Dulu, saya tidak pernah tahu saya pandai bercakap. Maksud saya bercakap di khalayak umum. Saya tidak berkesempatan untuk mencungkil bakat itu. Sehinggalah saya mencuba untuk mewakili matrikulasi ke KAKOM sebagai pemidato, pendorong saya untuk mencuba kerana saya hendak terbang free ke Johor. Allah maha pemurah, saya berpeluang mencapai impian terbang free, walau pun saya mewakili KML bukan kerana layak sewaktu pemilihan, tapi kerana peserta perempuan yang layak itu berpindah dan hanya saya seorang sahaja yang tinggal daripada 3 peserta perempuan yang mencuba nasib, saya mungkin pemenang ketujuh atau lapan. Dek kerana betapa kasihnya Yang Maha Esa, saya berusaha bersungguh-sungguh sehingga saya menjulang pingat emas dalam kejohanan tersebut. Saya sendiri tidak menyangka. Bermula saat itu, saya mengasah bakat dan terus mencintai pengucapan umum. Saya suka subjek-subjek yang ada pembentangan kerana ia akan membantu saya. Mungkin bercakap itu mudah bagi orang yang suka bercakap seperti saya.

Dulu saya tidak pernah tahu, saya ni lembap. Lembap berfikir kiri dan kanan. Sehinggalah saya masuk menyertai silat. Bila ada pertandingan wiraloka (wat partern silat dalam kumpulan empat orang) baru saya tahu, saya susah nak tentukan kiri dan kanan. saya akan mengambil masa beberapa saat sebelum mengambil tindakan. Jadi dalam pertandingan saya hanya menghafal perlu bergerak ke arah mana tanpa memikirkan saya sedang bergerak ke kiri atau ke kanan. Saya tahu tangan kiri dan kanan kerana saya sudah hafal. Tapi jangan harap saya penunjuk jalan yang baik. Dulu saya tidak terasa perkara ini menyusahkan, tapi sekarang sedikit sebanyak saya rasa kelembapan saya ini agak merimaskan. Bukan setakat diri saya sendiri, tapi orang-orang di sekeliling saya.

Saya juga lembap bila buat dua kerja berbeza dalam satu masa, dulu saya tidak kisah. Kalau lembap dan tak reti, buatlah satu-satu. Kan senang.. tapi kelembapan saya itu tidak semudah itu untuk menyelesaikannya. Saya sangat terasa kelembapan itu menyusahkan saya bila saya mula belajar memandu. Memandu melibatkan saya perlu mengatasi kedua-dua kelembapan saya. Sampai sekarang saya masih tidak reti memandu (dulu pusing penang pas dapat L tu kereta auto). Kaki kiri buat kerja lain, kaki kanan buat kerja lain, tangan buat kerja lain, mata buat kerja lain. Saya rasa saya sangat bodoh bila dah diulang-ulang kali diberitahu tapi masih tak reti buat. Saya faham, tapi saya sangat susah hendak melakukan. Dan akhirnya pengajar saya hilang sabar, marah dan berleter...dan saya, apa lagi yang perempuan lembap seperti saya akan lakukan bila dimarahi, nangisla..

Saya tidak pernah kesal dilahirkan dengan pelbagai kelemahan kerana saya tahu semua orang punya kelemahan dan kelebihan sendiri. Saiz badan saya yang kecil juga menghadkan saya melakukan banyak perkara. Belum ditambah lagi dengan kegagalan saya mengimbangi badan sehingga saya sangat selalu terjatuh. Budak-budak debat dah biasa sangat tengok kakza jatuh.

Saya ada banyak sangat kelemahan yang memerlukan saya dijaga selalu. Ia merimaskan, tapi apa boleh saya buat. Saya sedaya upaya mencuba untuk mengurangkannya. Kerana itulah saya perlukan orang yang betul-betul sabar untuk menjaga dan melayan kerenah saya. Siapalah yang boleh bersabar dengan saya..

Kalau tiada, saya cukup kuat kan untuk menjaga diri sendiri? haha...Fight Oh!

3 kata kamu:

p-jah said...

Seandainya dnia tiada wrna...ttpkn kukagumi...

kawanz said...

haiya... background pink, font pun pink. kecik gik ya. sakit li mok baca. hehe... tp theme baru tok nang kacak. nang kacak blog ktk tok.. =)

Zakia Setu said...

yeah..sukanya kmk ada org muji blog kmk kacak..berbunga2 ati kmk eh..haha