Saya selalu tenggelam dalam kerinduan. Ubat kerinduan adalah pertemuan. Saat ini saya sedang rindu pada setiap ahli keluarga yang jauh diseberang sana. Pagi tadi sewaktu dalam perjalanan ke tempat kajian lapangan, saya jawab panggilan dari emak. Emak kata kakak dan anak-anaknya baru lepas kemalangan, lagi. Nasib baik tiada sebarang kecederaan. Cuma bumper kereta yang agak teruk. Bagai hendak melayang jiwa saya datang kepada mereka untuk memeluk wafi dan adiknya hani. Tapi saya tahu saya perlu sabar

.

Wafi sayang hani

Malam pulak, mak telefon lagi. Lepas maghrib, mak kata bapa rindu nak dengar suara saya. Luluh hati saya mendengar kalimah emak. Sembang sekejap dengan bapa. Kemudian, saya keluar untuk makan malam. Lepas makan tu, mak telefon lagi, mak kata, bapa tiba-tiba tak sihat, pening dan muntah-muntah. Sekali lagi saya rasa nak melayang pulang mendakap mereka erat-erat. Tapi saya tahu saya mesti tabah.

adeq dalam dua versi berbeza

Petang, dalam perjalanan balik dari hutan, adik hantar mesej bertanya, “akak sedang buat apa?” Huhu. Kepenatan menyebabkan saya terlupa untuk membalas mesej cinta hati saya ini. Wajahnya yang sentiasa ada dalam telefon bimbit, saya tatap berulang kali. Dia adik kesayangan. Dia adalah doa yang dimakbulkan. Dia adalah permintaan yang tertunai. Saya benar-benar rindu untuk memeluknya, mencium pipinya, mendengar celotehnya, mengajarnya, mengusap airmatanya, membuat dia ketawa, memasak apa yang dia pinta, membawa dia bersiar-siar dan menemani dia lena. Saya rindu mendakap zulnurain yng saya cinta.


ingin mendakap mu selalu

Kerana itulah saya benci pada kebosanan dan kesunyian, saya akan lemas dalam kerinduan

Saya rela dalam kesibukan dan tekanan, agar saya lupa seketika pada rindu yang mencengkam.

Puteriku sayang

Sesekali rindu yang lain juga menyusup masuk kedalam ruang hati. Ada ketika saya terasa rindu untuk membuka konseptual perdebatan yang akan disokong oleh dua rakan seperjuangan. Lantas saya ubat dengan menonton video yang menayangkan kenangan. Petang tadi sewaktu dalam perjalanan pulang, bas singgah d RNR bukit Merah untuk solat dan makan. Sebelum naik bas sempat saya beli Maggi cup kerana saya teringat kenangan sewaktu sama-sama pergi berjuang ke setiap pertandingan debat bersama teammates tersayang. Perjalanan pergi dan balik kami selalu di isi dengan cerita, jenaka, teka-teki dan gurau senda, bersama Maggi cup yang kami suka...saya amat rindu itu semua. Amat! Saya tidak tahu dimana untuk mencari ubat...

6 kata kamu:

Saya mahu kurus said...

wah..comelnye wafi tu..ish3x..geramnyer...

Zakia Setu said...

tengoklah makcik die camner..haha

Saya mahu kurus said...

tlg jgn perasan..eiii..hehe

aLiN_aZa said...

comelnya adik..=]..da besar da dia...

Zakia Setu said...

bkn makcik die yg ni, mak su die kan comel..mestila nak buah die comel gak..haha

Saya mahu kurus said...

agak btol...