Selalu tak dengar mak kata, makanla karipap tu sementara masih panas...lebih sedap. Bukan setakat karipap, apa-apa makanan atau minuman lebih sedap ketika masih suam-suam untuk dikunyah berbanding bila sudah sejuk...

Agaknya, begitu juga manusia. Bila mula berhijrah ke tempat baru, sekolah baru, rumah baru, apa-apa yang baru, memang beria-ia sungguh nampaknya. Semangat sakan. nanti bila dah lama, dah jemu..semangat semakin luntur, hilang segala kesungguhan.

Itu memang lumrah dan kebiasaan manusia. Kita memang tidak boleh lari dari rasa jemu, jemu itulah penghalang istiqamah. Maka nabi menganjurkan, bersederhanalah dalam semua perkara, agar kamu istiqamah, waima dalam ibadah Allah lebih suka amal yang sedikit tetapi istiqamah. Hakikatnya, bila kita berlebih-lebihan ituah yang mengundang jemu dan bosan.

Memang elok melakukan segala-galanya ketika 'masih panas'. Tapi lebih elok jika kita boleh mengekalkan kepanasan hingga ke petang dan siapkan payung sebelum hujan.

Dalam semua perkara termasuk kasih sayang!!!

2 kata kamu:

Saya mahu kurus said...

macam mana nak kekalkan kepanasan??urmm

Zakia Setu said...

sibuk je bob...huh