari dan Muslim.

Cerita tak tercurah...
Saya selalu tenggelam dalam kerinduan. Ubat kerinduan adalah pertemuan. Saat ini saya sedang rindu pada setiap ahli keluarga yang jauh diseberang sana. Pagi tadi sewaktu dalam perjalanan ke tempat kajian lapangan, saya jawab panggilan dari emak. Emak kata kakak dan anak-anaknya baru lepas kemalangan, lagi. Nasib baik tiada sebarang kecederaan. Cuma bumper kereta yang agak teruk. Bagai hendak melayang jiwa saya datang kepada mereka untuk memeluk wafi dan adiknya hani. Tapi saya tahu saya perlu sabar

.

Wafi sayang hani

Malam pulak, mak telefon lagi. Lepas maghrib, mak kata bapa rindu nak dengar suara saya. Luluh hati saya mendengar kalimah emak. Sembang sekejap dengan bapa. Kemudian, saya keluar untuk makan malam. Lepas makan tu, mak telefon lagi, mak kata, bapa tiba-tiba tak sihat, pening dan muntah-muntah. Sekali lagi saya rasa nak melayang pulang mendakap mereka erat-erat. Tapi saya tahu saya mesti tabah.

adeq dalam dua versi berbeza

Petang, dalam perjalanan balik dari hutan, adik hantar mesej bertanya, “akak sedang buat apa?” Huhu. Kepenatan menyebabkan saya terlupa untuk membalas mesej cinta hati saya ini. Wajahnya yang sentiasa ada dalam telefon bimbit, saya tatap berulang kali. Dia adik kesayangan. Dia adalah doa yang dimakbulkan. Dia adalah permintaan yang tertunai. Saya benar-benar rindu untuk memeluknya, mencium pipinya, mendengar celotehnya, mengajarnya, mengusap airmatanya, membuat dia ketawa, memasak apa yang dia pinta, membawa dia bersiar-siar dan menemani dia lena. Saya rindu mendakap zulnurain yng saya cinta.


ingin mendakap mu selalu

Kerana itulah saya benci pada kebosanan dan kesunyian, saya akan lemas dalam kerinduan

Saya rela dalam kesibukan dan tekanan, agar saya lupa seketika pada rindu yang mencengkam.

Puteriku sayang

Sesekali rindu yang lain juga menyusup masuk kedalam ruang hati. Ada ketika saya terasa rindu untuk membuka konseptual perdebatan yang akan disokong oleh dua rakan seperjuangan. Lantas saya ubat dengan menonton video yang menayangkan kenangan. Petang tadi sewaktu dalam perjalanan pulang, bas singgah d RNR bukit Merah untuk solat dan makan. Sebelum naik bas sempat saya beli Maggi cup kerana saya teringat kenangan sewaktu sama-sama pergi berjuang ke setiap pertandingan debat bersama teammates tersayang. Perjalanan pergi dan balik kami selalu di isi dengan cerita, jenaka, teka-teki dan gurau senda, bersama Maggi cup yang kami suka...saya amat rindu itu semua. Amat! Saya tidak tahu dimana untuk mencari ubat...

Sabtu
Hanya di bilik
Pagi mengemas
Petang mengira biostatistik
Mesej Aten
Ajak joging
Singgah di padang



Tangkap gambar
Suasana TOT USM



Hujan
Lintas jalan

Ada pelangi
Kami berhenti dan menyanyi


Prolog:Bila bunga-bunga kelayuan berguguran…

Bagaikan pelangi selepas hujan reda
Indah berseri mewarnai alam
Beburung berterbangan riang berkicauan
Tiada lagi mendung semalam

Damainya di hati bila terpandang wajahmu
Manis senyuman menghulurkan salam
Lembut tutur bicara tersusun bahasa
Hapus sudah titis airmata

Kenangkan suka dan duka yang dilalui bersama
Indahnya kenangan yang pernah tercipta
Hindarkan persengketaan, jernihkan kekeruhan
Bara amarahmu jangan dinyalakan

Kasih dan sayang membentuk titian rindu
Menghubungkan hati yang lama terpisah
Mengeratkan lagi ukhuwah
Yang lama telah terbina
Bahagia dalam maghfirahNya
Oh… indahnya jalinan kasih sayang

Tidak sempurna iman, tidak bernama insan
Andai permusuhan dibiar berterusan
Leburkan keegoan, hulurkan kemaafan
Semoga sentosa dalam keredhaan
Epilog:Tinggal duri-duri yang mencalar melukakan…

Nyanyian dari hati...

Malam
Pergi makan

Letihnya melayan hati sendiri
Mengapa perlu begini
Mengapa ada rasa berkecil hati
Tak suka melayan rasa ini
aku tidak suka pada perkara yang tiada makna
aku tidak gemar pada cerita yang tiada erti
aku kesuntukan masa untuk disia-siakan
hidup hanya sekali
aku tidak tahu bila aku akan mati

sembuhlah wahai hati..
bangkit dan teruskan hidup ini walau tidak dihargai
kerana hidup untuk Tuhan bukan untuk insan


jangan menafsir andai tidak pernah memahami

1
Ada cerita
Ada luka minta dikhabarkan
Ada kisah mohon disampaikan
Sekeping hati meronta iramanya ditarikan

Tapi saat ini, adalah masa yang baik untuk aku diam!

2
Perang masih belum berhenti,
Nilai kemanusian dan prinsip kehidupan masih belum sebati.

3
Dalam kekalutan dan keserabutan
Aku diingatkan tentang kematian
Memaksa aku membuat keputusan
Hidup mesti ada pendirian

4
Kehidupan mesti dipertahankan
Bukan sekadar dengan prinsip atau pegangan
Tapi bersandarkan peraturan Tuhan

5
Kalau tiada dalam arah tujuan
Itu bukan haluan, itu bukan tujuan

6
Bagai bulan dan bintang yang tampak dekat dalam lukisan
Tapi hakikatnya, jutaan batu memisahkan…atas kuasaMu Tuhan.

7
semalam ke pantai,korek lubang
besar dan dalam,ada impian tertanam
impian yang kejam dan melukakan
namun atas nama CINTA
biar semua orang terluka
biar aku watak jahatnya
kerana manusia pertama yang tidak boleh aku zalimi...bernama zakiyya
impiannya? biarlah rahsia...
cuma maafkanlah aku andai sesiapa ketemu impian itu
kerana kalian masih belum mengerti walau telah ku ulang berkali-kali

diam dalam seribu erti
Saya sedang belajar
Jadi teman setia
Yang memberi tanpa meminta

Saya sedang belajar
Jadi teman berduka
Sedia menyapu airmata

Saya sedang belajar
Jadi teman gembira
Bisa membawa tawa

Saya sedang belajar
Jadi teman jiwa
Mengerti segala rasa

Saya sedang belajar
Jadi teman bermakna
ada disaat insan lain tiada

Saya sedang belajar
Tersenyum gembira
disaat hati kecewa

Saya sedang belajar
Menangis hiba
Tanpa diketahui sesiapa

Saya sedang belajar
Melupai rindu
disaat ia berbunga


saya sedang belajar
Agar masih tersenyum
Sewaktu jatuh tersungkur

saya sedang belajar
pergi jauh
dari apa yang saya cinta

Saya bukan sedang kecewa
bukan juga dilamun cinta
Saya sedang belajar..
agar hidup saya lebih bermakna dan berguna

antara nilai kemanusiaan dan prinsip kehidupan,
saya pilih nilai kehidupan...
kerana saya yakin bulan awan dan bintang selalu ada menjadi teman..

kalau semua teman sudah melupakan..

bahagia