Hari ini saya naik rajin ke perpustakaan. Rajin berupah. Hehe. Permintaan seorang teman agar saya tolong pergi ke perpustakaan untuk cari dan pinjam beberapa buah buku untuknya. Dek kerana janji upah yang hendak diberi, saya gagahkan diri ke perpustakaan walau pun saya sebenarnya tidak gemar ke situ. Mengapa??

Pastinya ada sebabnya. Sepanjang empat tahun pengajian disini, saya akui saya memang sangat jarang ke perpustakaan Hamzah Sendut 1, USM. Jarang sekali saya datang mencari rujukan disini. PHS 1 ini banyak rujukan untuk subjek major dan minor saya. Bertimbun-timbun buku biologi dan kimia dari zaman purba hingga sekarang. Mungkian pernah sekali dua, saya kurang ingat. Saya lebih suka melayari internet untuk mendapatkan maklumat berkaitan pelajaran mahu pun tugasan. Guna sahaja perkhidmatan krisalis untuk jurnal-jurnal dari seluruh dunia.

Untuk mencari buku yang bertimbun itu, perkhidmatan krisalis sangat berguna. Cari sahaja no rujukan dan kemudian no rujukan itu yang memandu arah dimana buku itu terletak, rak mana, tingkat berapa. Tapi, percaya atau tidak sepanjang empat tahun disini saya tidak pernah berjaya mencari buku yang saya maksudkan. Kadang-kadang no rujukannya sudah dekat, katakanlah xxxxx195Dxx, bila saya cari lepas xxxxx195Cxx, terus melompat ke xxxxx195Exx. Pernah sekali saya tanya ke pustakawan, tapi beliau pun buntu mencari, dalam rekod ada, dicari tiada. Bukan sekali dua, setiap kali kesana hingga akhirnya saya putus harap. Kecewa, yang dicari tidak pernah jumpa. Akhirnya saya akan pinjam buku-buku yang dekat-dekat tajuknya.

Berbeza dengan PHS2. Lebih kecil. Saya pergi sahaja ke bahagian buku untuk pendidikan dan belek satu persatu, bila berkenan saya ambil dan pinjam. Kerana itu saya selalu ke situ.

Tapi tidak tahulah badi apa yang ada di PHS1, tidak pernah saya berjaya menemui buku yang ingin dicari.

Jadi hari ini saya tekad, saya mesti dapatkan buku yang kawan saya itu hendak gunakan. Mula-mula saya ke Perpustakaan Pust Islam, cari di krisalis, ada dua buku yang berkaitan. Satu ada di situ, satu lagi di PHS1. Rasanya tidak perlu ke PHS1 kerana disini sudah ada. Saya menuju ke rak yang menempatkan buku tersebut. Saya tengok dari atas ke bawah, tiada! takpe, usaha lagi zakia. Saya cari dan cari lagi dalam perpustakaan kecil yang sama saiz dengan perpustakaan kampung saya itu. Tiada.

Saya tanya pada pustakawan yang bertugas...tiada!

Sedih. Mahu tidak mahu saya gerak ke PHS1 dan terus mencari. Dari hujung rak ke hujung rak, dari atas ke bawah. Dua kali saya cek krisalis, takut-takut no rujukan yang saya salin tersilap. Saya berdiri atas bangku yang disediakan kerana saya pendek untuk membelek buku di rak yang paling atas. Tetap TIADA! Saya duduk temenung seketika, mengapa saya tidak pernah berjaya mencari?

Huhu. Akhirnya saya melangkah longlai ke meja pustakawaan bahagian pertanyaan pelanggan. Saya ceritakan saya tidak jumpa buku yang saya cari itu. "Adik pasti buku itu tidak dipinjam?". "Buku tu ada tiga, dua sudah dipinjam, satu available, saya sudah cari, tapi tak jumpa." Dengan senyuman, dia berikan borang pencarian buku agar pustakawan boleh membantu mencari buku yang dikehendaki, disertakan sekali alamat email dan no telefon agar apabila sudah jumpa, mereka akan menghubungi saya.

Saya keluar dari perpustakaan, duduk dibangku panjang di hadapan perpustakaan PHS1 itu. Termenung dan berharap. Semoga kali ini saya berjaya mendapatkan buku yang saya ingini, sekurang-kurangnya cukup sekali ini sebelum saya bergelar alumni.


Sambil melangkah pulang saya panjangkan akal berfikir, kisah ini sangat kecil. Tapi saya kira ada sesuatu yang Tuhan hendak ajarkan kepada saya...

1 kata kamu:

kawanz said...

o...tedah! yalah rajin berupah. hehe... =P