Petang tadi, saya menyaksikan lagi seorang gadis kesedihan. Menangisi kisah kasihnya yang tidak kesampaian. Saya tidak tahu hujung pangkal cerita, tapi saya tahu dia sedang terluka. Berderai airmatanya sambil mengadu kepada temannya. Kebetulan saya sedang sibuk menyiapkan apa-apa yang perlu untuk mengajar esok. Saya biarkan saja mereka bersembang dalam loghat yang kurang saya faham. Lagi pun, soal cinta, saya bukan pakar. Sengaja saya buat-buat sibuk, menghadap Imtinan. Tapi, kalaulah saya punya kesempatan untuk memberitahunya sesuatu, saya akan katakan, “Mengapa membazir airmata untuk sesuatu yang sia-sia. Kasih sudah berakhir biarkan saja. Hidup mesti diteruskan, mengapa dikenang kelukaan dan keperitan yang terlukis semalam sedangkan masa hadapan menghamparkan kebahagian yang perlu untuk dikejar.” Haha..itu kata-kata saya yang tidak pernah bercinta dan tidak pernah terluka dek cinta. Amat mudah kata-kata saya itu ditempelak dengan sebaris ayat, “awak mana tahu..”
Yup, saya memang tak tahu, tak pernah tahu, belum tahu. Hanya satu yang saya tahu dan selalu saya diberitahu tentang ini... “Perempuan-perempuan yang jahat, untuk lelaki-lelaki yang jahat, dan lelaki-lelaki yang jahat untuk perempuan-perempuan yang jahat. Sedang perempuan-perempuan yang baik untuk lelaki-lelaki yang baik dan lelaki-lelaki yang baik untuk perempuan-perempuan yang baik pula.” Surah An-Nur, ayat 26. Siapa yang berani menempelak kata-kata Yang Maha Tahu…
Dihujung tangis dan rintih gadis itu yang sedang mengadu, bertukar menjadi cerita kemarahannya kepada lelaki itu yang curang. Itukah cinta? manis hanya bila bersama? Bila hilang, dendam menggantikan kasih sayang? Luka yang lebih dikenang? Itulah bila cinta ditafsirkan sebagai kuasa untuk memilik insane lain.
Dahlah, saya bukan yang arif untuk bercerita tentang cinta. Cuma kali ini terpanggil kerana saya tidak suka melihat orang terluka kerana cinta. Cinta bukan melukakan, tapi cinta itu kebahagian jika tepat dengan peraturan Tuhan. Konsep saya mudah, sayangi sesiapa sahaja yang datang dalam hidup kita seadanya. Hargai setiap insan yang ada dikiri dan kanan seperti mana kita mahu dihargai. Tapi ingat, mereka milik Tuhan, maka mereka akan pergi bila-bila masa tanpa kita duga. Pergi kerana ajal, atau jarak yang memisahkan atau cerita yang sudah tamat. Cinta saya? InsyaAllah, tiba masanya akan tiba jua. Saya manusia juga, tidak menolak cinta. Cuma harapnya agar cinta itu datang dalam rupa yang mulia. Bersendikan adat, bertiangkan agama. Terangkat martabatnya oleh akad dan mahar. Doakanlah ya cinta yang mulia untuk kita semua...

7 kata kamu:

Nurul S Othman said...

za

rindu la....

Deydek said...

"cerita utk smua"..kn kak?

Diyana said...

erm..
cinta itu anugerah (abg yg kata)
hahaha

Anonymous said...

bukan senang ntok m'definisikan cinta terutamanya cinta sejati..
tapi ia dpt diperoleh tak kira masa, di mana dan siapa,kehadirannya dirasa dan kepergiaannya juga terasa,
namun seandainya kita peroleh cinta,perlu kita menghargainya dan b'syukur pada pemberi cinta iaitu Tuhan Yang Maha Esa..
sekiranya ia pergi jua,anggaplah ia seperti pinjaman untuk kita dan pastinya ia akan kembali pada pencipta-Nya:)

Anonymous said...

'kasih manusia sering bermusim,syg manusia tiada abadi...kasih Tuhan tiada bertepi,syg Tuhan janjiNya pasti..'

Saya mahu kurus said...

belajar dan sentiasa bersedia tatkala mencintai makhluk. tiada yang pasti selagi Dia tidak memastikan.

Zakia Setu said...

huhu..komens yg memberansangkan
1. nurul rindu ktk juak
2. a'ah..crita cinta mmg tuk semua
3. abg ckp camtu ek..bgs2
4. wah..
5. hmmm..