Kamu ku lihat kurang senyum seperti selalu.
Ceritamu sudah tidak sebanyak dulu
Barangkali hatimu terluka
Oleh kalimah dari lidahku
Tidak perlu berahsia
Kerana tidak sukar membaca air muka
sekeping hati seorang yang dikasihi
Andai hatimu sedang terluka
Atas alasan apa pun jua
Dan kau terasa ingin menangis
Biarkanlah air matamu merawat luka yang ada
Dalam kau melayan lukamu itu
Ada beberapa perkara aku ingin engkau tahu
Nasihat untuk kamu paling istimewa
Kerana ia selalu datang dari jiwa
Bersama kasih sayang dan cinta yang aku ada
Biarpun dihujungnya aku sendiri yang terkilan tatkala nasihatku tidak engkau endahkan
Bukan niatku mencampuri urusan hidupmu
Sekadar ingin berkongsi pengalaman
Agar engkau tidak terjatuh ke dalam lumpur berduri
Yang nampak indah di mata tapi kotor dihati
Agar engkau tidak menyesal di kemudian hari
Namun, andai nasihatku menyakitkan, buanglah ia jauh ke dasar lautan yang paling dalam
Aku masih disini seperti selalu
Masih ada sayang yang ingin diberikan
Masih sudi menerima sesiapa sahaja yang ingin hadir mewarnai hidupku
Masih bersedia untuk kehilangan sesiapa sahaja yang sudah jemu untuk bertamu
Masih rela berkongsi segala
Masih mahu mendengar cerita
Masih kuat untuk dibuang dan dilupakan...
Dan
Tidak kira berapa banyak pun kisah luka dalam hidup kita
Atau bertimbun kenangan indah dan kemenangan
Atau cerita suka penuh kebanggaan
Atau apa sahaja kisah sehingga terlukisnya sebuah kehidupan
Hakikatnya, kita sedang menuju ke daerah akhirat yang sama
Kita sedang menunggu ajal tiba…
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
1 kata kamu:
salam..sape ek insan nie..smoga dia mengerti..insyaALLAH..
Post a Comment